Edisi #26

October 01, 2013 — Penulis:

“…untuk menjadi usahawan berjaya serta menjadi seorang pelabur yang bijak, perkara pertama adalah ilmu. Dengan ilmu, kita akan menjadi seorang usahawan dan seorang pelabur yang tidak mudah ditipu serta kebarangkalian untuk gagal itu rendah.”

Kali ini, tim Majalah Niaga melancarkan Edisi 26 dimana mentor pelaburan saham, Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Ahmad diangkat sebagai ikon kaver utama. . Seorang pelabur serta usahawan yang berpegang kepada prinsip akar iaitu menambah nilai kehidupan orang ramai dengan ilmu.

Beliau yang memulakan penglibatan dalam pelaburan saham seawal usia 21 berkata,  belajar dengan ilmu dan pengalaman serta pemerhatian menjadikan faktor utama kecemerlangan rekod beliau dalam pelaburan saham . Pendedahan menarik tentang kejayaan yang dicipta, hasil kegagalan yang banyak memberi kesan emosi dan pengajaran diri beliau.

Anda pasti teruja untuk memuat turun Edisi 26 Majalah Niaga. Himpunan tip, formula dan petua kejayaan dalam pelaburan saham dikongsikan, termasuk :

  • Persediaan yang perlu sebelum ‘terjun’ ke dunia pelaburan saham
  • Mengenal pasti faktor utama kegagalan pelabur
  • Jenis-jenis analisa dalam pelaburan saham
  • Maklumat tentang IPO
  • dan banyak lagi kejutan tips eksklusif daripada tuan Haji Mohd Asri

Muat turun segera e-majalah Majalah Niaga dan kongsikan pandangan anda di ruangan komen!


Komen (12)

  1. Mohamad Shafri b. Mohamad Sham
    October 7, 2013

    Sangat membantu usahawan dan bakal usahawan yg ingin mencari kejayaan. ……di mana selama ini tidak rujukan kes utk di jadikan panduan….

  2. Norazian Yusup
    October 8, 2013

    Alhamdulillah…sekurang2 saya tau dimana nak merujuk jika ada kebuntuan. Tq sifu kerana membuka mata saya terhadap dunia pelaburan ini

  3. Mohd Noor Asyraf Amiruddin
    October 9, 2013

    Salam, kenapa sy try download majalah edisi terdahulu, keluar message

    Ralat 404
    Maaf, pautan yang anda cari tiada dalam perkhidmatan

    Klik disini untuk ke muka hadapan. Atau anda boleh menggunakan carian di bawah:

    Mohon bantuan. Tq
    Asyraf

Pendapat anda?