Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman (MoU) Madu Liar Jaya Sdn Bhd

December 19, 2011 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

18 Disember 2011 – Tim Majalah Niaga dijemput sekali lagi sebagai rakan media untuk melaporkan program yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, iaitu Majlis Menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) Rakan Niaga Kembara Angkasawan Negara.

Program Kembara Angkasawan Negara - Premier Aims Sdn Bhd

Majlis kali ini menyaksikan di antara Madu Liar Jaya Sdn. Bhd. selaku Pengedar Utama kepada Premier Aims Sdn. Bhd bagi Program Angkasawan Negara.

3 Koperasi dan 2 Syarikat Pelancongan

Turut serta dalam majlis ini adalah rakan niaga seperti:

Rakan Niaga - Majlis MoU Rakan Niaga Program Kembara Angkasawan Negara (2)

  • Koperasi Agro Jaya Kedah Berhad,
  • Koperasi Felda Trading Berhad, dan
  • Koperasi Guru-guru Melayu Malaysia Barat Berhad.

Selain daripada itu, dua syarikat pelancongan iaitu AJ Holiday Sdn. Bhd. dan Everyworld Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menandatangani memorandum, dan dilantik menjadi Panel Penyedia Perkhidmatan untuk membantu para peserta dalam:

  • Urusan tiket penerbangan.
  • Urusan visa ke China yang melancong menerusi program ini.

Bagi tuan dan cikpuan yang terlepas dengan berita sebelum ini, boleh klik di sini untuk mengetahui bagaimana untuk melancong ke negara China selama 5 hari 4 malam, bagi tujuan mencari idea bisnes dengan harga RM199 sahaja (tidak termasuk tiket penerbangan).

Penerangan Daripada Mr Sheon

Pakej ini termasuk:

  1. Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang.
  2. Makanan halal.
  3. Pengangkutan.
  4. Diketuai oleh pemandu pelancong yang mahir di Shanghai dan Hangzhou.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Kembara Angkasawan bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, sila layari laman web Cuti Bagus hari ini.

Laman Web Cuti Bagus (Klik Di Sini)

Sehingga kini, dianggarkan 400 peserta daripada Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (Usahanita) yang akan menyertai program ini. Manakala jumlah baucer program yang telah dijual setakat ini sekitar 9,000.

Dijangkakan pada bulan Februari 2011, Angkasawan Negara kita akan turut serta dalam program ke China ini. Tarikh dan masa yang tepat akan diumumkan tidak lama lagi.

Rakan Niaga - Majlis MoU Rakan Niaga Program Kembara Angkasawan Negara

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi Independent Distributor bagi menjual baucer tiket RM199 ini, sila hubungi pihak Cuti Bagus menerusi laman web mereka.

Laman Web Cuti Bagus (Klik Di Sini)


Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Komen (7)

    1. RM199 tidak termasuk dengan kos upah pemandu pelancong dan beberapa tempat pelancongan seperti tayangan akrobatik. Ini info terbaru yang kami dapat dari pihak Cuti Bagus 🙂

    1. Benar, namun harga tersebut tidak termasuk dengan pakej penerbangan pergi balik. Dan program ini lebih mesra kepada usahawan dan bakal usahawan yang tercari-cari idea bisnes untuk dibawa balik ke Malaysia. 🙂

  1. Mariana Othman
    May 10, 2012

    Saya baru balik dari Shanghai di mana percutian saya dan keluarga di uruskan oleh Cuti-cuti Bagus. RM 199 tu cuma gula-gula sahaja. Kami perlu tambah RM 1850.00 seorang. Selepas buat visa syarikat minta lagi RM 350.00 katanya untuk bayaran tikat masuk ke semua tempat yang memerlukan bayaran di sana seperti acrobatic show dan boat cruise. Kami di suruh berkumpul di stesen bas Larkin untuk pengangkutan ke LCCT, Di stesen bas, tak nampak pun muka wakil syarikat. Di LCCT pun begitu, kami pandai-pandai lah sendiri untuk Check-in barang dan naik kapalterbang.Tak ada wakil syarikat yang bersama kumpulan kami ke Shanghai. Di lapangan terbang ada pemandu pelancong yang menunggu tetapi beliau tidak boleh berbahasa Malaysia. Bagi makcik-pakcik yang tak tau berbahasa Inggeris, terpingga-pingga sepanjang lima hari di sana.

    Hari pertama kami di sana, makan tengahari dan malam tidak termasuk dalam jadual, so berpuasalah kami. Disebelah petang kami minta tour guide yang bernama Mr Zhu atau lebih suka di panggil Jack untuk bawa kami ke restoran Halal. Jack kata kami perlu bayar 60 Yuan atau RM 30 seorang. Lapar punya pasal, kami bayarlah.

    Esoknya, Jack minta kami tambah 250 Yuan seorang atau RM 125 untuk pergi boat cruise atau theater. Dia kata ini optional, tak mau pun tak pa tapi bila semua tak setuju, Jack kata you no give cooperation, Jack no take you Shopping, no take you to mosque, sent you to airport early. Kami tetap tak setuju dan minta Jack ikut itinerary. Jack agak marah dan kata kami tak berminat untuk tau kebudayaan negeri China. Bukan tak minat tapi 4 malam di sana, 2 malam dah pergi acrobatic show, tiap-tiap hari dah tengok tasik, tapi bukan kah kata rombongan ini untuk belajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan dan mengimpot barang dari China?

    Satu lagi perkara, kami tidak disediakan makan malam, so sesiapa yang nak pergi rombongan dengan cuti-cuti bagus ni jangan lupa bawa maggi mi banyak-banyak.

    Bila kami tanya Jack, bila nak bawa kami shopping, dia bawa juga tapi bila sampai, dia kata, 40 minit mesti ada balik atas bas. Tapi bila pergi ka Jade Factory, Silk Factory, Tea Factory, 2 jam, lebih pun tak pa, Jack tak pula sibuk-sibuk suruh kami naik bas cepat-cepat.

    Pada hari terakhir Jack hantar kami keairpot pada pukul 3 petang. Pukul 4 kami dah terpacak di airport, dia kata senang cepat sampai, tapi flight kami pukul 11.30 malam.

    CUTI-CUTI BAGUS? Fikir lah sendiri!

  2. We just been there 2 month ago, overall still consider not bad can give 8/10.
    Hotel and Food still not bad, only when shopping over use a bit ….
    However it’s worth for money to have a visit China Market ~~

Pendapat anda?