ISI KANDUNGAN
Multi Level Marketing (MLM) atau Pemasaran Berbilang Tingkat merupakan satu strategi pemasaran di mana pasukan jualan atau ejen dibayar komisyen atau bonus berdasarkan jualan mereka sendiri dan juga jualan ejen lain yang direkrut. Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’. Antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’.
Kami sendiri tidak menjalankan bisnes berkonsepkan MLM dan tiada cita-cita mahu mengasaskan syarikat MLM. Kami menghormati sebahagian pembaca blog Majalah Niaga yang terlibat dalam industri ini.
Hasil bergaul dengan beberapa ketua di dalam syarikat MLM, kami boleh membuat kesimpulan ada 2 jenis manipulasi di dalam bisnes ini. Maklumat ini berguna supaya para pembaca dapat mengelak dari masuk perangkap.
#1. Manipulasi pengasas syarikat MLM.
Syarikat MLM seperti ini menjadikan produk sebagai wayang sahaja. Harga produk diletak tinggi melampau, tidak sesuai dengan kos dan kelebihan produk tersebut. Contoh, harga sekotak kopi berkhasiat biasa-biasa diletak harga RM 150.
Syarikat seperti ini sebenarnya fokus kepada jual beli orang (head hunting), bukannya jual beli produk. Produk digunakan untuk mengaburi mata bakal pelanggan. Modus operandi sebenar disebalik tabir ialah ‘money game’.
Selain itu, ada segelintir syarikat MLM yang terang-terangan melakukan aktiviti ‘money game’. Bagaimanakah ia dijalankan? Syarikat jenis ini lazimnya menyediakan 2 bentuk pelan pemasaran. Sebagai contoh, satu pelan A dan satu lagi pelan B. Pelan A fokus kepada merekrut ejen-ejen baru di bawah dan dibayar komisyen atas setiap rekrut. Pelan A ini adalah pelan pemasaran biasa yang diamalkan di dalam semua syarikat MLM.
Di sebalik pelan A, syarikat ini juga mengaktifkan pelan B di mana ditawarkan pelaburan berkonsepkan ‘goyang kaki dapat duit’. Peserta yang menyertai pelan B ini ditawarkan pulangan tertentu setiap bulan bergantung kepada jumlah pelaburan yang dibuat. Biasanya dalam lingkungan 5% hingga 20% setiap bulan.
Fokus utama syarikat ini sebenarnya untuk mengaut keuntungan daripada ‘money game’ pelan B. Tiada cara lain yang diguna pakai oleh mereka melainkan duit pelaburan orang baru digunakan untuk membayar pulangan pelaburan orang lama. Cara yang biasa diamalkan oleh penganjur skim cepat kaya yang lain. Pelan A itu pula sengaja dibuat-dibuat untuk mengaburi mata pihak berkuasa untuk mendapatkan lesen MLM.
#2. Manipulasi leader MLM.
Walaupun ada syarikat MLM yang meletak harga sesuai dengan produk dan menjadikan kekuatan produk sebagai alat utama mereka untuk berkembang, tetapi terdapat segelintir leader yang ‘kreatif’ telah memanipulasi pelan pemasaran dengan cara mempengaruhi bakal ahli membeli secara pukal.
Pembelian pukal ini memudahkan mereka naik pangkat dan bonus bulan pertama mereka akan banyak. Keratan atau slip bonus itulah yang dijaja untuk mempengaruhi bakal ahli lain. Ada pembelian pukal berjumlah sehingga RM 30,000. Ada juga serendah RM 5000. Lazimnya, mereka mempengaruhi bakal-bakal ahli membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pembelian ini.
Hakikatnya, majoriti ahli yang membuat pembelian pukal tersebut banyak bonusnya di bulan pertama sahaja. Bulan kedua dan seterusnya merosot atau tiada langsung. Bonus kelihatan banyak di atas cek sahaja, selepas ditolak kos pembelian pukal, sebenarnya tidak balik modal.
Maka lahir ramai leader-leader MLM ‘berkereta mewah tetapi tayarnya botak.’
Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah. Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!
Skim Cepat Kaya – Kembali Berleluasa
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan. Faedah dan keuntungan yang ditawarkan biasanya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
1980 – 1990
Daripada tahun 1980-an sehingga 1990-an generasi lama menyaksikan kejatuhan skim-skim cepat kaya seperti Pak Man Telo, Labu Peram, Platinum Lane, Skim 350 dan banyak lagi. Ketika ini, perbankan Internet masih tidak wujud. Majoriti pelaburan dibuat melalui serahan tangan dan melalui mesin deposit tunai. Pulangan pelaburan pula ada yang dihantar menggunakan kenderaan ke rumah-rumah pelabur. Selepas kes serbuan dan penutupan skim ini, ia terus senyap sepi.
2006 – 2007
Pada tahun 2006, fenomena skim cepat kaya kembali gempar dengan kemunculan berpuluh-puluh syarikat pelaburan Internet seperti Swiss Cash, EA Index, DanaFutures, E-Barrel, Arabic Fund dan banyak lagi.
Pada tahun 2007, skim-skim pelaburan Internet ini mula ditutup dan pusat operasi mereka diserbu oleh pihak berkuasa.
Majoriti penganjur-penganjur dan individu di sebalik tabir skim ini masih bebas kerana tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka.
2008 – 2010
Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.
Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat. Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.
Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas. Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.
Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara. Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.
2011 – 2013
Tamat kisah skim cepat kaya koperasi , kini timbul pula skim berasaskan Forex dan Emas.
Kami tidak mahu mengulas panjang mengenai skim pelaburan emas berikutan kes serbuan ke atas syarikat Genneva pada tahun lepas dan tempoh hari 5 individu berkait rapat dengan syarikat ini akan dihadapkan ke Mahmakan Seksyen atas tuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM 937 juta.
Hati-hati dengan mana-mana syarikat pelaburan emas yang menawarkan pulangan setiap bulan atas pembelian emas. Ia satu operasi bisnes yang tidak logik. Cara betul ialah dengan membeli emas sama ada jongkong, dinar atau barang kemas di kedai-kedai emas atau melalui institusi kewangan berlesen. Keuntungan diperolehi melalui jualan semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.
Berkenaan dengan Forex pula, kami tidak mahu mengulas mengenai urusniaga mata wang asing melalui Internet yang dibuat secara individu. Walaupun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun status hukumnya masih diperdebatkan di kalangan pedagang-pedagang Forex.
Kami hanya mahu mengulas mengenai segelintir syarikat yang menjadikan Forex sebagai wayang. Syarikat-syarikat ini membina platform graf yang dipanggil Metatrader4. Mereka membenarkan klien membuka akaun Forex sama ada akaun Demo atau Real. Syarikat ini kelihatan seperti memenuhi kriteria dan ciri-ciri asas broker Forex yang sah.
Namun, itu semua dibuat untuk mengaburi mata. Di belakang tabir, syarikat ini menawarkan pulangan bulanan di atas pelaburan yang dibuat. Laman web broker ini juga tidak menunjukkan dengan jelas siapa pengasas, board of directors, dan staf-staf yang terlibat. Ayat-ayat di laman web mereka adalah skrip sama yang dipakai oleh laman-laman web syarikat skim cepat kaya yang lain.
Mereka juga menyatakan kononnya mereka didaftarkan secara sah di negara-negara seperti Cyprus, Panama, Virginia Island, South Africa dan di lokasi-lokasi luar pesisiran pantai.
Modus operandi di belakang tabir ialah, apabila klien mendepositkan jumlah tertentu untuk membuka akaun Forex, duit dagangan mereka itu akan dipaparkan di skrin ‘trading station’. Untuk menarik minat klien atau pelabur, biasanya mereka akan ditawarkan bonus berupa modal tambahan di dalam akaun mereka. Contohnya, klien mendeposit 1000 usd, mereka akan diberi modal tambahan sebanyak 1000 usd, menjadikan jumlah modal untuk didagangkan di pasaran Forex berjumlah 2000 usd.
Dari manakah duit itu datang? Duit yang dipaparkan itu sebenarnya hanya wujud ‘on screen’ sahaja. Modal tambahan itu sebenarnya tidak wujud dan biasanya diberikan syarat-syarat tertentu supaya pelabur sukar untuk melakukan pengeluaran.
Di belakang tabir, deposit asal itu dipusing untuk membayar pelabur lama dan membayar komisyen kepada pihak yang menjadi ‘introducer’. Dagangan Forex mereka seolah-olah dilakonkan di skrin sahaja. Ia sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘money game’ semata-mata.
2014??
Kami tidak tahu apakah lagi idea-idea penganjur skim cepat kaya ini. Mereka terdiri daripada orang yang sama. Apabila sudah melesapkan duit pelaburan berjuta-juta ringgit, mereka akan rehat dahulu berbulan-bulan sebelum kembali dengan skim terbaru.
Mereka sungguh licik. Mereka akan terus menjadikan sesuatu produk, saham, emas, perak atau forex sebagai wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan bakal pelabur supaya modus operandi sebenar di belakang tabir sukar dikesan.
Tidak mustahil pada tahun 2014, skim cepat kaya ini akan berlindung pula di sebalik nama kelab kebajikan. Itu jangkaan kami berdasarkan penubuhan beberapa kelab kebajikan yang mempunyai pelan pelaburan dengan pulangan tetap setiap bulan.
Akhir sekali, pegang pada kata-kata ini untuk menyelamatkan duit kita daripada hangus ditelan skim-skim anjuran syaitan bertopeng manusia…
Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan
Sumber gambar dari Flickr: (Mike Poresky, incevents, digitalmoneyworld, Lucidio Studio)
Syabas tim Majalah Niaga kerana berani menerbitkan artikel seperti ini! Saya pasti artikel ini akan menjadi ‘trending’ dalam kalangan usahawan MLM. 😀
Bila melihat promosi yang mereka buat memang mudah ‘terliur’ untuk mencubanya. Kena keras hati untuk menolaknya.
Sangat menarik..info untuk bakal-bakal usahawan MLM dan juga peringatan kpd leader MLM yg masih aktif supaya dapat menjalankan perniagaan MLM secara jujur dan ikhlas untuk membantu org lain.
terima kasih atas pendedahan ini… Supaya org ramai sentiasa berhati2… Tiada jln mudah untuk kaya…
Satu pendedahan yang cukup berani. Tahniah diucapkan. Semoga kita lebih berhati-hati.
Saya pernah menyertai mlm 2 kali… Dan meninggalkan mlm 2 kali… Leader2 sering kata “kejayaan sudah tersedia, jgn berhenti sebelum berjaya”. Saya tetap tinggalkan mlm bila plan asal tiba2 punya plan tambahan yg sangat menguntungkan. Firasat kuat mengatakan bahawa sesuatu tidak betul berlaku. Tahniah kpd Team Majalah Niaga yg berani membongkar rahsia tersembunyi ini.
Terima kasih tim majalah. Perkongsian menarik tentang MLM di Malaysia dari mula zaman 80 an – sekarang. Waspada pada skim ini hanya mementingkan diri sendiri dan keuntungan. Ilmu ini berguna kepada mereka yang ingin memahami skim MLM.
… cuba selamatkan duit orang ramai .. harap semua waspada .. so .. salah satu cara untuk atasi nya ialah .. mungkin majalah niaga [jemput orang yg tahu] sudi jadi tempat rujukan dan nasihat sebelum mereka2 ni buat keputusan untuk sertai atau tidak .. sekadar cadangan jer …
terima kasih team majalah mengingatkan orang awam..
Alhamdulillah terima kasih MJ mengeluarkan detail berkenaan MLM dan skim cepat kaya..rata rata industri ini bnyak terdapat di negara kita dan telah bnyak menipu rakyat.diharap selepas ini masyarakat lebih memahami apa itu MLM. “Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan” suka dengan stetment ini di mana rakyat malaysia sgt suka tak nak buat kerja dari buat kerja tetapi menguntungkan..sampai bila kita hendak maju.. Sebenarnya MLM tak salah kalau ikot cara lama..tetapi kepandaian orang kita yang terlebih pandai mengaut untung hurmmm pilihan di tangan kita menolak dan menerima… Layari http://www.mykad.aj.my mengetahui cara bijak berbelanja dengan menggunakan mykad. Alhamdulillah dapat membantu rakyat dalam berjimat cermat.boleh hubungi terus saya untuk penerangan lanjut ismail 0177599195
salam..
adakah takaful juga satu btk mlm? sekarang sy buat takaful dan juga shaklee.. tapi saya lebih suka menjual produk..suka bt org memahami sesuatu produk yg bgs utk mereka… jika rezeki halal dan ada barkakh atau sebaliknya saya berdoa Allah tunjukkan yang terbaik
ada tulisan ustaz dr. zaharuddin mengenai isu MLM di blognya…
Nak share di Facebook boleh tak?
Dibolehkan share di FB disertakan dengan link artikel ini.
Tahniah dan syabas atas pendedahan dalam artikel ni.
Berinformatif dan berani. Semoga membantu usahawan berhati-hati dengan wang yang dilaburkan
Terima kasih di atas perkongsian artikel MLM ini. Walaubagaimanapun saya KURANG BERSETUJU dengan pendapat pihak tuan. Saya terlibat dengan MLM dan mendalami ilmu MLM. Apa yang saya boleh katakan MLM satu bentuk marketing. Yang menjadikan MLM ni nampak SANGAT TAK OK bila ada ramai orang tamak dan nak cepat kaya memanupulasikan sistem seperti yang dinyatakan oleh pihak tuan. Untuk makluman perniagaan MLM adalah merujuk garispanduan dari KPDNKK. Saya sekarang bersama team MLM yang memang menjalankan perniagaan mengikut sstem yang betul…sangat2 ok…yang penting MLM adalah satu cara mudah untuk membantu masyarakat untuk menambah pendapatan bagi menangani masalah ekonomi sekarang. Tak perlu modal besar, ilmu perniagaan disediakan oleh syarikat, hanya duplikasi yang pemimpin dah buat dan berjaya. Kita perlu ingat tidak semua orang mampu berniaga jika tanpa modal ilmu untuk mengendalikan bisnes. Tanpa ilmu bisnes confirm lingkup. Yang pasti…kita berniaga untuk menyelesaikan masalah orang tanpa menipu. Itu sahaja perkongsian saya agar semua orang dapat membuang pandangan negatif tentang perniagaan MLM.
Di dalam artikel ini, Tim Majalah Niaga ada memberitahu, “Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah. Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!”
Kami hanya tidak bersetuju dengan manipulasi yang dilakukan oleh SEGELINTIR pengasas dan leader MLM itu sendiri. Tidak semua pengasas dan leader MLM menjalankan aktiviti tidak sihat seperti dinyatakan di dalam artikel.
Nyatakan dalam artikel bukan dalam ruangan komen.
Tajuk artikel adalah manipulasi. Fokusnya pada manipulasi. Sisi positif ialah selain daripada manipulasi2 di atas..
Di dalam artikel sudah ada perenggan ini, “Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah. Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!”
Itu sudah cukup..
Artikel ini juga bukan tuju kepada manipulasi di dalam bisnes MLM sahaja. Ia termasuk Skim Cepat Kaya yang menjanjikan pulangan bulanan tanpa transaksi dan bukti yang jelas termasuklah skim emas atau forex yang dijadikan sebagai wayang..
aik kak? kenapa tersinggung semacam je? Pernah memanipulasi kan ‘downline’ ke?
baca artikel in detail la bro, jangan baca sekerat2 memang ta jumpe..dalam artikel ni penulis ade bagi statement “Penting untuk kami tekankan di sini bahawa tidak semua syarikat atau leader MLM seperti di atas. Ada syarikat MLM yang bagus dan patuh syariah. Maklumat di atas boleh dijadikan panduan untuk elak duit hangus dibakar oleh syarikat dan leader MLM bertopeng!”
setuju…konsep MLM itu mmg bagus..terutama pada mereka yang masih baru dlm dunia bisnes..ttg mereka yang menukar konsep tu mmg salah dan pada akhirnya merosakkan pasukan sendiri ye tak..sbb asa MLM mmg NETWORK mesti kuat..
Nak dikatakan cabang bisnes lain tak KOTOR tak juga…paling tidak dalam MLM tiada unsur rasuah or lobi,birokrasi melampau..
Terima-kasih tuan di atas pencerahan.Terima-kasih
Artikel yang bagus utk panduan. Saya sendiri dah lebih 6 tahun FULL TIME Networker + MLM bekerja hanya dari rumah. Kepada yang berminat nak bincang lebih lanjut boleh hubungi saya 013 333 7200.
Ini adalah cerita yang paling terbaik dan tulus pernah saya baca..
MLM Meningkatkan Ekonomi Negara sila rujuk statistik di DSAM Direct Selling Association. EDUCATION kepada masyarakat perlu untuk terutama pengetahuan tentang peluang bisnes MLM yang sebenar atau Real MLM. Oleh kerana model bisnes MLM sering di manipulasi maka ianya amat penting sekali.
REAL OPPORTUNITY MESTI LAH DILIHAT BERDASARKAN
5P.
info yang sangat berguna, teringat 1 masa lalu pernah join MLM.. bila dah jd ahli, dah beli barang, terus kita ditinggalkannya.. telifon tak angkat sms tak balas, tapi bila “pancing” ada orang baru nak join.. terus terhegeh hegeh.. dunia dunia..
minta penulis selitkan sekali dengan garis panduan MLM Syariah JAKIM yang telah dikeluarkan. Malangnya garis panduan ini seolah-olah dipandang ringan dan masih ramai yang tak tahu berkenaan kewujudan garis panduan tersebut.
Walaupun garispanduan ini bukan satu bentuk undang-undang, maksudnya jika tak dipatuhi tiada kesan dari sudut undang-undang di Malaysia, namun ada hal dosa dan pahala yang wujud di situ dan perlu diberi perhatian terutamanya oleh mereka yang beragama Islam
Syukur alhamdulillah, dgn penjelasan ini dpt menambah pengetahuan sedia ada tentang topik diatas. Keputusannya terletak di tangan kita masing-masing
Saya adalah seorang leader MLM Shaklee. Dengan konsep yang betul, MLM sebenarnya boleh membantu lebih ramai insan mempunyai kewangan yang baik. Syaratnya ialah memiliki leader yang betul, tiada frontloading, hanyalah bisnes jual beli barangan biasa. Semoga tim majalah niaga juga boleh mengkaji dan menulis tentang konsep MLM yang sebenar.
Ada MLM yang adil. Buku jutawan MLM Razzi Ar Mansur sangat baik untuk dibaca oleh individu yang hanya ada pemikiran negatif tentang MLM
Menolak MLM mmg tak patut rasanya..yang bagus difikirkan mcmana menambah baik produk dan plan itu sendiri..contohnya macam CNI dulu yg banyak melahirkan jutawan melayu dgn konsep yang boleh diterima dan OK pada saya..tapi bila beberapa skim yang mmg menjurus pada RETURN TINGGI N 4D ni yang buat saya amat kecewa..secara tak langsung merosakan tag MLM keseluruhan..
Apakata dgn ilmu dan pengalaman pahit yang pernah dilalui kita wujudkan konsep baru..zaman IT yg berkembang pesat ni saya belum nampak produk MLM yang begitu menonjol..
MLM ttg ilmu INTERNET MARKETING mcm bagus jer ye tak..
dah ada produk yg agak menonjol tuan, pada saya CellMaxx.
bagi saya ..apa yg diperkatakan oleh MJ ada kebenarannya dan apa yg di pertahankan oleh ahli MLM pun ada betulnya.MJ beri pendapat dia berdasarkan pengalaman/pengkajian,jadi ahli MLM jgn melenting tak tentu pasal.berniagalah kita dgn jujur kerna setiap inci daging yg tumbuh dari hasilyg haram nerakalah tempatnya.
Jawapan yang tulus dan ikhlas, walaupun pahit untuk diluahkan…
semakin lama semakin banyak skim-skim seperti ini. semoga kita terselamat…
Terima kasih dengan penjelasan di atas. Saya pun selalu tertanya tanya kenapa harga barang yg dibeli selalunya mahal. Rupa-rupanya duit tu lah digunakan utk bayar bonus etc etc … lebih baik shopping kat giant.
Sekarang ni tengah hangat tentang sistem hantar email dapat duit.. adakah sistem ni boleh di percaya ?syaratnya kena bayar RM 50 , lepastu kerja kita cuma hantar email dan duit akan masuk..saya musykil.. Takkan sebegitu mudah dpt wang..mohon pandangan dari tuan..
oh itu sistem affiliate di internet. salah satu cabang internet marketing. Boleh dapat duit, tapi kene ada usaha dan ilmu.
eheh ! Ulasan yang negatif penuh semuka, yang positif 10 ayat tak sampai. Sila buat research & menulis dengan adil 🙂
Adakah ada sisi positif apabila berbicara mengenai skim cepat kaya dan manipulasi di dalam syarikat MLM?? Tajuk artikel adalah manipulasi. Oleh itu memang tiada sisi positif apabila kita fokuskan kepada manipulasi.
MLM oohhhh MLM…Alhamdulillah nasihat dr mak, ayah dn adik yg prnh join MLM dijadikan panduan agar sy x trjebak dgn mn2 perniagaan MLM..
Saya sangat suka artikel ini!
Tahniah Tim Majalah Niaga!
syabas atas info mjalah niaga….
Kita kena kembali kepada fitrah dalam perniagaan..kena ada jualan dan baru dapat keuntungan. Bukan keuntungan dari kemasukan ahli sahaja. Memang banyak sangat syarikat MLM yang dah tak ikut cara berniaga sebenar. Akhirnya yang kaya raya adalah owner syarikat itu sendiri. Leader-leader nya pun bergelar ‘leader pokai’.
syabas dan tahniah kepada tim majalahniaga atas keberanian menghasilkan artikel ini. isi yang amat bermanfaat. Pengalaman berkhidmat dengan syarikat MLM lebih kurang 10 tahun menyebabkan saya tidak boleh menidakkan kebenaran isi artikel ini. Yang sedar dan insaf akan beralih arah dan yang ketagih wang mudah akan tetap meneruskan tradisi ini. MLM adalah satu bentuk perniagaan, jadi orang yang menjalankan lah yang mencorak bentuknya. ibarat pisau ditangan…
Tahniah.. Topik yang panas..
Bagi mereka yang pernah berada dalam arena MLM semestinya tahun akan hakikat sebenarnya..
Saya pernah terlibat selama 2 tahun dan menjadi Leader.
MLM mmg habat dari segi saikologinya. Mampu untuk membuatkan sesiapa sahaja yang ada di dalamnya berasa sangat bermotivasi dan terpengaruh dengan strategi2 hebat mereka..
Akhirnya ia lenyap begitu sahaja atas sebab diserbu oleh pihak berkuasa dan pengasas yang lari tah ke mana..
Untung pada merekan yg join dgn syarikat MLM yg betul dan rugi bagi mereka yang tersalah pilih.
Itu semua adalah pengajaran dan dari situ saya mula belajar yang lain dan sekarang saya mahu lebih berusaha dalam bisnes on-line dan offline..
akak saya call smlm, suruh handle bisnes apa ntah yg dia join.. bila buka je group tu, nmpk mcm MLM sbb kna cari downline dan kena beli produk bio quantum bernilai RM100.. tapi rata2 yg saya baca dlm komen, ramai yg bg pndgn negatif dan xnak join sbb menyerupai MLM,, owner dia nafikan,,xtahulah tu jenis bisnes mcm mna ni..rasa2 berbaloi x semua ni?
kene kaji selidik dulu latar belakang company tu…kalau baru lagi bertapak mungkin tinggi risiko utk join. Lagi satu kaji juga produk yang dijual. Kalau dah berpuluh tahun bertahan..maksudnya produk tu mmg bagus.
Uptrend ok tak?
Uptrend dah di batalkan lesen oleh kementerian. Sila google.
Terima kasih kepada Tim Majalah Niaga kerana membuka ruang diskusi ini.
Satu ulasan yang baik dan neutral. Dalam dunia MLM kena buat kajian terperinci. Pastikan patuh syariah. Semoga kita berhati-hati dalam mengejar kekayaan yang berkat.
tahniah, satu artikel yang mesti dibaca terutama oleh anak-anak muda sekarang terutama yang rambang mata melihat wang dan kemewahan 🙂
terima kasih team majalah mengingatkan orang awam..mudah2an memberi manfaat semua..
Info yg amat bernas..Syabas Tim majalah Niaga
seperti yang ditulis, tak semua MLM hanya memanipulasi produk..
terdapat produk yang bagus yang bertahan bertahun2 lamanya.
MLM yang dijalankan melalui cara lama (dengan pembelian pukal) dan merekruit ahli seramai yang mungkin (dan memaksa ahli membuat loan sehingga berpuluh ribu) adalah tidak relevan pada masa kini, skim cepat kaya mungkin?
http://www.pretty0blossom.com/set-mengandung-shaklee-super-jimat/
saya pn dah kena…MLM = MC ocean..PELABURAN INTERNET = ABfuns…huhuhu…skang sy lbh matang..xkn terpedaya lg….amin..
Terima kasih team majalah niaga kerana mengeluarkan artikel ini. Sedikit sebanyak menyedarkan newbie agar boleh mengenalpasti mlm yang palsu dan skim cepat kaya.
Saya telah meminjam artikel team majalah niaga dan memberikan fokus kepada skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang bertopengkan platform forex.
http://jutawanemas.com/v1/skim-cepat-kaya/skim-cepat-kaya-bertopeng-pelaburan-emas-masih-wujud-berhati-hati/
salam semua….sebenarnya bsnes MLM yang BETUL adalah BAIK..MLM YANG BERASASKAN P
RDK DAN PLAN PEMASARAN YANG TIDAK MENEKAN PENGEDARNYA ADLAH TERBAIK….
MLM ADALAH SATU BENTUK PERNIAGAAN YANG BERSISTEM DAN DI TERIMA DI KEBANYAKAN NEGARA MAJU DI SELURUH DUNIA….MLM JUGA MEMBERI KEBEBASAN KPD MANUSIA YANG TERIKAT DGN KERJA2 YANG DI BEBANI OLEH MAJIKAN MEREKA…..
HANYA ORANG YANG ADA ILMU SHJ YANG MENGATAKAN BSNES MLM INI BAIK,,,,BSNES MLM DI MALAYSIA SUDAH MENJANA JUALAN BERJUTA2 RINGIT DEMI MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA…..BELAJAR…KENAL…KAJI APA ITU BSNES MLM….JANGAN DOK NAMPAK ORANG YANG TAK BERJAYA….
BSNE MLM YANG BETUL SEBENARNYA BOLEH DI SERTAI OLEH SESIAPA SHJ DEMI MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA DAN NEGARA…..
SAYA ADALAH SEORANG NETWORKER SEPENUH MASA DAN TIDAK BEKERJA DENGAN ORANG SUDAH LEBIH 10 TAHUN…..ALHAMDULILLAH REZEKI YANG ALLAH BAGI DI DLM BSNES INI MENCURAH2…..SYUKUR KPD ALLAH….
JIKA KITA TAHU DAN FAHAM JALAN YANG DI LALUI MAKA KITA AKAN SAMPAI KE DESTINASI YANG DI TUJU…….
MLM ADALAH SATU2NYA PERNIAGAAN YANG MENYEDIAKAN PLAN ATAU FORMULA UNTK KITA BERJAYA….IKUT SAHAJA …INSYALLAH KEJAYAAN DI TANGAN ANDA….
MLM ni tak salah tapi kena tgk mcam mana diorang buat .
ada jgk MLM betul tapi org yg slah cara utk jual barang
ada yg MLM tak betul dah sah2 la org yg join buat betul lagu mana pun jadik tak betul jugak 🙂
more boleh baca sini
http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/11/nak-jual-barang-ke-nak-jual-orang.html
Siapa tahu Pioneer4U adalah MLM yang baik tau tidak??
TAK pernah dengar pon Pioneer4U ..
Sekarang dan akan datang 2014, sykt MLM yg tengah dok build la ni adalah NUCERITY.
otai2 / dealer2 MLM , kalau rasa nak masuk MLM dok di atas, boleh la joint sekarang .. jadi PIONEER..
company manage by Jeff Graham – yg dulu tu pernah manage company pengeluar JUS MONAVIE..
sila-sila selidik …
Artikel yg baik ,apapun sy mmg suka mlm.pilih syarikat yg memang ada dan gah.
Artikel yang baik tetapi akan lebih baik jika diterbitkan juga artikel yang positif pada bisnes MLM bagi mewujudkan pendapat yang tidak berat sebelah dari pihak Majalah Niaga, iaitu selaku organisasi penerbitan yang mahu menggalakkan masyarakat Malaysia untuk berniaga. Ini kerana manipulasi ini boleh terjadi pada apa-apa jenis perniagaan juga, bukan hanya MLM.
Sebagai contoh, perniagaan berbentuk francais juga saya lihat ada wujud manipulasi dimana pihak francaisor hanya menerima sahaja sesiapa yang sanggup berbelanja besar untuk modal tanpa ada tapisan yang ketat terhadap tahap kemampuan individu itu menjalankan perniagaan dan juga tiada nasihat strategik yang tepat. Bagi saya, hanya brand yang established seperti Mc Donald dan seangkatannya sahaja yang layak menyediakan khidmat francais kerana ada brand yang kuat dan prosedur yang ketat.
MLM ni bagus…ramai yang dah berjaya pun…tapi ramai juga yg kecundang..mungkin bukan rezeki…kawan2 cuba bagi pendapat mengenai satu biz yg telah bekerjasama dengan JPN..iaitu menggunakan MYKAD untuk mendapatkan diskaun ketika berbelanja…mysmart shopper program..fungsi ni da di masukkan sebagai fungsi ke-50 dalam mykad..
Hot Topic Nampak!!
Saya pun pernah tersungkur dengan puluhan ribu ringgit lesap dek kerana MLM.
Namun begitu, saya dapat sangat banyak ilmu di MLM. MLM mengajar tentang leadership, convincing skills, PR skills & marketing skills. Satu yang saya sangat pasti.
Kalau anda boleh berjaya dalam MLM, anda boleh berjaya dalam apa business sekalipun.
Sekarang business saya berkembang bebekalkan segala ilmu dari MLM. Ilmu yang takkan ada di mana-mana Uni.
Sy setuju100% dgn kenyataan ni
Jual Kopi Mahkota Dewa Aljanah adalah terbaik bagi saya setakat ini. Tiada unsur nak kaya cepat. Modal hanya RM130 untuk daftar seumur hidup. lepas itu kita jual atau bina group untuk sama2 jual.
Assalamualaikom….artikel nie Sangt bgs dibaca…tp masih Ada noted2 yg masih tidak terisi…
Harini sy bergiat aktiv dalam dunia forex..
Saya agak tidak bersetuju dengan penulis kerana hujah-hujahnya tidak kukuh & konkrit. Penulis perlu lebih study & betul-betul “in the box” untuk betul-betul mengeluarkan artikel yang saya fikir tidak informatif ini. Penulis memanipulasi pengikut-pengikut blog.
TQ
Kalau mlm ni bleh buat sy sedekah kt msjid tiap jumaat, kalau mlm ni bleh buatkn seorg abg bntu adiknye yg sakit yg prlukn kos 20k di hospital, kalau mlm ini bleh buatkn seorg anak brjya hntrkn mak bapaknye pegi haji dgn duit usahanya, kalau mlm ini bleh slesaikn hutang ptptn/loan kereta/loan kahwin yg sememangnye haram nk kwin buat loan, teruk sgt kah mlm ni?????? minda itu bukak la sket..
Matlamat tidak menghalalkan cara. Pernah ada leader skim emas ditangkap polis selepas menunaikan umrah.
salam..thanksfor the artikel. Pencerahan yang bagus…sememangnya industri MLM ni bagus, asal takda yang tamak, unsur penipuan dsbnya..suatu analogi kalau kita berniaga satu jenama tudung seorang, mana mungkin dapat capai keseluruh malaysia, kita takkan mampu. jadi kita pasti akan melatih individu tertentu mengikut cara kita untuk mengedar ditempat mereka. ini dinamakan sistem duplikasi. Thats how u creat ur network, n multilevel marketing. Penting untuk submit kepada Allah, bertanya melalui untaian doa dan rintihan ditengah malam, agar kita sentiasa di jalan yg selamat dan tidak salah memilih perniagaan untuk menyara diri dan keluarga. Kaji dr sudut patuh syariah, status halal, kekuatan syarikat, kelebihan produk sebanyaknya sehingga yakin dan berpuashati untuk meneruskan. Jangan mudah percaya benda negatif, jangan mudah memburukkan syarikat atau bisnes orang, sebaliknya istikharah! supaya tak salah langkah. Wssalam ~Herbalife Personal Coach~
MLM cuma sekadar marketing tool. Yang penting sekali produknya..bonus dan komisen adalah upah utk setiap jualan dibuat oleh group melalui networking. Berhati2lah memilih group dan pastikan produk itu benar2 bagus baru berkat hasil jualan.
Terima kasih tetntang artikel ini. Saya serba salah sekarang ini kerana kawan baik pelawa join Kelab RajaKereta dengan yuran seumur hidup RM 650. Selepas join banyak keistimewaan jadi ahli kelab spt membaiki kereta, mencuci kereta, servis kereta, menambah pendapatan ahli dll. Dalam pada itu juga disediakan program rakan niaga iaitu berpeluang memperolehi pendapatan tetap hasil daripada keuntungan perniagaan selama 24 bulan / 60 bulan di dalam Program ACR (Rakan Niaga Syarikat) Azza Motor dengan kerjasama Koperasi Pengguna Kenderaan Selangor Berhad. (KPKSB) membuka satu peluang perniagaan kepada anda dengan menyertai Program Rakaniaga ACR.
Setiap unit syer bernilai RM5,000 Dengan memiliki satu unit syer, Rakaniaga akan menerima keuntungan bulanan sebanyak RM1,000 selama 5 tahun. Setiap pemegang syer hanya layak memiliki 5 unit syer sahaja, iaitu maksima RM25,000. Jika berlaku krisis ekonomi atau pihak syarikat mengalami kerugian, dan tidak mampu mengagihkan keuntungan kepada Rakaniaga selama 5 tahun, rakaniaga bagaimanapun tetap akan mendapat keuntungan RM1,000 pada setiap bulan, selama 14 bulan. Perjanjian diikat secara bertulis, surat perjanjian guaman disediakan. Ini bermakna keuntungan pelabur adalah dalam 20 % sebulan. Saya melihat sesuatu yang meragukan kerana kebiasaanya koperasi-koperasi di Malaysia biasanya kadar keuntungan pelaburan antara 10-20% setahun.
Melihat keadaan ini saya mengkaitankan program ini dengan kandungan artikel di atas iaitu era 2008 – 2010
“Penganjur sama yang terlibat di dalam pelaburan Internet pada tahun 2006 kembali dengan cara lebih kreatif. Kali ini, mereka mengaktifkan semula skim ini dengan cara mendaftar sebagai koperasi.
Mereka menyalahgunakan lesen koperasi untuk kutip duit melabur dan dijanjikan pulangan lumayan sama ada melalui ‘introducer bonus’ atau melalui pelaburan dibuat. Mereka meyakinkan pelabur dengan mengatakan pelaburan yang dibuat itu dilaburkan di dalam sektor pertanian, penternakan dan hartanah.
Mereka mendakwa koperasi mereka memiliki tanah-tanah seluas berhektar-berhektar untuk digunakan atas tujuan-tujuan di atas. Semakin tinggi pelaburan, semakin tinggi pulangan setiap bulanan diterima. Pembayaran keuntungan itu dibuat tanpa dijelaskan terperinci mengenai prestasi perniagaan. Akaun-akaun perniagaan mereka juga tidak diaudit.
Majoriti koperasi yang mengamalkan skim pelaburan cepat kaya ini telah ditutup. Sebahagian sahaja diserbu dan dibekukan akaun oleh Bank Negara. Baki yang lain sengaja ditutup atas tujuan untuk melesapkan duit peserta. Penutupan itu telah dirancang lebih awal.”
Sejauh mana kebenaran saya tidak pasti.Namun dilihat semakin ramai mula terjebak dengan program ini. Saya telah membuat aduan dengan Bank Negara dengan menghantar email tentang status rajakereta dan program pelaburannya.Ternyata persoalan status program dijawab denagn maklumat umum iaitu supaya menjauhi pelaburan yang meragukan yang menawarkan keuntungan luar biasa berbanding bank komersial.Nampaknya sikap Bank Negara sikap acuh tidak acuh tentang hal ini.
Apapun terima kasih kerana artikel di atas. Ianya sudah cukup untuk saya mengatakan TIDAK kepada rajakereta..
Salam, ramai yg telah kecewa termasuk sy dlm prog ACR seperti yg telah anda terangkan..bayaran tidak seperti dln perjanjian..minta tunjuk ajar cara dptkan semula duit..tq
Tumpang tanya.. Sapa pernah dengar MC Ocean.. Mlm ni betul ker?? Mohon pencerahan
Seram sejuk bila baca artikel ni..oh!
Hot topic. Bagi saya MLM yang hebat, dari 3. Pertama sekali company, siapa owner dia. ( background company. Kedua ialah product. Apa product dia? Adakah ada repeat order? Kalau ada repeat order barulah kita ada income. Bukan mengharapkan income dari kemasukan ahli sahaja. Kembali kepada fitrah berniaga, kita haruslah ada jual beli setiap bulan untuk melahirkan income. Dan yang ketiga barulah plan marketing. Macam mana company bayar bonus. Kalau ketiga-tiga nya ok! Barulah boleh buat. Saya sudah lama mencari company yang betul-betul strong yang mempunyai semua syarat ini.
Join UNICO untuk keterangan 0139532564
How bout stemcell or pyhtoscience ?
Contact sy untuk keterangan 0139697454
phytoscience obvious sangat head-hunting. obvious sangat sangat.
Terima kasih atas info yang sangat berguna ini. Saya harap kalian dapat membaca artikel ini dengan minda yang terbuka. Seperti yang penulis sebutkan, ianya bukan berkenaan dengan manakah satu syarikat MLM yang bagus atau tidak TETAPI ia berkenaan dengan TINDAKAN individu-individu yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB yang telah mencemarkan lagi industri MLM ini dengan memanipulasikan sistem pemasaran MLM ini ke dalam kegiatan HARAM mereka. So saya harap semua pembaca silalah baca artikel ini sehingga habis dan fahamkan apa yang hendak disampaikan. TQ
Assalamualaikum dan salam sejahtera…info yang menarik….sekiranya pembaca baca dengan minda yang positif..ia dapat menjernihkan keadaan…
Apa2pun sekarang saya telah terlibat dengan projek Affiliate Marketing yang menjalankan Offline dan Online Network…
Saya dah jumpa founder…saya dah tengok syarikat dan office.. saya dah tengok plan marketing… semua jelas…
ikut sejarah saya pernah Ikut satu syarikat MLM… disebabkan kurang ilmu…dan xselidik akhirnya saya tumbang…
namun selepas saya mengkaji projek Affiliate ni… saya mula terbuka hati… dan saya ampak potensinya….
Mungkin era 2014 Affiliate Marketing pun makin banyak…..
Nak info saya boleh bagi…kita sama2 share untuk kebaikan bersama…
Assalam…no komen, bagus jer
Semua betol ..tapi sebenar nya walaupun masuk dalam syarikat yg telus tapi masih ada yang gagal kerana MALAS…!!
Ayah mak saya adalah orang yang telah menceburi bidang MLM ini sejak 1995 lagi sehingga sekarang.
Sehingga sekarang, satu famili saya hanya makan minum daripada satu sumber saja rezeki ini iaitu bidang MLM ini.
Jadi BANYAK POSITIF nyer MLM ni sebenarnyer. Cari lah MLM yang DAH LEGEND dan dapat memberi anda duit yang cukup untuk famili anda bertahun2 lamanyer seperti yang famili saya dapat. Jika nak tau apa dia. contact saya 0139759240.
Tq.
Salam & Hi semua,
Khas kepada Mat, saya sangat setuju dan sokong anda. Pendapat MLM anda sama dengan saya. Untuk pengetahuan untuk buat bisness sama ada MLM atau Conventional sangat memrlukan ILMU, macam Dr. Azizan cakap.
MLM atau Conventional business ratio orang kecundang didalam nya almost sama, ONLY 10% saja yang berjaya dan 90% fail. .. so ini adalah satu pilihan yg kita atau saya atau anda boleh control. Hendak berjaya atau berjaya ! So pilihan di tangan masing-masing …
Saya buat MLM dan saya apply teknik 10,000 hours to become professional , Alhamdulillah saya dan ahli kumpulan saya dah pun menjana pendapatan melebihi RM 10,000 sebulan dengan menjana pendapatan secara PASIF INCOME !
from
Nizam
Saya nak tnya pasal phytoscience adakahh bisnes ni selamat..
Bagi saya, nak kenal MLM tu berasaskan produk atau tidak, lihat aktiviti promosi syarikatnya. Adakah menjurus kepada promosi produk, kebaikan produk, manfaat produk atau hanya fokus MENJUAL IMPIAN. Jika 10% cerita produk, 90% cerita impian, terbukti terpesong. Kilang gula2 Hacks pun mampu bertahan sehingga kini adalah disebabkan pelanggan membeli gula2 tersebut dan memakannya, kemudian beli lagi. Bukan beli gula2 tu kemudian simpan bawah katil. So produk MLM tersebut harus masuk pasaran dan digunakan pengguna, bukan sekadar jadi syarat.
Salam ukhwah semua, satu garis panduan yang berguna.. saya da jumpa 1 produk MLM berasaskan renew insuran dan cukai jalan kenderaan.. sistem yang sangat unik khas untuk umat Islam.. keuntungan yang pada saya cukup relevan.. tiada skim ataupun ertikata money game. boleh lawati kat http://www.p5g.my atau hubungi saya melalui whatsapp 0198291795
Baru baru ni saya diperkenalkan oleh seorang rakan baru berkenaan peluang jana pendapatan dgn syarikat kongsimakan berhad. Ada sesiapa yang tahu dan boleh komen.
Saya pun nak tahu berkenaan kongsimakan berhad
mungkin boleh refer sini:
https://www.facebook.com/kongCmkn/posts/1656701557937824
https://www.facebook.com/kongCmkn/posts/1635946790013301
Assalam . saya nak lepaskan lesen AFFILIATE JUNCTION kesayangan saya . lesen AA . saya nak lepaskan sebab nak pakai cash dan tidak dapat persetujuan dan restu dr ibu bapa keluarga saya . harga market 23k tp saya lepaskan 15k . incubator pun still full . boleh hubungi di 010 4210365.
segala bisnes dalam perniagaan perlukan ilmu ..sekian terima kasih..