Manipulasi Pasaran Dengan Malapetaka Bumi

December 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Masih ingatkah lagi pembaca mengenai wabak virus H1N1 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2009? Penyebaran virus H1N1 tersebut yang juga dikenali sebagai selsema burung, diklasifikasikan sebagai malapetaka oleh World Health Organization (WHO) telah mengakibatkan kematian lebih empat belas ribu penduduk dunia termasuk di Malaysia sendiri. penutup-muka Ia juga mencetuskan perasaan panik dalam setiap diri penduduk dunia. Pemandangan orang ramai memakai topeng muka pada waktu di mana-mana itu merupakan perkara biasa. Enam tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2003, dunia dikejutkan dengan penyebaran wabak virus SARS yang mengakibatkan sistem pernafasan manusia gagal berfungsi. Lebih lapan ribu orang maut disebabkan oleh virus ini sebelum ia berjaya dibendung. Selain kematian, kedua-dua wabak ini turut mengakibatkan industri penerbangan dan perlancongan di semua negara merudum dan lumpuh kerana perasaan takut yang menyelubungi penduduk dunia. Ketakutan dan kebimbangan dijangkiti virus ini turut menyebabkan ramai yang memilih untuk ‘berkurung’ di rumah daripada bersiar-siar di taman mahupun kompleks membeli belah. Ini kerana kedua-dua virus tersebut mudah merebak melalui udara Air Blower.

Peluang Dalam Malapetaka

Namun bagi sesetengah syarikat-syarikat pengeluar barangan penjagaan kesihatan diri, malapetaka ini merupakan satu peluang keemasan bagi mereka. Walaupun kedengaran agak tidak berperikemanusian namun itulah hakikatnya. Selain topeng penutup muka yang amat laris pada waktu itu, malapetaka tersebut turut menyaksikan kemunculan satu produk kesihatan dan kebersihan diri yang laris dijual iaitu gel anti-bakteria atau gel pembersih tangan. Untitled-3 Gel pembersih tangan ini dijual dengan murah dan menjadi keperluan hidup pada waktu tersebut. Ianya bukan sahaja diletakkan di hospital-hospital dan klinik-klinik. Malah hampir semua tempat awam termasuk di lapangan terbang dan di dalam lif. Terdapat pejabat dan kilang yang mewajibkan setiap pekerja dan pelawat membersihkan tangan menggunakan gel tersebut sebelum memasuki premis mereka. Terdapat juga mereka yang membawa ke mana-mana gel pembersih tangan dalam botol kecil di dalam tas tangan dan kereta.commercial bouncy castles for sale

Manupulasi Perasaan Pelanggan

Apa yang menarik di sini, tiada kajian klinikal yang pernah mengatakan bahawa virus SARS dan H1N1 tersebut dapat dibasmi melalui gel pembersih tangan. Namun perasaan takut dan bimbang dijangkiti lebih menguasai pemikiran pengguna pada masa itu dan syarikat-syarikat pengeluar telah memanupulasi perasaan takut tersebut melalui mesej pengiklanan, yang memujuk pengguna mempercayai produk keluaran mereka merupakan produk terbaik untuk menghindarkan diri dari dijangkiti. purell Bagaimana mereka melakukannya? Syarikat pengeluar Purell meletakkan mesej dalam iklannya yang berbunyi,

‘Menurut Pusat Pencegahan  dan Pengawalan Penyakit, Amerika Syarikat (CDC), salah satu cara untuk melindungi diri anda dari selsema burung adalah dengan mengamalkan tabiat membersihan tangan yang baikchristmas inflatables.  Antara cadangan CDC ialah membersihkan tangan menggunakan sabun dan air atau menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol jika tiada sabun dan air’.

Pengeluar sabun jenama Dial pula menyampaikan mesej,

‘Kami ingin memastikan setiap orang sedar bahawa pembersihan tangan yang berkesan adalah cara terbaik untuk memastikan anda dan keluarga anda sihat’.

Manakala lysol, jenama bahan cecair pembasmi kuman, mengkemaskini laman webnya dengan maklumat berkaitan selsema burung dan menekankan walaupun tidak diketahui dengan jelas bagaimana virus tersebut merebak,

‘..dengan mengamalkan rutin kebersihan yang baik, penyebaran virus tersebut dapat dihalang’.

Secara kasarnya, ketiga-tiga mesej tersebut bersifat am namun secara tersiratnya atau secara tidak langsung, ketiga-tiga syarikat pengeluar tersebut cuba mempengaruhi pengguna melalui iklan itu, untuk mempercayai produk mereka adalah kunci kepada amalan kebersihan yang baik yang penting dalam mengekalkan kesihatan. Untitled-1 Namun mereka tidak boleh mengatakannya dengan secara terus terang. Kerana fakta menunjukkan tiada kajian oleh sesiapa pun termasuk CDC yang menunjukkan gel pembersih tangan berkesan, dalam menghalang selsema burung dari merebak. Bukan sahaja pengeluar sabun dan produk kebersihan diri mengambil peluang untuk meningkatkan jualan. Pengeluar tisu jenama Kleenex turut mengambil kesempatan dengan melancarkan tisu anti-bakteria yang didakwa,

‘…mempunyai lapisan tisu khas di bahagian tengah  yang dapat menghentikan virus selsema. Membunuh 99.9% virus selsema di dalam tisu tersebut dalam masa 15 minit. Berkesan terhadap virus Rhino jenis 1A dan 2, Influenza A dan B dan virus sistem penafasan’.

Malah syarikat pengeluar makanan juga turut tidak ketinggalan. Pengeluar bijirin jenama Kellogg’s contohnya, memperkenalkan produk Rice Krispies dan Cocoa Krispies baru yang didakwa mengandungi bahan anti oksidan dan khasiat yang dapat meningkatkan tahap sistem imun badan (apa yang tidak dinyatakan ialah bijiran tersebut turut mengandungi empat puluh peratus gula). Namun beberapa bulan selepas itu, dakwaan produk tersebut dikritik kerana bersifat palsu dan pengeluar tersebut mengambil tindakan memadamkan ayat ‘membantu menyokong imuniti badan anak anda’ dari kotak-kotak bijiran keluarannya dan tidak menjual lagi produk bijirin yang mengandungi bahan anti oksidan.

Melindungi diri

Perasaan takut merupakan salah satu perasaan yang mudah mempengaruhi tindakan manusia. Apabila seseorang itu merasa terancam, secara automatik fikirannya akan mendorongnya mengambil tindakan untuk melindungi dirinya. Untitled-2 Menurut kajian akademik bertajuk ‘The Extended Parallel Process Model’, individu yang berada dalam keadaan terancam akan menimbangkan dengan berhati-hati mesej yang disampaikan (di dalam iklan dan sebagainya). Kemudian mengikut nasihat yang disampaikan oleh mesej yang bersifat memujuk itu agar bahaya (ancaman) yang dihadapinya dapat dineutralkan (dihindarkan). Perasaan takut ini termasuklah takutkan jatuh sakit, takut gagal dalam kehidupan, takut kelihatan selekeh, takut kehilangan pekerjaan dan banyak lagi perkara yang kita takutkan dalam kehidupan.

Imej diri

Mengetahui reaksi semula jadi perasaan takut inilah, para pengeluar menghasilkan iklan yang bukan sahaja bersifat memujuk. Malah menakut-nakutkan kita untuk melariskan produk-produk mereka termasuklah produk flos gigi, air mineral, ‘alarm’ kereta/rumah dan insurans. Mereka mencetuskan perasaan takut dalam pemikiran kita  dengan memasukkan di dalam iklan elemen ‘akibat/kesan’ yang akan berlaku sekiranya berlaku sesuatu malapetaka. Untitled-4 Antara contoh iklan tersebut adalah iklan kad American Express yang memaparkan sepasang kekasih yang sedang bercuti dirompak dan kehilangan semua dokumen serta duit mereka. Wajah mereka kelihatan sugul, bingung dan tidak terdaya. Selepas membuat satu panggilan ke American Express, wajah mereka berubah ceria. Syarikat farmaseutikal juga tidak ketinggalan mengunakan taktik yang serupa. Di mana mereka memaparkan di dalam iklan imej diri yang kita takut akan berlaku pada kita seperti imej lelaki botak, wanita gemuk, dan orang dalam kesakitan (ingat iklan Panadol?). Kemudian apabila individu dalam iklan tersebut menggunakan produkinflatable jumpers buy farmesutikal tersebut secara automatik mereka akan berubah menjadi lebih sihat, berseri-seri, gembira dan tersenyum sambil memandang tepat pada kamera. Antara kandungan artikel akan datang: Strategi  pasaraya memanupulasi perasaan takut pembeli  melalui peragaan produk, dan bagaimana pengeluar merekabentuk bekas produk makanan agar sentiasa kelihatan segar. Kredit gambar yang diambil dari Flickr (mexicanhippybuz_flickrtymom914jamesyeungrejuvesite)


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (2)

Leave a Reply to Hasbul Aqill Batal (Cancel)