Masa Yang Paling Sesuai Untuk Kemaskini Status di Media Sosial

January 09, 2015 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Ketika pemilik bisnes ingin melakukan post sama ada berbentuk content marketing, atau promosi, penting untuk lakukannya pada waktu yang sesuai. Supaya dengan itu, post itu akan dilihat oleh ramai pembaca. Sekaligus meningkatkan capaian sesuatu post di fanpage jenama kita.

Pemasaran adalah tentang berapa ramai orang tahu tentang kita. Apabila semakin ramai tahu, semakin besar potensi produk atau servis kita akan terjual. Andai ketika kita post, tiada siapa yang baca, mana mungkin kita dapat capai ramai pelanggan.

Social Caffeine berkongsi infografik tentang masa terbaik dan terburuk untuk post di media sosial. Ia sesuai untuk Facebook, Twitter, Linkedin, Google+, dan Pinterest. Oleh sebab di Malaysia, media sosial yang aktif adalah Facebook, Twitter dan Google+, Tim Majalah Niaga meringkaskan waktu terbaik untuk post di 3 media sosial ini.

1. Facebook

Masa terbaik: 1 petang hingga 4 petang
Masa terburuk: 8 malam hingga 8 pagi

Trafik tertinggi: Selepas 9 pagi
Masa puncak: Rabu 3 petang

Trafik merundum: Selepas 4 petang
Elakkan post di hujung minggu

2. Twitter

Masa terbaik: 1 petang hingga 3 petang
Masa terburuk: 8 malam hingga 9 pagi

Trafik tertinggi: Selepas 11 pagi
Masa puncak: Isnin hingga Khamis

Trafik merundum: Selepas 3 petang
Elakkan post di hari Jumaat selepas 3 petang

3. Google+

Masa terbaik: 9 pagi hingga 11 pagi
Masa terburuk: 8 malam hingga 9 pagi

Trafik tertinggi: Selepas 9 pagi
Masa puncak: Waktu bekerja

Trafik merundum: Selepas 5 petang
Elakkan post waktu petang

Waktu terbaik post di media sosial


Tags: , ,

Komen (5)

  1. Kenapa ya masa terburuk itu pada waktu malam? Apakah kerana ramai buka guna telefon pintar maka banyak orang mengaksesnya pada waktu siang. Tidak pada waktu malam.

Pendapat anda?