Raya – Membeli Secara Online vs. Membeli Di Pusat-pusat Jualan Besar

August 09, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Umum

Sedia maklum di musim-musim perayaan begitu banyak sekali tapak-tapak jualan mahupun pusat-pusat niaga yang menawarkan harga jualan barangan yang begitu rendah sekali. Kadangkala diskaun sehingga mencecah 50-70%.

Fenomena Membeli Secara Offline

Namun begitu, setelah dijumlahkan semuanya,  adakah perbelanjaan keseluruhan benar-benar dijimatkan atau pun sebaliknya? Mengikut pemerhatian, berikut merupakan fenomena biasa ketika membeli secara ‘offline’;

–  Pembeli selalunya terpaksa bersesak di jalan raya semata untuk mendapatkan tempat letak kereta. Atau akhirnya akan meletak di kawasan yang agak jauh dari tempat membeli belah.

–  Orang yang terlalu ramai sehingga boleh mendatangkan pelbagai isu keselamatan, kebersihan dan kesihatan. Amatlah tidak sesuai untuk membawa anak-anak kecil ke tempat awam yang terlalu ramai orang ini.

–  Belum tentu pembeli akan dapat membeli barang yang diingini. Mungkin kehabisan warna, saiz dan sebagainya.  Oleh kerana tidak mahu mensiakan kesusahan datang ke sini, pembeli seakan ‘terpaksa’ juga membeli.

fenomena-membeli-secara-offline

–  Kualiti barangan yang boleh dipersoalkan kerana harga yang terlampau murah. Bukan semua barangan yang pembeli boleh pegang dan rasa betul-betul, ada juga hanya yang ‘display only’ atau di dalam bungkusan.

–  Membeli lebih dari apa yang perlu akibat rambang mata dengan pilihan yang ada. Ditambah pula apabila anak-anak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri. Dari satu barang boleh bertambah menjadi  dua, tiga dan seterusnya.

Budget harga yang asalnya mahu membeli pada harga sekitar RM50, oleh kerana terpedaya dengan pakej belian mahu pun diskaun melampau untuk barangan yang lebih mahal , boleh memikat hati pembeli untuk membeli barangan yang harga lebih tinggi.

–  Membeli barangan yang tiada kaitan. Ini juga perkara biasa apabila berada di tempat-tempat jualan murah, segalanya nampak murah.

– Kepenatan setelah pulang membeli belah, ada sehingga pukul 1-2 pagi baru tiba dirumah setelah habis membeli belah.

Kelemahan Membeli Secara Online

Apa pula kelemahan membeli secara ‘online’?

–  Kelemahan penjual yang tidak mempunyai system jualan atas talian yang baik . Website atau mana-mana tapak jualan yang tidak lengkap dengan kemudahan pembayaran atas talian baik secara debit mahupun kredit.

online-shopping

–  Kredabiliti dan reputasi penjual  yang kurang memberangsangkan.  Ini menimbulkan rasa curiga pembeli kepada penjual dan kemungkinan untuk ditipu.

–  Pembeli rasa kurang ‘feel’ kerana tidak dapat pegang, rasa dan hidu produk. Hanya dapat melihat dan faham melalui penerangan berbentuk ayat oleh penjual. Dan kadangkala boleh menimbulkan salah faham antara penerangan penjual dan kefahaman pembeli.

–  Pembeli merasakan kos penghantaran adalah sesuatu yang membebankan.

–  Kemungkinan untuk barang lambat tiba juga ada.

Setelah dianalisa, kedua-dua pilihan membeli secara ‘offline’ mahupun ‘online’ kedua-dua mempunyai kelemahan. Membeli secara ‘offline’ terasa lebih menyeronokkan dan bebas. Kemungkinan berlaku kes  penipuan juga sukar kerana semuanya ‘cash and carry’. Membeli secara ‘online’ pula lebih terbatas,  namun sebenarnya lebih mudah, mengikut budget , jimat masa dan tenaga .

Tip Membeli Secara ‘Online’

  • Boleh mula membeli secara sedikit-sedikit untuk menguji reputasi dan kredabiliti penjual tersebut.
  • Membeli di website jualan yang mempunyai jaminan kepada pembeli.
  • Mempunyai akaun perbankan secara ‘online’, supaya mudah pemindahan wang dilakukan tanpa perlu bersusah keluar untuk deposit wang untuk pembelian.
  • Membeli dengan penjual ‘online’ atas dasar ‘recommend’ oleh rakan juga pilihan yang baik.

Akhir daripada penulis, berbelanjalah dengan bijak terutama di musim perayaan. Terima kasih.


Tags: , ,

Komen (3)

  1. Tiffany Ong
    March 21, 2017

    membeli secara talian juga tidak dapat dicuba. ini akan menyebabkan saiz pakaian yang dipilih tidak sesuai dengan kita.

Leave a Reply to rahimah Batal (Cancel)