Mengapa Ada Rasa Bimbang?

August 22, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Motivasi / Pembangunan Diri

“Jika kita mampu bersyukur dengan apa yang ada, kita tidak perlu risau dengan apa yang bukan milik kita.”

Ramai orang memikirkan tentang masa lalu yang sudah berlaku, atau masa hadapan yang belum berlaku. Oleh sebab itu adanya panik, adanya kebimbangan kerana kita terperangkap dalam jangkaan.

Apa Itu FEAR (ketakutan)?

Antara sebab kita ada perasaan bimbing kerana kita ada perasaan takut (fear).

False

Evidence

Appeear

Real

Andai kita perasan, adakalanya kita berasa risau untuk perkara yang belum berlaku. Sehingga ia membuat kita sakit kepala, tertekan. Bukankah ia sebenarnya seperti menzalimi diri sendiri? Bimbang akan sesuatu, tidak akan menghasilkan perubahan. Itulah kata kuncinya. Penting kita manfaatkan kuasa pada masa kini (the power of now), kerana di situ letaknya tenaga kehidupan.

Cinta Memberi Ketenangan

Ramai orang, yang apabila mereka melakukan sesuatu yang mereka suka, mereka tidak memikirkan mereka sedang melakukannya. Kerana mereka begitu asyik melakukannya. Mereka begitu seronok dan menikmati apa yang mereka suka lakukan.

cinta-itu-menenangkan

Apabila kita berfikir, kita berada pada tahap beta – yakni gelombang yang tidak tenang. Namun, apabila kita tidak berfikir ketika itu kita berasa tenang (tahap alpha). Oleh sebab itu, tidak hairan mengapa apabila kita lakukan apa yang kita suka, kita begitu asyik melakukannya.

Kerana saat itu kita tidak berfikir, yakni tidak berada pada tahap beta, sebaliknya berada pada tahap alpha iaitu tahap tenang. Alpha itu tempatnya kita akan khusyuk dengan apa yang kita lakukan. Ia berpunca daripada cinta yang kita rasa, pada apa yang kita suka lakukan.

Bagaimana Mengatasi Rasa Bimbang?

Berhenti berfikir dan mulakan tindakan. Rasa bimbang berpunca apabila kita terfikir tentang perkara negatif. Yang seterusnya ia memberi impak kepada perasaan kita.

Bermula daripada fikiran yang negatif menjadikan perasaan kita negatif. Seterusnya membuat kita rasa negatif. Akhirnya kita sendiri yang tertekan daripada membuat tekanan sendiri dengan berasa bimbang.

Jadi, cara cepat untuk selesaikan rasa bimbang adalah dengan mula bertindak selesaikan solusi kita. Lupakan masalah itu dengan cepat dan terus bertindak ke arah penyelesaian.

Fokus Perkara Positif

fokus-perkara-positif

Energi tidak boleh dihapus. Ia boleh dipindahkan. Rasa bimbang juga termasuk dalam energi. Ia tidak boleh dihapuskan tetapi ia boleh dipindahkan dengan cara kita tukar fikiran negatif di minda kita kepada memikirkan sesuatu yang positif.

Yang akan mengubah apa yang kita rasa dan apa yang kita lihat tentang diri kita. Berterusan memikirkan perkara negatif akan membuat kita semakin tertekan dan berasa bimbang.


Tags: , ,

Komen (1)

Pendapat anda?