ISI KANDUNGAN
Slogan yang bagus adalah salah satu aset syarikat yang paling berharga. Dalam sejarah pemasaran, ada syarikat yang menambah jutaan ringgit dalam jualan mereka hanya kerana perubahan slogan.
Betapa hebatnya kuasa sebaris ayat sehingga ia mampu membawa masuk keuntungan yang berganda. Secara umumnya, slogan-slogan yang berkuasa mempunyai beberapa persamaan:
#1 – Slogan Senang Diingati
Slogan yang bagus senang diingati. Slogan yang anda lupa 15 minit setelah mendengarnya adalah tidak efektif. Banyak iklan menggunakan rima atau lagu untuk menarik perhatian pengguna. Contohnya slogan McDonald “I’m lovin it” dan Digi “Bersamamu”.
#2 – Slogan Menghasilkan Gambaran Dalam Minda
Slogan syarikat yang bagus menghasilkan gambaran dalam minda. Manusia tidak semestinya belajar dari pendengaran. Ramai orang belajar melalui penglihatan. Visual dan grafik (seperti logo syarikat) membantu orang ramai berhubung dengan perkara di sekeliling mereka.
Oleh kerana slogan dihasilkan dari perkataan dan bukannya gambar, maka slogan yang bagus boleh membantu anda dengan menghasilkan gambaran visual dalam minda. Sebuah hotel di pesisir pantai mungkin boleh menggunakan slogan “Kebiruan laut di dalam bilik hotel anda”.
#3 – Slogan Unik
Slogan yang bagus adalah unik. Perkara penting yang perlu slogan anda lakukan adalah membezakan bisnes anda dengan bisnes orang lain. Jika slogan syarikat memberikan gambaran lebih kurang sama sahaja seperti syarikat yang lain, maka tidak hairanlah pelanggan akan merasakan tidak perlu memilih syarikat anda.
Mereka akan berkata “Sama ada kita beli dari syarikat ini atau syarikat itu sama sahaja”. Hasilkan satu slogan yang bukan sekadar mencerminkan syarikat anda tetapi ia juga memberitahu orang ramai kenapa mereka perlu memilih anda. Tidak ada gunanya jika orang ramai keliru kerana slogan anda lebih kurang pesaing anda .
Contoh slogan yang perlu dielakkan bagi mereka yang berkecimpung dalam perniagaan makanan adalah “Sekali cuba pasti tak lupa” atau “Cuba sekali pasti hendak lagi”. Terlalu banyak syarikat yang menggunakan slogan berkenaan.
#4 – Slogan Menarik Perhatian Orang Ramai Untuk Mengambil Bahagian
Slogan syarikat yang bagus juga menarik minat orang ramai untuk mengambil bahagian. Slogan yang dapat menggalakkan orang ramai mengambil bahagian mempunyai peluang yang baik untuk menaikkan syarikat anda. Contohnya, syarikat Coca Cola saban tahun menaja kejohanan piala dunia.
Mereka menggunakan slogan “Makan bola, tidur bola, minum Coca Cola” untuk menarik perhatian peminat bola sepak untuk bersama-sama mereka menonton dan meraikan kedatangan fiesta berkenaan.
#5 – Slogan Menyebut Kebaikan Syarikat
Slogan syarikat yang bagus menyebut kebaikan syarikat. Jika anda mahu orang ramai menggunakan perkhidmatan anda, anda perlu berikan mereka sebab-sebab kenapa mereka perlu menggunakannya. Slogan yang dapat memberitahu pengguna apa yang bagus tentang syarikat mereka dapat memastikan pengguna akan datang kembali.
Contohnya adalah slogan roti Gardenia “Enak dimakan begitu sahaja”. Ia memperihalkan kesedapan roti mereka sehinggakan tanpa sebarang sapuan bahan lain pun ia masih lazat untuk dinikmati.
Terima kasih Tuan Hilmi Isa. Info yang sangat berguna.
Sama-sama Tuan Amirul. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya yang tak seberapa ini
Info yang sangat berguna. Even saya pernah baca untuk mendapatkan satu-satu slogan tu sesebuah company sanggup membeli idea tersebut dengan harga yang tinggi…mereka tahu pelaburan tersebut adalah sangat berbaloi 🙂
Betul tu tuan ezord.
TERIMA KASIH Tuan Hilmi,
informasi yang sangat bermanfaat untuk membina :
1. keyakinan pelanggan
2. tarikan syarikat
3. kelainan dalam pasaran
4. perbezaan dengan pesaing
5. pemantapan berfokus dalam matalamt syarikat
kesannya, penjenamaan ini akan kekal terpahat dalam hati pelanggan (pasaran berkekalan)
Bijak. tuan memang betul-betul pakar
Terima kasih tuan dengan artikel yang berkualiti ini. 🙂
Jujurnya, saya rasa artikel tuan lebih jauh berkualiti 🙂
Assalamualaikum.
Artikel yang sangat bernas. Terima kasih.. 🙂
Harap Puan Islawati sudi beri tunjuk ajar untuk saya lebih berjaya. Terima kasih sudi membaca artikel yang tak seberapa ni
Assalamualaikum
Slogan nampak simple tapi mengarap banyak erti tersirat. Fundamental Marketing yang sering kealpaan, artikel yang bagus dan sangat berguna
Bijak Puan Norhaslinda