Nasib Gen Y dalam Industri Kewangan

August 20, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Kewangan

Kepesatan pembangunan dalam sistem kewangan telah menjadi suatu fenomena. Salah satu prasyarat utama dalam menyokong pembangunan kewangan yang progresif adalah dengan membina kumpulan tenaga kerja mahir.

Dalam rangka menyokong serta memartabatkan sistem kewangan di Malaysia, beberapa institusi pendidikan telah menawarkan program-program dalam kewangan di peringkat diploma sehinggalah ke peringkat ijazah kedoktoran bagi menampung keperluan industri.

Usaha melahirkan kumpulan profesional dan pakar yang diperlukan dalam bidang kewangan daripada generasi Y bagi pasaran domestik, dan global ini juga kelihatan masih terhalang dalam perjalanan mereka menjejakkan kaki ke dalam industri kewangan yang rata-ratanya didominasi atas dasar senioriti. Hasilnya produk, dan perkhidmatan dalam industri kewangan inilah yang terpaksa diwarisi oleh generasi seterusnya.

Gen Y Professional – Golongan Komited

Kajian tentang Gen Y dalam industri kewangan oleh Raymond Madden, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Institute of Finance (AIF), dan juga Ashridge Business School dari UK memberi satu indikasi yang menarik tentang peranan, dan tanggungjawab golongan Gen Y professional yang berada dalam industri kewangan.

Hasil temubual dengan 606 orang yang dikategorikan sebagai Gen Y Professional dan 616 orang pegawai dari indsutri perbankan, kewangan Islam dan pasaran modal memberikan satu perspektif baru tentang kumpulan Gen Y dalam industri kewangan.

komited

Gen Y selalu dianggap sebagai tidak komited dan tidak setia. Namun hasil survey mereka, menunjukkan bahawa 63% sanggup untuk melaksanakan lebih daripada apa yang ditugaskan, 64% bermotivasi untuk membantu organisasi mereka berjaya, 68% mensyorkan tempat kerja mereka sebagai tempat yang baik untuk pekerjaan, dan 70% bangga berkerja dengan majikan mereka.

Hasil survey ini menunjukkan Gen Y professional adalah golongan yang sangat komited terhadap kerja mereka.

Gen Y – Penggemar Tegar Cabaran Baru

Namun, kumpulan ini juga tidak teragak-agak untuk menukar perkerjaan selepas 2 tahun, menunjukkan mereka selesa dengan perubahan, dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menjelajah perjalanan kerjaya yang lebih jauh.

Maka Madden berpandangan bahawa strategi pengekalan yang ada kini perlu diubah suai bagi memenuhi kumpulan tenaga kerja mahir, dengan memberi penekanan terhadap aspirasi kumpulan Gen Y professional.

keyakinan

Hasil kajian yang paling mengejutkan ialah 41% daripada kumpulan Gen Y professional ini, merasakan diri mereka telah bersedia untuk memegang dan menjadi sebahagian daripada pihak pengurusan dalam masa 2 tahun berkerja, begitu jugalah apa yang dikongsikan oleh para pegawai apabila 15% daripada mereka juga berpandangan yang sama.

Kesimpulannya, kumpulan Gen Y professional ini dianggap mempunyai keyakinan dan perjalanan dan progres kerjaya yang jelas. Jika satu-satu organisasi tidak fokus dalam membentuk kepimpinan kumpulan ini dengan betul, mereka akan berpindah ke organisasi yang mampu memberi mereka peranan dan tanggungjawab yang lebih besar.


Tags: , ,

Komen (2)

Pendapat anda?