ISI KANDUNGAN
Semua mentor yang berjaya dalam dunia tidak menafikan kebaikan mempunyai mentor dalam kehidupan bisnens mereka. Menurut fakta, 93% pengusaha startup yang berjaya bersetuju yang mempunyai mentor adalah asas untuk mereka berjaya.
Mari kita lihat apakan nasihat terbaik yang mentor setiap usahawan ini berikan kepada mereka sehinggan bisnes mereka berjaya.
#1- Mentor Chad Zani-Pengusaha Cuci Kereta Yang Berkonsepkan Alam Sekitar
Chad adalah pemenang “Get Started Orange County 2016 for Envi” yang mengusahakan perusahaan cuci kereta yang mengunakan bahan pencuci mesra alam yang berasaskan kosmetik.
Kata Chad, seorang mentornya berpesan supaya jangan risau mengenai perkara-perkara yang tidak pasti atau isu yang berlaku yang membuatkan anda stres.Merisaukan sesuatu hanyalah membuang masa dan tenaga pada perkara yang mungkin tidak akan berlaku sama sekali.
Setelah mendengarkan nasihat mentornya, beliau terus sahaja melakukan sesuatu apabila dia berasa 80% gembira dan kemudian ubah perancangan yang telah dilakukan mengikut respon yang diterima dari masa ke semasa. Tiada istilah sempurna dalam sesuatu perancangan, hanya lakukan sahaja apabila anda hampir puas hati dan gembira.
#2- Mentor Jonathan Preedom- Usahawan Teknologi Pengesan
Preedom adalah usahawan yang mencipta peralatan teknologi menjejak untuk para pemburu supaya mereka boleh tahu keadaan semasa perlawanan dan bertanding dengan baik walaupun berbeza jarak kedudukan. Beliau memenangi “Get Started Roanoke 2016” bagi kategori pengesan game.
Pelabur yang berminat dengan rekaannya itu meminta dia memajakkan rumahnya sebagai jaminan yang dia sangat komited untuk mengusahakan bisnes peralatan pengesan ini.
Seorang mentor menasihatinya yang tawaran ini nampak sangat menarik untuk dipertimbangkan akan tetapi tanpa kewangan yang kukuh, seorang usahawan akan bergelut dengan kesukaran untuk survival dan dalam keadaan yang tertentu boleh membuatkan seseorang itu melakukan kesilapan hanya kerana situsi terdesak.
Berhati-hati semasa menerima sesuatu tawaran, walaupun menarik tetapi anda perlu fikirkan akibatnya pada setiap aspek. Pastikan anda membuat perjanjian yang bersifat menang-menang dengan orang lain.
#3- Mentor Krystal Stubbendeck- Pengusaha Sewaan Barangan Ibu Mengandung & Bersalin Online
Pemenang “Get Started Omaha 2016” ini menjalankan perniagaan online yang menyewakan barangan bersalin dan keperluan semasa mengandung dan selepas bersalin.
Bagi Krystal, perniagaan dan syarikatnya adalah bersifat sangat peribadi. Banyak usaha dan tenaga telah dilaburkan. Masa tidur yang selalu terganggu, banyak air mata yang tertumpah, pertengkaran yang selalu tercetus dengan suami dan banyak lagi.
Setiap kali dia cuba cari pelabur, perasaannya seolah-olah menyerahkan jiwanya sendiri. Apabila mereka menolak untuk melabur dalam syarikatnya, itu adalah perkara yang paling menyakitkan.
Seorang mentor menasihatkan, jangan mengambil sesuatu perkara secara peribadi. Kita kena letakkan batasan agar dunia perniagaan dan dunia kehidupan tidak bercampur aduk.
Tidak salah menyayangi bisnes sendiri tetapi ada perkara yang lebih besar dan penting di luar sana untuk disayangi, seperti keluarga anda. Janganlah disebabkan bisnes anda gagal maka dunia anda akan berakhir.
#4- Mentor Torrey Tayenaka- Usahawan Sistem Mandian Pintar
Merupakan pemenang “Get Started Orange County 2015”, Torrey sentiasa bergantung dan mengikut sepenuhnya pada mentor, jurulatih dan kumpulan usahawan yang beliau ada.
Nasihat terbaik yang beliau perolehi adalah semuanya boleh dan patut ditukarkan kepada proses. Dalam perniagaan, beliau mempunyai proses daripada cara mengendalikan permintaan pelanggan sehinggalah menggembirakan pelanggan dengan bajet mereka yang yang rendah pada masa yang sama.
#5-Mentor Emily Gaddis- Usahawan Kelab Hidup Sihat
Memenangi anugerah “Get Started New Orleans 2016” , wanita yang giat mempromosikan penjagaan kesihatan dan pemakanan sihat ini dinasihati oleh mentornya yang dia patut mengupah orang lain untuk melakukan kerja-kerja perakaunan, perundangan, HR dan bidang lain supaya dia boleh menfokuskan kepada perkara yang beliau mahir iaitu pemasaran FB.
#6- Mentor James Lawrence- Usahawan Pengendali Dron
James mengendalikan perniagaan sistem perisian yang membantu Dron beroperasi dengan teratur dengan perubahan peraturan semasa.
Mentor James menasihatinya, apabila kamu sudah dikenali oleh pelabur yang melihat produk kamu berpotensi untuk dibangunkan, kamu akan mendapati begitu ramai ingin meniru idea kamu.
Sentiasa ambil langkah berhati-hati, lindungi produk anda dan patenkan idea dan label. Persaingan adalah sesuatu yang mencabar dan sebagai usahawan anda harus faham pertandingan yang anda akan sertai dengan jemputan atau tanpa jemputan.
#7-Remmi Smith- Chef Muda Masakan Sihat
Kejayaannya bermula daripada rancangan masakan online yang dicadangkan oleh abangnya sendiri. Sebagai seorang remaja, abangnya banyak memberikan nasihat dan bertindak sebagai mentor.
Nasihat abangnya yang dia sentiasa pegang adalah buat sesuatu yang menyeronokkan dan kongsi dengan orang lain kepakaran dan ilmu kita dan bantu mereka meningkatkan kualiti hidup.
#8- Siloh Moses- Pengusaha Restoran & Usahawan Sosial
Moses menyediakan makanan percuma untuk gelandangan untuk setiap pembelian pelanggannya. Nasihat yang beliau dapati adalah, memang senang untuk berada dalam kumpulan pelari yang sama dan menjadi pelari yang terpantas dalam kumpulan tersebut.
Tetapi untuk memenangi perlumbaan kejayaan, anda harus berlari dengan pelari yang terpantas daripada anda. Mungkin anda bukan lagi yang pertama dan mungkin yang terakhir tetap sekurang-kurangnya masa larian anda lebih pantas kerana anda menyertai kumpulan pelari yang terpantas.
#9-Jen Koevary- Usahawan Inovasi Kesihatan
Jen memenangi “Get Started Tucson 2016” kerana mencipta peralatan teknologi yang boleh ditanam di dalam permukaan hati dan membaiki tisu badan yang rosak.
Mentornya menasihati dia untuk sentiasa mengambil dan menerima pandangan orang yang di luar bidang kerana mereka inilah yang akan memberikan idea kepada bisnes kita yang tidak terfikir oleh orang dalam bidang sendiri.