ISI KANDUNGAN
#Asal-Usul Pengasas Facebook
Mark Elliot Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di New York dalam sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi. Ayahnya seorang doktor gigi manakala ibunya adalah seorang psikiatri.
Minat beliau dalam bidang komputer bermula pada usia 12 tahun. Dia telah mencipta ‘Zucknet’ untuk kegunaan ayahnya di klinik dan untuk keluarga mereka bermomunikasi di dalam rumah tanpa perlu menjerit. Mark juga mencipta game berdasarkan lukisan kawan-kawannya.
Ibu-bapanya menyokong minat Mark dalam bidang pengkomputeran lalu mengupah tutor peribadi untuk mengajarnya mengenai pengaturcaraan komputer.
Mark kemudian menyambung pengajian di Phillips Exeter Academy, yang mana menyaksikan beliau cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah bahasa klasik, sukan, muzik dan lain-lain.
Semasa di sekolah menengah, beliau telah mencipta versi awal software muzik Pandora. Banyak syarikat yang berminat untuk melabur untuk perisian ini termasuklah AOL dan Microsoft. Syarikat gergasi ini ingin mengambilnya bekerja sebagai jurutera sebelum dia tamat belajar tetapi dia menolak.
Selepas tamat belajar di Exeter pada tahun 2002, Zuckerberg ditawarkan untuk masuk ke Universiti Harvard. Dia telah membina perisian yang dipanggil CourseMatch iaitu satu perisian yang membantu para pelajar kolej untuk memilih kelas mereka berdasarkan pilihan kursus pengguna lain.
Mark juga turut mencipta Facemash iaitu aplikasi yang memadankan gambar dua pelajar yang mempunyai muka yang sama dan pengguna boleh mengundi siapa yang kelihatan lebih menarik. Aplikasi ini telah menjadi popular tetapi kemudian telah dihentikan oleh pihak universiti kerana dianggap tidak beretika.
Mark dan rakan-rakannya telah berjaya mencipta satu laman internet yang membolehkan pengguna mencipta profil mereka, memuat naik gambar dan berkomunikasi dengan orang lain.
Perisian ini dinamakan sebagai Facebook yang menjadi gergasi media sosial pada hari ini. Siapa sangka mereka menciptanya hanya dari dalam dorm kolej mereka pada tahun 2004.
Mark kemudiannya telah berhenti dari kolej untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada penubuhan Facebook untuk para pelajar Ivy League. Pada penghujung tahun 2004, bilangan pengguna Facebook adalah sebanyak sejuta.
Mark telah berjaya mengembangkan syarikatnya dengan menerima suntikan dana daripada pelabur yang membantu meluaskan rangkaian Facebook bukan sahaja dalam kalangan pelajar Ivy League sahaja tetapi mula digunakan di dalam komuniti pendidikan secara menyeluruh sehingga bilangan pengikutnya meningkat kepada 5.5 juta pada tahun seterusnya.
Facebook mula mengorak langkah lebih maju kehadapan dan banyak syarikat-syarikat seperti Yahoo dan MTV Networks mahu membelinya tetapi beliau menolak dan memilih untuk membesarkan syarikatnya dengan usahanya sendiri.
Sepanjang kejayaan Facebook, Zuckerberg turut berdepan dengan beberapa cabaran antaranya adalah kes tuntutan mahkamah yang mengatakan yang beliau telah menciplak idea Harvard Connection untuk mencipta Facebook dan beliau telah membayar 65 juta dolar dalam tuntutan ini kerana didapati mengambil harta intelektual milik Harvard Connection.
Mark juga telah membantah sekeras-kerasnya apabila kisah hidupnya diadaptasi ke dalam buku dan filem dengan penceritaan yang salah. Mereka mengambil keuntungan yang lumayan daripada kisah Mark.
Dengan kekayaan yang ada, pasangan Zuckerberg telah menggunakan sebahagian besar wang mereka untuk tujuan kebajikan dan menyertai Giving Pledge.
Giving Pledge yang turut disertai oleh Bill Gates, Warren Buffett dan George Lucas adalah satu usaha sosial di mana jutawan yang terlibat dikehendaki menderma separuh daripada harta mereka untuk kebajikan dunia.
#Nasihat Mark Zuckerberg Kepada Semua
Mark telah diberikan anugerak kedoktoran oleh Universiti Harvard walaupun dia tidak menamatkan pengajiannya akan tetapi bakat,usaha dan pencapaiannya diiktiraf dunia. Berikut adalah nasihat beliau yang dipetik dalam ucapannya semasa majlis graduasi baru-baru ini.
#Sentiasa layan orang lain dengan baik walaupun dia kelihatan pelik dan tidak menarik.
Ketika menghadiri kelas pertamanya di Harvard, dia telah terlambat dan tidak sedar yang dia telah memakai bajunya secara terbalik menyebabkan tiada orang yang mahu bercakap dengannya.
Hanya KX Jin yang menegurnya dan melayannya seperti biasa. Mereka banyak menghabiskan masa bersama dan kini dia adalah orang penting dalam Facebook.
#Baik dan buruk yang berlaku akan memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup anda.
Apabila Mark melancarkan Facemash, pihak universiti menganggapnya sebagai satu program yang tidak beretika. Mark menyangkakan yang dia akan dibuang.
Rakan-rakannya membuat parti perpisahan dan disitulah dia bertemu isterinya Priscilla, yang menjadi sumber inspirasinya untuk menjadi usahawan yang berjaya.
#Cipta tujuan hidup yang lebih besar daripada diri anda dan orang lain
Beliau suka mendengar cerita Presiden John F Kennedy melawat NASA, belaiu melihat seorang tukang sapu membawa penyapu dan beliau bertanya kepadanya, apa yang dia lakukan? Tukang penyapu itu membalas, “Saya membantu orang naik kebulan”.
Adakah anda akan mengatakan perkara yang sama atau anda akan mengatakan yang anda hanya tukang sapu dan menjaga kebersihan NASA? Cipta tujuan hidup sendiri yang akan buat anda gembira dan cipta tujuan untuk orang lain pula.
Kata Mark, jika dia tidak ada tujuan yang lebih besar daripada apa yang dia fikir dia mampu lakukan, dia mungkin sudah menjual Facebook kepada syarikat gergasi lain semasa awal-awal permulaannya lagi tetapi dia menolak kerana dia ada tujuan yang lebih besar walaupun dia tidak pasti dia dapat melakukannya.
#Idea tidak akan datang dalam bentuk yang sempurna.
Jangan tunggu untuk melengkapkan idea yang ada, terus sahaja bermula dan idea akan bertambah baik dengan pelaksanaan. Mark sendiri tidak akan mengetahui ideanya dari bilik kolej semasa melancarkan Facebook akan menjadi sebesar ini.
#Bersiap sedia untuk tidak difahami
Idealistik adalah perkara yang bagus tapi mengerjakan sesuatu pelan yang besar bukanlah Tidak semua orang akan memahami anda, malah mungkin akan memanggil anda gila.
Mereka juga mungkin akan menyalahkan anda kerana mereka tidak nampak visi anda sepenuhnya. Jangan tunggu, jangan takut dan jangan pedulikan mereka yang tidak faham. Teruskan sahaja.
#Kejayaan datang daripada kegagalan
Jangan harapkan kejayaan datang dengan cepat. Kata Mark, beliau telah mencipta pelbagai produk sebelum Facebook seperti game, sistem chat, alat belajar dan pemain muzik.
JK Rowling sendiri telah ditolak sebanyak 12 kali oleh syarikat penerbitan sebelum Harry Potter diterima dan diterbitkan. Kegagalan adalah proses kearah kejayaan.
#Cari masa untuk tolong orang lain.
Kita akan sentiasa sibuk tetapi duit bukanlah perkara utama. Cuba untuk tolong orang lain mencapai potensi mereka. Semasa Mark sedang sibuk membangunkan Facebook pada awalnya, isterinya memintanya untuk meluangkan masa untuk membuat kebajikan dan mengajar kanak-kanak yang memerlukan dan dia berkata bahawa dia tidak dapat melakukannya kerana dia sibuk.
Mark terpaksa juga mengajar setelah isterinya bertegas yang dia harus melakukannya. Setelah mengajar mereka mengenai keusahawanan, Mark juga belajar sesuatu yang bermakna daripada mereka. Mark terinspirasi dan memberikan mereka inspirasi.
Setiap daripada pelajarnya telah berjaya ke kolej walaupun mereka bukanlah daripada golongan yang mampu. Bantu bina komuniti disamping membina diri dan karier.