Nuklear Social Media – Kesan Kekalahan Lee Chong Wei (Olimpik 2012)

August 08, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Dalam sukan badminton, beliau dipuja. Di Olimpik London 2012, beliau adalah tunggak harapan negara.

chong wei

Perjuangan beliau adalah segala-galanya. Walaupun gagal membawa pingat emas untuk rakyat Malaysia, namun itu bukan soalnya. Dato’ Lee Chong Wei, anda adalah inspirasi kami semua.

Namun perjuangannya di Olimpik London 2012 bukan topik yang akan dikupas dalam Majalah Niaga. Ia lebih layak dicerita di blog dan akhbar sukan tempatan. Artikel ini adalah berkaitan dengan kesan nuklear social media terhadap diri beliau sebagai jaguh badminton negara.

Kajian Kes – Musnahnya Harapan Emas Malaysia

Dari proses sebelum serta selepas perlawanan di antara Dato’ Lee Chong Wei dan Lin Dan, semuanya sentiasa dikemaskini dalam ruangan Facebook dan juga Twitter.

Dato Lee Chong Wei Twitter

Bukan sahaja dari kalangan rakyat, malah pemimpin juga turut serta dalam ruangan ini.

Dari ruangan untuk mengemaskini status-status berbau bisnes, tiba-tiba bertukar menjadi status yang menjadi penyiar tidak rasmi keputusan badminton peringkat akhir.

Antara perkara yang dapat dipelajari dalam kajian kes ini adalah seperti berikut:

  • Social media berkuasa sebagai virus maklumat.
  • Buat silap sekali, dihukum berkali-kali.

Social Media Berkuasa Sebagai Virus Maklumat

Pada zaman dahulu, kita bergantung pada akhbar, televisyen, dan radio untuk mendapatkan info-info terkini mengenai keputusan badminton. Zaman sekarang sudah beralih arah.

Social media seperti Facebook dan Twitter adalah penyebar virus maklumat yang baru. Lebih mengagumkan, kehadiran social media ini tidak boleh dikawal oleh sesiapa.

Situasi ini boleh dilihat menerusi kekerapan post yang dilakukan oleh 28 juta pengguna Facebook Malaysia. Bayangkan, setiap saat apabila kita klik pada button refresh dari pukul 8 malam hingga 11 malam, semuanya adalah perkongsian mengenai Dato’ Lee Chong Wei.

Dari sudut perniagaan, situasi ini memberikan dua kesan yang baik iaitu:

“Proses pemasaran viral atau hebahan daripada orang ramai lebih mudah berlaku di Facebook dan Twitter (Social Media). Justeru itu, apabila kita mahu membangunkan kempen pemasaran yang jimat kos, pilih medium ini.”

Buat Jahat Sekali, Dihukum Berkali-kali

Selain daripada kesan yang besar terhadap sebaran maklumat, social media juga ibarat hakim di ruangan Internet. Kerana mereka bebas menyuarakan sesuatu dan keputusannya sentiasa bercanggah.

Kosmo Chong Wei

Situasi ini berlaku apabila akhbar Kosmo menerbitkan kaver terkini beliau yang memaparkan tajuk,

“Chong Wei terlepas habuan RM4 juta.”

Ayat yang mencederakan emosi. Di mana akhbar Kosmo secara tidak langsung memperoleh publisiti yang meluas di Facebook, atas penghasilan tajuk yang sangat kontroversi.

Dalam kes bisnes, apabila berlaku publisiti seperti ini, penting untuk kita sebagai pemilik memberikan maklumat yang tepat. Apabila hebahan itu bukan berita yang benar, jelaskan di ruangan Facebook Pages kita mengenai isu itu.

Fungsinya mudah. Supaya orang dapat menemui jawapannya tanpa perlu ada sebarang kekeliruan dan pertelagahan.

Dari sudut pandang tuan puan, bagaimana kesan social media terhadap Dato’ Lee Chong Wei ini dapat dikaitkan dengan perniagaan?

Kredit: Massa 121, Twitter Dato Lee Chong Wei, Berliku.


Komen (4)

  1. Honestly, blog ini juga cuba memanipulasi cerita kekalahan Dato’ LCW untuk suasana berbaur “havoc news”. But, honestly saya masih menyukai cara pengolahan idea ini berkenaan bisnes environment via social media.

    Virus maklumat yang tersebar sebenarnya amat penting untuk menjana pemikiran semula orang-orang bijak di seluruh dunia. – Tetapi orang-orang sudah pun bijak dalam century ini jika dianalisis (melalui statistik penggunaan Internet dikalangan end user yang semakin berinfiniti).

    Buat kategori “bodohness”, adalah orang-orang yang tiada pentaksiran semula info. – Hanya baca dan mengatakan “ya” pada sebarang digital atau fizikal content.

    Tetapi sangat sedikit sejak century ini. Yang difikirkan cuma keindahan tajuk cerita dan pengolahan isi yang kebanyakannya terulang. – my personal option

  2. Media dari dulu hingga sekarang adalah kuasa manipulasi psikologi terunggul…boleh mengubah pandangan dan persepsi manusia dengan cepat..apatah lagi dalam perniagaan

  3. pengguna facebook malaysia, 28 juta orang je? Rasanya belum kot…kalau 28 juta orang, dah sama dengan penduduk malaysia.. mungkin dikira sekali dengan seorang individu ada 3,4 akaun facebook.

Pendapat anda?