Pasaran Niche Di eBay – (Part 1)

February 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Ramai di antara kita yang memasang impian untuk bekerja dari rumah, tidak perlu bangun awal pada setiap pagi untuk pergi bekerja di pejabat, mahu meluangkan lebih banyak masa dengan orang-orang tersayang di dalam hidup kita dan juga mahu menjana pendapatan lebih agar kita tidak perlu bergantung kepada orang lain lagi buat selama-lamanya.

Salah satu peluang perniagaan mudah untuk membantu anda mencapai impian-impian tersebut adalah dengan menjalankan perniagaan menjual di eBay hanya daripada rumah.

Peluang Berniaga Dari Rumah Dengan Ebay

Namun demikian, persoalan utama yang akan berlegar di dalam fikiran kita adalah:

Apakah yang boleh kita jual?

Bagaimana kita boleh tahu sama ada terdapat pasaran untuk barang tersebut atau tidak?

Bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari hasil daripada pemilihan barang jualan yang tidak sesuai, adalah amat penting untuk anda melakukan kajian pasaran terlebih dahulu untuk menentukan barang jualan yang paling sesuai.

Kenalpasti Niche eBay

Ramai penjual di eBay menjual barangan daripada satu niche tertentu. Ada juga penjual-penjual yang mempunyai beberapa niche utama yang menjadi tumpuan mereka.

Rahsianya di sini adalah untuk mencari atau menjual barangan untuk niche yang anda sudah biasa atau mempunyai pengetahuan mendalam tentangnya.

Menjual Berdasarkan Pengalaman atau Minat

Mungkin anda merupakan seorang yang memiliki pengetahuan tentang memancing ikan dan anda juga merupakan seorang pemancing yang aktif. Oleh itu, anda mungkin mempunyai pengetahuan lebih tentang peralatan dan aksesori memancing lebih banyak daripada orang lain yang tidak memiliki pengetahuan tersebut.

Anda mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang barangan dan peralatan memancing yang boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan yang baik dan juga pengetahuan tentang barangan yang mempunyai permintaan ramai.

Anda boleh gunakan pengetahuan dan kemahiran anda ini di dalam perniagaan anda di eBay. Pengetahuan anda ini akan memberikan kelebihan kepada anda berbanding penjual-penjual lain di eBay yang tidak memilikinya.

Rekod Niche eBay

Setelah anda mempunyai idea tentang niche jualan yang ingin anda ceburi, sudah tiba masanya untuk anda meneruskan langkah seterusnya di dalam usaha penguasaan niche eBay anda.

Merekod Data Pelanggan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memulakan satu database atau rekod tentang jenis-jenis barang yang ingin anda jual. Anda boleh memulakan database atau rekod ini dengan menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Excel.

Senaraikan barangan yang ingin anda jual dan letakkan harga belian yang anda anggarkan untuk setiap barang tersebut. Aktiviti ini dilakukan untuk memberikan sedikit gambaran tentang jumlah wang yang perlu anda keluarkan untuk mendapatkan barangan tersebut daripada pembekal.

Cuba lakukan aktiviti ini dengan sebaik mungkin. Anda mahu menghasilkan rekod yang betul-betul boleh memberikan gambaran terbaik tentang jumlah wang yang perlu anda keluarkan untuk mendapatkan bekalan.

Pastikan Barang Berkualiti

Jangan lakukan aktiviti ini untuk satu niche sahaja. Jika anda memiliki lebih daripada 1 niche, lakukannya untuk setiap niche yang anda berminat untuk ceburi.

Niche-niche yang anda pilih boleh terdiri daripada niche yang anda mempunyai pengetahuan tentangnya, mempunyai minat terhadapnya atau sebarang niche yang anda rasa anda boleh mencapai kejayaan dengannya di masa hadapan.

Anda harus ingat, walau apa jua niche yang anda pilih – asalkan anda menjual barangan berkualiti pada satu harga yang munasabah, maka sudah pasti akan ada pembelinya di eBay.

Cuba berikan anggaran harga pembelian, kos penghantaran yang perlu anda keluarkan dan sebarang kos lain yang berkaitan dengan barang yang ingin anda jual itu.

*Kredit gambar yang diambil daripada Flickr (semsoz, Altuz) dan Google Images (Cloveretl)


Tags: , , ,

Komen (10)

  1. memang menarik artikel nih. 🙂 saya newbie dalam ebay dan saya memang berharap mendapatkan maklumat seperti ini di sini. Walaupun ranjau byk ditempuhi dalam awal 5 bulan penglibatan dalam perniagaan di ebay ini namun masih boleh mendapatkan duit ebay 😀 . terima kasih untuk semua yg menjayakan terbitan artikal ini. 🙂

Leave a Reply to zulhfreelancer.com Batal (Cancel)