Pelaburan Hartanah – Masih Awal atau Sudah Terlewat?

December 14, 2011 — Penulis:

Kategori: Hartanah

Pelaburan hartanah merupakan sejenis pelaburan yang jika dilakukan dengan bijak, akan memberikan pendapatan pasif kepada pelaburnya.

Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diperoleh secara konsisten, tanpa atau dengan penglibatan seseorang itu secara aktif. Dalam erti kata lain, walaupun kita sedang tidur atau bercuti, pendapatan tetap mengalir masuk ke dalam akaun bank.

Ilmu yang Tidak Diajar Di Universiti

Malangnya pelaburan hartanah tidak diajar di sekolah atau di universiti. Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang ketinggalan untuk merebut peluang ini.

Graduan muda yang baru memulakan kerjaya sangat bernasib baik, jika mereka mempelajari strategi dan selok belok pelaburan hartanah dengan lebih awal. Ini memberi mereka lebih masa untuk belajar dan kurang membuat kesilapan.

pelaburan-hartanah-masih-awal-atau-terlewat

Selain itu mereka boleh memaksimumkan tempoh pinjaman perumahan sehingga 30 atau 35 tahun supaya jumlah bayaran bulanan dapat diminimakan. Ini kerana rata-rata bank menghadkan tempoh maksima pinjaman adalah sehingga mereka berusia 65 tahun.

Ini seterusnya dapat memaksimakan aliran wang positif yang diperoleh.

Contohnya seorang graduan yang berumur 28 tahun berhasrat membeli sebuah apartment.  Sekiranya beliau membuat pinjaman sehingga 35 tahun, beliau masih layak. Kerana pada tahun terakhir pinjaman, umurnya pada masa itu adalah 63 tahun.

3 Strategi Pelaburan Hartanah Untuk Orang Berusia

Bagaimana pula jika sudah 50 tahun baru terfikir nak memulakan langkah pertama dalam pelaburan hartanah?

Kata orang putih, ‘better late than never’. Walau berapa pun umur anda, anda masih berpeluang untuk memulakan pelaburan hartanah sama seperti orang yang lebih muda. Bezanya hanya pada strategi.

Terdapat tiga strategi yang boleh digunakan oleh mereka yang lebih berusia.

#1 – Beli Di Bawah Harga Pasaran

Pertama, membeli hartanah yang 30% di bawah harga pasaran dengan riental yield melebihi 7.5%. Katakan sebuah apartment itu bernilai RM100,000 dan mempunyai harga pasaran sewa sebanyak RM650.

Untuk memastikan anda masih mempunyai aliran tunai positif, anda perlu membelinya dengan harga RM70,000.

Andaikan kadar pinjaman sebanyak 4.6% , anda boleh membuat pinjaman sehingga 15 tahun sahaja.  Ini bermakna bayaran bulanan anda ke bank adalah lebih kurang RM 485. Bayaran penyenggaraan pula dianggarkan sebanyak RM 60.

Maka anda masih mempunyai aliran tunai positif sebanyak RM105 sebulan, iaitu harga sewa RM 650 ditolak dengan bayaran bank RM485 dan bayaran penyenggaraan RM 60.

#2 – Beli Tunai dan Jual Semula

Kedua, anda boleh membeli dengan tunai dengan harga di bawah pasaran dan menjualnya semula. Mungkin anda boleh pertimbangkan membeli hartanah lelong yang dijual benar-benar di bawah harga pasaran, atau dari pasaran kedua (subsale) yang menepati bajet tunai yang anda ada.

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh Dr Peter Yee. Apabila beliau terjumpa hartanah yang dijual dengan harga yang rendah, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya.

Kemudian, rumah ini akan dijual semula dengan harga pasaran dan keuntungannya akan digunaan untuk pembelian hartanah seterusnya. Beliau hanya perlu mengulangi langkah yang sama.

pelaburan-hartanah-masih-awal-atau-terlewat-1

Jika pada asalnya beliau hanya membeli rumah flat, apabila keuntungan makin bertambah beliau mempu memiliki hartanah yang lebih mahal. Cara ini sedikit perlahan tapi tetap memberi pulangan yang baik kepada pelabur.

#3 – Bekerjasama Dengan Orang Muda yang Berkelayakan

Cara ketiga adalah melalui usahasama dengan rakan yang lebih muda dan berkelayakan membuat pinjaman. Dengan menggunakan nama rakan ini, pinjaman dengan tempoh yang lebih panjang dan jumlah pinjaman yang lebih tinggi boleh diperoleh.

Cara ketiga ini memerlukan persefahaman dan persetujuan awal di antara kedua pihak yang terbabit berkenaan perkongsian keuntungan, pengurusan hartanah tersebut dan pengurusan penyewa atau proses jual beli.

Sangat dicadangkan agar perjanjian tambahan secara bertulis diwujudkan untuk mengelakkan sebarang pertikaian di kemudian hari.

Kesimpulannya, walau berapa juga usia anda, anda masih belum terlambat untuk memulakan pelaburan hartanah yang pertama. Anda hanya memerlukan kreativiti di dalam strategi pelaburan anda.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (fourthandfifteenwww.hickey-fry.comAuswandern Malaysia)


Tags: , , , , , , ,

Komen (7)

  1. sgt setuju bab ‘ilmu yg tak di ajar di universiti’ tu..

    sbb mmg student tak diberi pendedahan oleh lecturer pun,
    but thank god sya ada parents yg suke kumpul rumah sewa dan tanah, so lepas grad je sya terus beli rumah compare dgn kwn2 yg sambar kereta dulu…

    dan alhamdulillah, parent sya idup selesa skrang dgn hasil sewaan tanpa bantuan anak2 pun…

  2. saya tidak faham…kalo boleh sila gunakan persamaan matematik…penggunaan ayat sangat mengelirukan bg perkiraan yg ditunjukkan…

Leave a Reply to umar387 Batal (Cancel)