Pemasaran Gerila – Formula Magik QuInHo

August 03, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

“Saya tidak mempunyai bajet yang besar untuk melakukan aktiviti promosi dan pemasaran,” kata seorang rakan yang menjalankan bisnes.

Bajet Pemasaran Usahawan Malaysia

Dialog ini adalah dialog derita para usahawan yang ingin mengurangkan kos untuk melakukan aktiviti promosi dan pemasaran, supaya jualan mereka dapat meningkat.

Wujudkah strategi untuk menangani masalah yang sering berlaku dalam kalangan usahawan di Malaysia ini?

Jawapan ini dibantu oleh Jay Conrad Levinson, seorang bapa, pengamal dan penulis buku Guerilla Marketing, atau pemasaran gerila. Menurut beliau, pemasaran gerila adalah strategi pemasaran yang berkos rendah, tetapi mampu memberikan impak yang besar terhadap pemilik perniagaan.

Strategi pemasaran gerila meliputi keadaan fizikal pemilik bisnes itu sendiri, yang bermaksud kuasa senyuman. Senyuman di muka sebenarnya mampu menarik perhatian pelanggan untuk mendekati perniagaan kita.

Formula Magik Pemasaran Gerila

Dalam artikel ini, kita tidak berbicara mengenai strategi. Kerana strategi boleh direka bentuk dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Langkah pertama untuk merealisasikan pemasaran gerila adalah menggunakan formula magik QuInHo.

Jay Conrad Levinson - Pengasas Pemasaran Gerila

QuInHo merupakan pecahan-pecahan akronim yang membawa maksud:

  • Quality.
  • Integrity.
  • Honesty.

Formula ini diambil daripada buku Jay Conrad Levingson dan Shel Horowitz iaitu Guerilla Marketing Goes Green. Prinsip ini adalah kuasa pemasaran gerila. Apabila kita menguasai ketiga-tiga elemen, setiap kempen pemasaran gerila yang diwujudkan akan memberikan impak yang luar biasa.

Quality – Apa Kelebihan Pelanggan

Dalam buku-buku bisnes yang ditulis oleh pakar, mereka sering menekankan tentang faktor nilai dalam bisnes. Apabila nilai bisnes kita tinggi di mata pelanggan, maka itu akan jadi daya tarikan untuk mereka membeli produk kita.

Apakah maksud disebalik nilai?

Satu daripada maksudnya adalah kelebihan yang bakal pelanggan peroleh. Sebagai contoh, bisnes kita menjual pisang goreng. Bagaimana pisang goreng kita ini dapat memberikan kelebihan atau nikmat yang jelas kepada pelanggan?

Adakah pisang goreng kita mempunyai kerak yang rangup lagi manis? Atau pisang goreng kita sentiasa panas dan segar untuk hidangan pelanggan?

Kenal pasti kelebihan yang ketara kepada pelanggan. Kemudian jadikan ia mesej utama dalam kempen pemasaran gerila kita.

Integrity – Ketulenan Jaminan Kekayaan

Pelanggan tidak suka berurusan dengan pemilik perniagaan yang tidak jujur. Sebagai contoh, mereka meniru perniagaan orang lain 100% dan memburuk-burukkan pesaing. Dari sudut mata pelanggan, pemilik bisnes itu adalah orang yang keji.

Ketulenan Dalam Bisnes

Apabila memulakan perniagaan walaupun kecil-kecilan, sentiasa belajar bagaimana untuk menjadikan bisnes kita unik berbanding pesaing. Supaya pesaing tidak resah, kita juga tidak susah.

Bisnes yang tulen adalah bisnes yang dijamin untung besar dan kaya. Kerana mereka bertindak jujur terhadap pelanggan. Apabila pelanggan suka, duit poket mereka jadi milik kita.

Honesty – Bukan Radja, Tetapi Raja

“Bukan janji, tetapi pasti.” – David Teo.

Kata-kata pengarah filem terulung di Malaysia ini mempunyai mesej yang bermakna. Perniagaan adalah skala yang menjelaskan kejujuran kita terhadap pelanggan. Elakkan diri daripada membangunkan bisnes harapan.

Yakni menaburkan 1,001 janji kepada pelanggan. Di mana pada akhirnya 1 janji pun tidak dapat dikotakan. Sebagai contoh, sekiranya kita menjanjikan 100% wang tunai akan dikembalikan jika tidak berpuas hati, maka tunaikan janji kita.

Lebih jujur pemilik perniagaan, lebih senang ia didekati pelanggan.

Impak Prinsip QuInHo

Prinsip yang ditekankan oleh Jay Conrad Livingson dalam buku beliau ini sedikit sebanyak memberikan nafas baru dalam dunia perniagaan dan pemasaran.

Nafas Baru Perniagaan

Beliau menjelaskan betapa pentingnya untuk memahami ketiga-tiga elemen Quality, Integrity dan Honesty.

Bagi tuan puan yang sudah menjalankan perniagaan selama bertahun-tahun, prinsip ini dapat membantu mengubah corak perniagaan serta merta. Bermula dengan memahami kelebihan yang pelanggan bakal peroleh, sehingga  menunaikan janji yang dimeterai oleh pelanggan.

Pemasaran gerila, untuk para usahawan yang inginkan pelanggan berjuta. Berkos rendah, impak maksima.

Kredit: Swipely, Dracula Bran Castle, -6-, Stay Sane Now.


Komen (7)

  1. QuInHo! Jika saya meletakkan diri saya sebagai pembeli, pastinya saya akan memilih individu atau syarikat yang menerapkan QuInHo dalam perniagaan mereka sebelum membeli sebarang produk dari mereka.. 🙂

  2. Nampak sudah tahu..
    Nampak simple..

    Tapi berapa ramaikah ushawan yang mampu menerapkan 3 formular tersebut.

    Bukannya tak tahu..
    Bukannya susah sangat..

    Tapi kita mesti disiplinkan diri dan bercita-cita tinggi supaya menjadi ushawan yang berjaya.

    -Insayllah saya juga sedang mengimplimentasikan –

    HOT !!! : Landing Page Tanpa Modal

  3. semua orang tahu tentang 3 prinsip ni, tapi mampukah kita terapkan dlm business kita. Terima kasih atas ilmu ini

Pendapat anda?