Pemasaran SEO – 10 Mitos & Penipuan Merugikan (Part 1)

May 02, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Menulis tentang tip pemasaran SEO bukan satu perkara yang mudah.

Mitos Pemasaran SEO - Mythbusters

Perkara utama yang bermain dalam fikiran setiap penulis yang ingin mengulas topik ini adalah berkaitan dengan relevansi dan keberkesanannya.

Ada tip-tip pemasaran SEO yang dikongsikan oleh pakar (termasuk pihak Google) sendiri sudah tidak relevan digunakan. Dalam masa sama, terdapat beberapa prinsip pemasaran SEO yang masih lagi menguntungkan.

Dalam artikel kali ini, kami akan mengulas topik mengenai mitos-mitos pemasaran SEO yang sering didebatkan dalam forum SEO antarabangsa mahupun tempatan.

10 Mitos Pemasaran SEO

#10 – Content Mesti Dikemaskini Setiap Masa

Content adalah panggilan umum untuk penerbitan bahan-bahan multimedia seperti teks (artikel), video, audio, imej dan pelbagai lagi menerusi laman web kita.

Pemasaran SEO - Content Mesti Dikemaskini Setiap Masa

Adakah kita pernah dengar kenyataan seperti di bawah?

“Untuk sentiasa berada di kedudukan tertinggi enjin carian, pemilik laman web mesti mengemaskini content mereka setiap masa.”

Enjin carian seperti Google berfungsi setiap masa untuk memaparkan maklumat relevan yang dicari oleh pengguna mereka.

Namun ia tidak bermaksud kita perlu mengedit laman web setiap masa, hanya kerana mahu dilihat sebagai laman web yang sentiasa segar dan dikemaskini.

Solusi?

Wujudkan blog dalam laman web. Gunakan ia sebagai medium untuk kita menerbitkan content secara konsisten bagi mengekalkan kesegaran laman web setiap masa.

#9 – Teks Mesti 1,000 Patah Kata Ke Atas

Ini adalah satu daripada mitos yang menjadi perbualan hangat mengenai jumlah perkataan di laman web. Ada yang berpendapat, lebih banyak jumlah perkataan, lebih tinggi peluang untuk berada dalam kedudukan teratas enjin carian.

Pemasaran SEO - Jumlah Patah Kata yang Relevan

Soalnya di sini, adakah artikel yang panjang sentiasa memberikan manfaat kepada pengguna? Jawapan ini subjektif. Maka begitu juga pendapat Google. Tidak semestinya artikel yang panjang menjadi pilihan utama mereka.

Solusi?

Apa yang penting adalah pembaca memperoleh manfaat dan belajar sesuatu yang baru daripada artikel.

Namun begitu, pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh pakar pemasaran SEO menyatakan jumlah perkataan minimum dalam satu artikel adalah 400 patah kata.

#8 – Apa yang Penting? Kualiti Backlinks!

Apabila bercerita mengenai fungsi backlinks dalam pemasaran SEO, keutamaan yang sering ditekankan adalah kualiti backlinks. Apakah yang dimaksudkan dengan backlinks yang berkualiti?

Rahsia Pemasaran SEO - Backlinks Berkualiti

Berikut adalah sudut pandang yang disuarakan oleh jurutera Google, Matt Cutts:

“Backlinks yang berkualiti berasal daripada content yang berkualiti. Kerana content berkualiti yang membuatkan pengguna Internet menyebarkan pautan laman web kita tanpa perlu diminta.”

Solusi?

Jangan terlalu fokus untuk mencari backlinks yang berkualiti. Fokus pada menghasilkan artikel atau content yang berkualiti. Kemudian sebarkan menerusi medium-medium sedia ada untuk menghebahkan kepada orang ramai.

#7 – Jika [Pakar] Buat, Ia Mesti Berkesan

Pertama-tama, tukarkan perkataan [Pakar] itu kepada sesiapa sahaja individu yang kita percaya mereka pakar dalam pemasaran SEO.

Rand Fishkin - Pakar Pemasaran SEO

Dari situ, kita akan berpendapat apa sahaja yang mereka buat dalam aktiviti optimasi enjin carian, kita rasa ia adalah strategi yang berkesan.

Hakikatnya, kebanyakan masa ia berkesan. Kebanyakan masa juga tidak. Ini kerana mereka sekadar melakukan apa yang mereka tahu tentang pemasaran SEO. Apa yang mereka tahu tidak akan sentiasa sama dengan apa yang Google tahu.

Solusi?

Selagi mana perkongsian mereka menghasilkan kesan yang baik terhadap kempen pemasaran SEO, maka tiru sahaja apa yang mereka buat. Pelbagaikan strategi kita dengan membaca lebih banyak perkongsian daripada pakar pemasaran SEO.

Mana Lagi 6 Mitos Pemasaran SEO?

6 lagi mitos pemasaran SEO akan dibongkarkan dalam artikel hari Jumaat ini.

Seminar SEO Majalah Niaga

Dalam masa yang sama, kami ingin menjemput para pembaca Majalah Niaga untuk menyertai Seminar SEO anjuran kami.

Berikut adalah maklumat Seminar SEO Majalah Niaga:

  • Tarikh: 5 Mei 2012 (Sabtu ini).
  • Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
  • Penceramah: Hasbul ‘Aqill (Pakar pemasaran SEO) & Aqif Azizan.
  • Yuran: RM450 RM100 sahaja (Untuk 5 orang sahaja lagi).
  • Pendaftaran: Klik di sini.

Buat pengetahuan umum, Seminar SEO Majalah Niaga ini adalah seminar SEO terakhir yang akan diadakan pada tahun 2012.

Mudah-mudahan kita dapat berjumpa hari Sabtu ini dan mempelajari rahsia-rahsia untuk menjinakkan Google dan mendapatkan kedudukan nombor 1 di enjin carian.

Daftar Seminar SEO Majalah Niaga (Klik Di Sini)

Kredit: Joe Pug, Folio Vision.


Tags: , , , , , ,

Komen (9)

  1. Senarai mitos pemasaran SEO yang terbaik! Tambahan pula disertakan dengan solusi. Artikel yang amat membantu rakan-rakan yang ‘newbie’ seperti saya 😀

    1. Benar, salah seorang peserta yang memperoleh kejayaan selepas seminar adalah tuan sendiri. Tahniah dan semoga lebih banyak kata kunci yang dapat didominasi nanti. 😀

  2. Minimun 400 patah perkataan tu yang kalah tu..
    Mungkin sebab tu blog niche saya tak berapa baik SEO nya..

  3. bro, buat kajian terperinci tentang kesan google panda dan penguin terhadap website.Sangat penting kerana kalau tidak mengikut nya website boleh kena sandbox@panalty box.

Leave a Reply to izzat zainal Batal (Cancel)