Pemasaran SEO – 6 Lagi Mitos & Penipuan Merugikan (Part 2)

May 04, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Ya, bersambung kita dalam siri mitos pemasaran SEO.

Permasaran Mitos Yang Merugikan

Artikel yang ditulis khas untuk membentangkan maklumat-maklumat yang dapat menjawab persoalan mengenai cara untuk mendominasi Google. Sebelum ini, kita sudah membincangkan 4 mitos pemasaran SEO.

Dalam bahagian kedua, 6 lagi pembentangan mitos akan dibongkarkan. Ia berdasarkan kajian dan pendapat kami sendiri, selepas menceburkan diri dalam pemasaran SEO selama beberapa tahun.

6 Lagi Mitos Pemasaran SEO

#6 – Syarikat Servis Pemasaran SEO Adalah Malaikat

Kebanyakan syarikat-syarikat yang menyediakan servis pemasaran SEO menjanjikan mereka dapat membantu laman web kita, untuk mendapat kedudukan tertinggi di Google.

Servis Pemasaran SEO Malaysia

Hakikatnya, janji-janji mereka seperti ‘Google Approved‘, ‘Partner with Google‘ dan sebagainya adalah satu mitos semata-mata.

Solusi?

Sebelum memilih sebarang syarikat yang menawarkan servis pemasaran SEO, lakukan kajian terlebih dahulu bagi mengetahui reputasi mereka dalam industri.

#5 – Google Sayang Kita Jika Ada Meta Tags

“Menghabiskan masa untuk meta tags adalah aktiviti yang merugikan.”

Ia dinyatakan oleh Stephen Spencer, penulis Search Engine Land. Meta tags kini sudah tidak dipandang Google. Kerana sebelum ini terlalu ramai orang yang cuba memanipulasi meta tags.

Solusi?

Walaupun Google menyatakan meta tags sudah tidak lagi digunakan dalam algoritma mereka, namun kita boleh sahaja meluangkan masa untuk mengisinya. Namun jangan terlalu fokus pada bahagian ini.

#4 – Hanya Orang Seperti Rand Fishkin Boleh Dominasi Google

Pendapat yang menyatakan orang-orang yang pakar dalam pemasaran SEO seperti Rand Fishkin (pengasas SEOMoz) dan sebagainya adalah pendapat yang tidak betul.

Rand Fishkin

Semua orang boleh mendominasi Google. Walaupun kita masih baru dan segar dalam industri pemasaran enjin carian ini.

Solusi?

Sertai Seminar SEO Majalah Niaga dan belajar cara serta strategi yang betul untuk mendapat tempat pertama di Google. Kami mengajar cara yang mengikut peraturan-peraturan Google (white hat).

#3 – Beli Links, Google Pasti Marah

Google pernah menyatakan di blog SEO mereka bahawa aktiviti jual beli links di antara laman web adalah aktiviti yang haram. Forbes sendiri sudah menerima padahnya apabila mengaut keuntungan menerusi aktiviti ini.

Namun begitu, ia tidak bermakna Google sentiasa dapat kesan aktiviti jual beli links, dan terus membunuh laman-laman web yang mengamalkan strategi ini.

Solusi?

Boleh sahaja untuk membeli links di blog-blog yang mempunyai Pagerank (PR) tinggi dan sebagainya. Namun kita perlu berhati-hati agar ia tidak nampak terlalu ‘ketara’ di mata Google.

Bagaimana? Seminar SEO Majalah Niaga ada jawapannya.

Klik Di Sini Untuk Jawapannya

#2 – XML Sitemap Dapat Bantu Untuk ‘Boost Ranking’ SEO

XML Sitemap adalah fail yang dapat membantu Google untuk menyemak fungsi dan tujuan laman web kita lebih mudah.

XML Sitemap - Kepentingan Dalam Pemasaran SEO

Walaupun ia memudahkan navigasi Google spider / bot, namun ia tidak bermakna ia akan membantu kita dalam pemasaran SEO.

Solusi?

Bagaimanapun, setiap laman web atau blog disarankan menyediakan fail sitemap.xml di laman web mereka. Fikirkan begini:

“Jika kita mudahkan kerja Google, berkemungkinan besar Google juga akan membantu kita.”

#1 – Hala Pautan Ke ‘Google.com’ Bantu Pemasaran SEO

Strategi linking out adalah satu daripada strategi untuk memberikan signal pada Google, bahawa kita merujuk laman web orang lain.

Ada yang berpendapat, dengan linking out pada laman autoriti seperti Google sendiri (www.google.com), ia akan membantu dalam kempen pemasaran SEO. Jawapan ini tidak benar.

Solusi?

Strategi linking out adalah strategi yang bagus. Gunakan strategi ini dengan menghalakan ke laman web autoriti yang lain seperti Wikipedia dan sebagainya. Bukan Google.com.

Seminar SEO Majalah Niaga – Jumpa Kita 5 Mei Ini!

Alhamdulillah, ketika ini Seminar SEO anjuran Majalah Niaga hanya tinggal 5 tempat duduk sahaja untuk para bakal peserta. Seperti yang diberitahu sebelum ini, ini merupakan seminar berkaitan pemasaran SEO yang kami anjurkan.

Seminar SEO Majalah Niaga

Justeru itu, kami menjemput para pembaca artikel untuk menghadirkan diri ke seminar ini pada 5 Mei 2012 (Sabtu).

Daftar Seminar SEO (Klik Di Sini)

Bagi yang masih ragu-ragu dan mahu membaca kisah kejayaan peserta Seminar SEO yang lepas, sila klik di sini.

Kredit: Mythbusters, TopSEOS, Bloomberg Businessweek


Tags: , , , , , ,

Komen (6)

  1. Hazli Khalim
    May 9, 2012

    Xde update tentang penguin ke? Nak juga dengar pendapat dari Tuan Hasbul Aqill… =)

Leave a Reply to titan Batal (Cancel)