Pemasaran SEO – Kepentingan Memilih Lokasi Server Hosting

April 27, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

“Adakah lokasi server hosting laman web memainkan peranan penting dalam pemasaran SEO?”

Pemasaran SEO - Kepentingan Lokasi Server Hosting

Soalan ini banyak kali diajukan oleh para peserta yang mengenali kami sebagai individu yang giat melakukan pemasaran SEO.

Terdapat beberapa orang peserta Seminar SEO juga mengajukan soalan ini kepada kami. Menandakan mereka ingin tahu tentang kesan terhadap laman web, apabila menggunakan server hosting di negara yang berbeza.

Sebagai contoh, adakah laman web yang menggunakan server di Malaysia, akan memberi kesan negatif terhadap pemasaran SEO sekiranya kita ingin mendominasi pasaran Amerika Syarikat?

Biar Orang Google Jawab Soalan Ini

Bagi menjawab persoalan ini dengan lebih jelas, kita boleh tonton video yang di bawah. Jawapan dalam video ini diberikan oleh orang Google sendiri. Yakni Matt Cutts.

Matt Cutts - Pakar Pemasaran SEO

Beliau merupakan seorang daripada jurutera Google yang diberi tanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai algoritma Google dan tip-tip pemasaran SEO yang berkesan.

Berikut adalah ringkasan daripada jawapan beliau menerusi video di atas:

“Google memang mengambil kira lokasi server sesebuah laman web. Ini bagi memberikan keutamaan terhadap faktor kedudukan (ranking) laman web dalam enjin carian dengan lebih spesifik mengikut negara yang relevan.”

Persoalan pertama. Sudah terjawab.

Ada satu lagi soalan yang biasa diajukan kepada kami dalam Seminar SEO. Mungkin soalan ini juga bakal diajukan sekiranya tuan dan cikpuan merupakan bakal peserta Seminar SEO terakhir kami pada 5 Mei 2012 ini.

Daftar Seminar SEO Sekarang (7 Penyertaan Sahaja Dibuka)

Kelajuan Laman Web Dipaparkan – Page Load Time

Soalan kedua berbunyi begini,

“Adakah kadar dan kepantasan laman web untuk dipaparkan sepenuhnya (page load time) mempengaruhi SEO?”

Pengasas blog SEO By The Sea, Bill Slawski menyatakan, selain daripada menggunakan signal seperti Pagerank (PR), isi kandungan laman web yang relevan dan banyak lagi untuk memberikan kedudukan terhadap laman web, mereka juga menggunakan signal yang lebih spesifik.

Kesan Kelajuan Laman Web Dipaparkan

Satu daripadanya adalah menerusi berapa lama masa yang diambil untuk laman web kita dipaparkan sepenuhnya kepada pelawat.

Walaupun kenyataan ini tidak mempunyai data yang kukuh, namun menurut kajian beliau terhadap beberapa laman web yang mempunyai kadar loading yang lama, biasanya tidak akan diberikan keutamaan oleh penyedia enjin carian khususnya Google.

Fikir Dari Sudut Pengguna Internet

Itu jawapan daripada Bill Slawski. Pendapat kami pula, walaupun tidak mempunyai data yang kukuh, namun ia boleh dinilai berdasarkan dari sudut pengguna Internet.

Laman Web Lambat Dipaparkan

Mereka tidak mahu berada dalam laman web yang terlalu lambat dipaparkan. Google juga tidak mahu memberikan laman web yang akan menghampakan mereka.

Justeru itu, berikan penekanan terhadap page load time. Pastikan laman web kita cepat dipaparkan. Sekurang-kurangnya kita memuaskan hati pengguna, bukan enjin carian semata-mata.

Seminar SEO – Pembongkaran Rahsia Pemasaran SEO

Di Seminar SEO, kami begitu menitik beratkan perkongsian yang dapat membantu para peserta, untuk mendapatkan kedudukan tertinggi dalam Google, untuk apa jua kata kunci yang dipilih.

Seminar SEO Majalah Niaga

Bukti ini boleh dilihat menerusi kisah kejayaan peserta Seminar SEO sebelum ini.

Justeru itu, kami menjemput tuan dan cikpuan untuk bersama-sama dengan kami untuk berlajar ilmu pemasaran SEO secara langsun menerusi Seminar SEO yang terakhir.

Lakukan pendaftaran sekarang. Kerana penyertaan hanya dibuka untuk 7 orang sahaja lagi.

Daftar Seminar SEO (Klik Di Sini)

Kredit: Jomhosting, Wired, Pingdom, eHow


Tags: , , , , , , , ,

Komen (11)

  1. Tahniah!terima kasih atas perkongsian artikel menarik dan bermanfaat mengenai seo dan kepentingan lokasi server hosting.

    Memang, page load time sangat kritikal.pada zaman serba pantas, semua nak akses cepat.kalau lambat memang kena tinggal.

    server power+server pantas+page load time pantas = visitor heppy

  2. Info yang bagus.. Page loading memang salah satu yang diambil kira oleh google untuk menentukan ranking..

    saya sendiri menggunakan hosting luar negara iaitu hostgator, menurut pengalaman saya.. Pemasar SEO hanya perlu mengambil berat segala aspek dari hal yang terkecil hingga yang terbesar sekiranya bersaing dalam Kata Kunci yang betul2 mempunyai persaingan tinggi!!

    Sekiranya keyword yang dipilih tak mempunyai persaingan yang tinggi tak perlu risau mengenai hosting samada ia berada didalam negara mahupun luar negara.. apa yang perlu dititik beratkan adalah page loading time itu saja supaya pelawat tidak menunggu dalam waktu yang lama..

  3. artikel yang menarik..saya belajar sesuatu dari artikel ni..thanks aqill.
    lagi satu yang menarik perhatian saya, tuan guna plugin ke ape ek buat tab-tab ni..contoh tab komen kat atas ni dan tab kategori di sidebar kanan ni.. huhu

  4. Saya juga pernah terbaca yang kelajuan loading page memainkan peranan penting untuk SEO. Sebab itu, saya selalu sarankan client saya untuk dapatkan hosting provider yang berkredibiliti tinggi dan sudah lama memberi servis hosting. Kadang-kala, nak jimat kos bina website, mereka tak faham elemen SEO mereka ‘terkorban’ 🙂

  5. Terima kasih atas perkongsian.Saya amat2 setuju loading time amat penting bukan sahaja SEO tetapi sebagai pelayan interner sekarang ni nak semua pantas.Flash2 yang lebih2 tu pun cuba kurangkan.Rasa tak sesuai sangat-sangat.hehehe.

Leave a Reply to junsan Batal (Cancel)