Pemasaran Viral – Tingkatkan 300% Trafik Secara Pasif Melalui Infografik

April 26, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Mahukah anda mendapatkan trafik yang banyak secara pasif berulang-ulang kali tanpa mengira waktu ke website atau blog anda hanya dengan berkongsi “sesuatu” yang mudah di internet?

infografik

Pada era media sosial pada hari ini, semuanya tidak mustahil kerana pengguna internet gemar berkongsi perkara yang menarik kepada rakan-rakan mereka dan ini secara tidak langsungnya akan menjadi pemasaran viral yang sangat berkesan.

Antara yang biasa dikongsikan bersama rakan-rakan mereka ialah gambar-gambar menarik serta infografik. Infografik amat berkesan pada hari ini kerana ia menggabungkan elemen grafik yang menarik untuk menterjemahkan sesuatu maklumat.

Infografik benar-benar berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kerana ia bukan sahaja menarik, ia juga amat ringkas. Pengguna internet pada hari ini gemarkan sesuatu yang ringkas, mudah dan menarik. Mereka akan berkongsi infografik yang menarik ini kepada rakan-rakan tanpa jemu.

Berikut antara sedikit maklumat mengenai infografik dan cara untuk menghasilkan infografik yang berkesan:

kepentingan-infografik


Tags: , , ,

Komen (5)

  1. Bagus guna infografik ni..terutama untuk sampaikan sesuatu yang berkaitan maklumat dan penerangan.

    Mudah dan ringkas. Saya pun tertarik untuk baca bukan apa lumrah manusia itu untuk tertarik pada sesuatu yang cantik, ringkas dan padat.

  2. Satu lagi yang saya belajar dari Sifu Irfan Khairi. Search Engine seperti Google akan mencari imej dahulu berbanding text. Salah satu cara untuk menaikkan traffic website kita adalah dengan cara : Save picture as ‘Our Product’. Maksunya disini, masa kita create website and upload gambar make sure yang gambar tersebut di SAVE sebagai ‘nama product’ pada folder my computer.
    – sorry takde skill penerangan yang bagus.

    1. Satu cara yang bagus, Norhayati Nordin. Saya perasan perkara tersebut apabila kerap membuat carian melalui Google pada bahagian imej dan gambar. Kebanyakan laman web bertraffik tinggi menggunakan kaedah yang anda sebutkan. 🙂

Pendapat anda?