Penjual yang Disayang Tuhan

July 31, 2012 — Penulis:

Kategori: Komunikasi

Adat menjadi manusia, sedikit sebanyak pasti ada kesilapan dan kesalahan tanpa kita sedari yang telah kita lakukan pada pelanggan yang berurusan dengan kita.

Teknik Menjual Berkesan

Tidak dinafikan apabila kita sedari, seharusnya beberapa tindakan yang perlu kita ambil dengan segera, agar pihak pelanggan tidak memandang berat dan serius atas kesilapan yang kita lakukan.

Jangan buat tidak tahu sahaja kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Agar pelanggan di kemudian hari nanti tidak marah dan kecewa. Selesaikan sebaik mungkin agar kesilapan dan kesalahan tersebut tidak berlarutan.

Apa yang penting kesilapan dan kesalahan yang dilakukan perlu diambil iktibar segera, agar ia tidak berlaku dan berulang lagi.

3 Cara Belajar Daripada Kesilapan Jualan

Antara tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan apabila kita telah sedari, dan ketahui apabila kesilapan dan kesalahan telah berlaku adalah dengan cara:

#1 – Akui Silap Dengan Segera

Dengan segera mohon maaf agar pelanggan boleh cepat menerima kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan.

Akui Kesilapan Jualan

Elakkan daripada berlarutan terlalu lama kerana ia akan memberi kesan yang lama dan panjang kepada kerjaya jualan kita sendiri.

Bukan setakat mohon maaf, tetapi juga kena berjanji kepada pelanggan tersebut agar perkara yang berlaku ini tidak akan diulangi lagi di masa hadapan.

#2 – Berikan Sebabnya

Apa yang berlaku dan terjadi, mengaku dengan perasaan yang jujur dan ikhlas. Jangan sama sekali menipu.

Bertindak jujur dan nyatakan sebab musababnya adalah lebih baik dan ia satu tindakan yang bijak, agar pelanggan yang telah berurusan memberikan kepercayaan sekali lagi kepada kita.

#3 – Bertangungjawab

Sama sekali jangan salahkan orang lain. Salahkan orang itu, pelanggan, sistem komputer dan sebagainya seolah-olah diri kita sahaja yang betul.

Belajar terima kenyataan yang semuanya adalah salah diri kita sendiri.

Bertanggungjawab sepenuhnya. Ambilnya sebagai satu tanggungjawab yang terpaksa kita pikul.

Walaupun kita tahu dalam sudut hati kecil kita ianya bukannya 100% kesalahan dan kesilapan diri kita.

Sebaik-baiknya sentiasa kemas kini status sebenar agar pihak pelanggan tidak tertanya-tanya akan status sebenar yang berlaku.

#3 – Jalankan amanah dan tanggungjawab yang sebenarnya

Pikul amanah dan tanggungjawab agar pelanggan yang berurusan dengan kita mengetahui yang kita adalah seorang kakitangan yang berwibawa, dan menjalankan tugasan seperti mana yang diharapkan.

Sentiasa Bertanggungjawab

Berikan perkhidmatan yang terbaik agar keyakinan pelanggan tidak terhakis dan hilang begitu sahaja.

Manfaatkan segala kelebihan yang ada pada diri kita sendiri agar kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan.

Firman Allah SWT bermaksud,

“Jadilah engkau seorang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh”. (Surah Al-A’raf Ayat 199).

Firman Allah lagi bermaksud,

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah An-Nuur Ayat 22)

Dari Anas bin Malik ra berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan sesame sendiri, jangan saling membelakangi, jangan saling bermusuhan, jangan saling hasut menghasut.

Jadilah hamba-hamba Allah yang sentiasa bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk tidak bertegur sapa dengan saudaranya sehingga tiga hari lamanya. (Hadis Riwayat Muttafaq ‘alaihi)

Buang Perasaan Malu

Jangan malu dan segan apatah lagi buat tahu. Hadapi dengan baik, berinteraksi dengan berhemah dan jangan sama sekali lari dari masalah yang dihadapi.

Anggaplah apa yang telah berlaku dan terjadi sebagai satu hikmah dan ujian dari Allah. Agar kita tidak sama sekali merasakan sebagai satu bebanan, dan kepayahan dalam melakukan tugasan jualan.

Beri keyakinan kepada pelanggan agar pelanggan faham apa tugasan sebenar kita, iaitu sentiasa membantu dan selesaikan masalah yang pelanggan tanggung selama ini.

Allah akan sentiasa membantu umatNya yang sentiasa melakukan tugasan jualan ini secara jujur dan benar.

Kredit: Freelanceswitch, JML Training, Corporate Social Responsibilty, Psychoutblog.


Komen (2)

  1. tips & cara yg sangat bagus untuk mencontohi.
    Allah akan mmberikan apa yg hmbanya mau jika kita mau mengubah & berusaha.
    Aamiin…

Pendapat anda?