Pentingnya Penulisan Dalam Perniagaan

January 06, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Perniagaan tidak terhad kepada skil komunikasi. Orang yang bijak berkata-kata tetapi tidak menjaga penyampaiannya menerusi penulisan lambat laun akan tercalar juga kredibilitinya.

perniagaan tidak terhad dengan skil komunikasi

Penulisan menjelaskan siapa diri kita, apa kemampuan kita, dan keupayaan kita untuk mempengaruhi golongan penting dalam perniagaan iaitu…

Pelanggan.

Penulisan ibarat kuasa. Ia mampu menarik lebih banyak pelanggan. Dalam masa sama, ia mampu menghapuskan kepercayaan pelanggan. Oleh sebab itu, berhati-hati apabila peniaga mahu menggunakan penulisan sebagai strategi promosi dan pemasaran.

Kerana tersilap langkah, kita akan kecundang. Masa tidak boleh berputar kembali.

Michael Cage merupakan seorang usahawan. Beliau menyatakan menerusi penulisan, bisnesnya memperoleh lebih banyak pelanggan. Lebih menarik, semakin lama beliau menulis, semakin tajam daya pemikirannya terhadap industri perniagaan yang diceburi.

Beliau dilihat sebagai pakar industri. Setiap buah fikirannya dihormati oleh pesaing-pesaingnya.

Pelanggannya pula semakin yakin untuk menjalankan urusniaga dengan beliau.

Adakah kita perasan, penulisan mampu mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk kita? Malah, adakah kita perasaan, ia boleh dilakukan tanpa sebarang kos?

Dari aspek pemasaran dan promosi menggunakan penulisan, peniaga itu cuma memerlukan strategi yang betul, dan terbukti berkesan.

Dalam artikel ini, kita akan mengetahui beberapa elemen yang diguna pakai oleh Michael Cage sendiri untuk mempromosikan perniagaannya tanpa sebarang kos. Serta meningkatkan tahap kredibiliti dan kepercayaan bisnesnya di mata pelanggan.

Bagaimana Menggunakan Penulisan Untuk Mempengaruhi Pelanggan

Penulisan yang berpengaruh datang daripada susunannya. Manusia suka benda yang mudah difahami. Justeru itu, apabila menulis, gunakan ayat-ayat dan susunan yang mudah difahami untuk golongan pelanggan kita.

nota

Contohnya, kita menjual produk kesihatan. Cuba lihat perbandingan di antara dua ayat di bawah:

“Produk XYZ dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dan melakukan detoksifikasi secara natural di dalam badan.”

Kadar metabolisme dan juga detoksifikasi. Tidak semua mempunyai yang memahami terma-terma saintifik seperti di atas. Secara tidak langsung, menghapuskan rasa ingin tahu, dan merendahkan estim prospek untuk mengetahui tentang produk yang kita jual.

Manakala ayat kedua pula adalah seperti berikut:

“Produk XYZ dapat membantu meningkatkan selera makan kita, dan membersihkan sel-sel kotor dalam badan, agar badan kita lebih bertenaga dan segar.”

Lebih mudah difahami. Tujuan kita menggunakan ayat yang mudah difahami pada peringkat awal penulisan adalah untuk mendorong pembaca bagi mengetahui maklumat lanjut.

Setelah mereka sudah faham dan jelas dengan fungsi produk. Kemudian baru kita meletakkan kajian-kajian saintifik berdasarkan fakta, bagi membezakan produk kita dengan produk-produk kesihatan yang lain.

Fakta yang Meyakinkan

Kredibiliti Michael Cage meningkat bukan kerana beliau berkongsi sesuatu yang bersandarkan pandangannya semata-mata. Beliau menggabungkan pelbagai sudut pandang pihak ketiga dan memasukkan fakta-fakta yang berkaitan bagi mengukuhkan penulisannya.

fakta yang meyakinkan

Oleh itu, apabila menggunakan penulisan sebagai alat pemasaran, jadikan fakta dan gabungan sudut pandang orang lain sebagai elemen untuk menguatkan struktur penulisan.

Tidak cukup apabila menulis produk kita mampu menyelesaikan masalah seseorang. Nyatakan fakta yang dapat menyokong penulisan kita. Contohnya,

Sinar Niaga dapat membantu pengguna Internet untuk menjana pendapatan lumayan tanpa modal yang tinggi. Ia telah dibuktikan oleh Cikpuan Faezon.

Beliau berjaya menjual 12 helai baju muslimah (produk Sinar Niaga) dalam masa 2 minggu mempromosikannya menerusi blog. Keuntungannya bersihnya RM120, yakni sudah balik modal selepas menyertai Sinar Niaga.”

Setakat ini, tim Majalah Niaga menyediakan seminar khas untuk melatih organisasi atau individu untuk menggunakan penulisan sebagai senjata pemasaran dan promosi di Internet, yakni menerusi blog.

Maklumat lanjut mengenai seminar ini boleh didapati menerusi pautan di bawah:

>> Seminar Blogging (Tempat Duduk Seminar Terhad) <<

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (adriatic22gregoryhoganmjdropsey)


Komen (4)

  1. Terima kasih atas panduan yang diberikan.Melalui penulisan ini kita dapat meluahkan apa yang kita ada secara tersusun.Perancangan penulisan amat penting.Tapi jangan takut untuk menulis.Perbaiki gaya penulisan dari masa ke semasa.

  2. Betul. Penulisan memberikan pengaruh yang besar kepada perniagaan. Selain daripada itu, ia membuka ruang untuk mereka yang berminat menulis menjana pendapatan seperti menulis ebook, blog, buku dan sebagainya.

Pendapat anda?