Posmen.net – Autoresponder Mesra Pengguna Versi Bajet

March 13, 2015 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Penggunaan emel pada hari ini adalah antara medium terpenting untuk berkomunikasi secara online. Ia bukan sahaja digunakan dalam perniagaan, malah untuk tujuan profesional walau ia kelihatan seperti medium tradisional (medium lama).

Dalam perniagaan, antara jenama yang menggunakan emel (atau dikenali sebagai autoresponder) sebagai tempat penyimpanan database adalah Airasia, Tune Hotel dan OkDork. Sebagai contoh, tiap kali pelanggan selesai menempah tiket penerbangan di Airasia atau tempahan hotel di Tune Hotel, mereka akan hantar notifikasi ke emel pelanggan.

OkDork pula adalah jenama niche perniagaan yang dibangunkan oleh Noah Kagan. Blog itu adalah tentang bagaimana beliau membina 700,000 emel yang membantu beliau menjana pendapatan untuk perniagaan online beliau.

Kepentingan Pemasaran Emel

Media sosial yang ada pada hari ini adalah bukan dalam kawalan kita. Mereka bebas untuk menutup akaun kita pada bila-bila masa. Antara isu di Facebook yang dialami oleh pemilik bisnes adalah fanpage mereka yang sudah mempunyai ratusan ribu like dipadam oleh Facebook tanpa notis.

pemasaran-facebook

Ini telah menyebabkan mereka rugi segala pelanggan yang mana mereka perlu bina semula daripada bawah. Oleh sebab itu, penting bagi tiap pemilik bisnes sentiasa ada alternatif bagaimana untuk menyimpan pelanggan mereka, antaranya dengan meminta database mereka seperti nama, emel dan nombor telefon.

Pemasaran emel ini juga bukan sahaja berguna untuk perniagaan online, malah perniagaan offline. Katakan suatu hari kita membuka cawangan kedai di tempat lain. Kita boleh war-warkan kepada pelanggan melalui emel mereka termasuk memberi notifikasi andai kedai kita menawarkan jualan sempena apa-apa perayaan.

Posmen – Autoresponder Tempatan Gaya Jimat

Posmen adalah autoresponder jenama tempatan yang dibangunkan oleh tuan Saufi Karim. Ia memperkenalkan 3 langkah mudah untuk memulakan pengumpulan database pelanggan iaitu set, hantar dan analisa.

Posmen cover FB

Ia sesuai digunakan oleh pengguna yang baru mengenali tentang pemasaran emel dan pengguna autoresponder yang lama, yang mahu menjimatkan kos autoresponder dalam masa yang sama mempunyai kadar penghantaran yang tinggi ke emel pelanggan.

7 Kelebihan – Apa Yang Saya Dapat Dengan Posmen?

Terdapat beberapa kelebihan yang akan anda dapat apabila menggunakan Posmen, yang ada antaranya sekaligus membezakan Posmen dengan autoresponder yang lain.

Kelebihan #1 – Satu akaun percuma dengan share

Ketika reviu ini ditulis, bagi pelanggan baru yang ingin mencuba dan menguji ciri-ciri dalam Posmen, anda boleh klik pada butang ‘Pay with Tweet or Facebook’ untuk mendapatkan satu akaun percuma. Ia bermaksud anda tidak perlu keluarkan sebarang modal untuk mendapatkan akaun percuma bagi mencuba autoresponder ini.

Kelebihan #2 – Kadar penghantaran 99% masuk Inbox

Antara isu dalam penghantaran emel melalui inbox adalah kadar kemasukan emel ke emel pelanggan. Ia adalah kerana, potensi emel daripada autoresponder dianggap spam adalah tinggi, yang membuatkan medium emel pelanggan mungkin akan memasukkan emel kita ke folder Spam mereka.

Dengan menggunakan Posmen, anda akan dapat kadar penghantaran emel yang lebih tinggi sehingga 99% daripada emel pelanggan anda.

Kelebihan #3 – Video tutorial yang mesra pengguna

Bagi pengguna baru yang ingin membiasakan diri dengan autoresponder, Posmen menawarkan video tutorial untuk menggunakannya. Ia akan memudahkan kita belajar tentang cara menggunakan Posmen dengan mudah tanpa perlukan bantuan sesiapa. Hanya mainkan video dan boleh mula menggunakan Posmen.

Kelebihan #4 – Tiada caj tambahan untuk senarai emel tambahan

Isu lain apabila kita menggunakan autoresponder adalah pihak autoresponder akan mengenakan caj tambahan andai senarai emel kita bertambah lebih banyak daripada apa yang kita tetapkan. Namun di Posmen, anda dijamin tidak akan dikenakan caj tambahan, sekiranya senarai emel anda bertambah kerana Posmen menawarkan senarai emel tanpa had.

Kelebihan #5 – Analisa keberkesanan kempen anda

Bagi meningkatkan keberkesanan kempen emel anda, Posmen juga menawarkan ciri-ciri untuk menganalisa kempen anda. Dengan ini, anda akan dapat mengkaji apakah kekurangan dalam kempen anda untuk diperbaiki dan lakukan uji kaji semula untuk meningkatkan kadar keberkesananya.

Kelebihan #6 – Fungsi follow up automatik

Seandainya anda mahu menetapkan follow up secara automatik, Posmen juga turut menawarkan ciri-ciri itu. Sebagai contoh, tiap hari ke 3, 5 atau hari ke 7, pelanggan akan terima emel daripada anda. Mereka akan dapat emel mengikut bila hari mereka bermula. Dengan itu, anda tidak perlu emel secara manual dan mengira mengikut hari mereka mendaftar. Lakukan secara automatik di Posmen.

Kelebihan #7 – Batal bila-bila masa

Apabila anda menggunakan Posmen, anda tidak perlu terikat dengan apa-apa komitmen. Sebaliknya anda bebas untuk batalkan servis pada bila-bila masa.

Posmen.net – Siapa Yang Perlukan?

Apabila melihat kepada ciri-ciri Posmen, kami mendapati Posmen adalah autoresponder yang membantu pemilik bisnes untuk,

  • Jimatkan bajet bulanan bagi autoresponder
  • Mengelakkan caj tambahan apabila senarai emel bertambah daripada kadar yang dilanggan
  • Meningkatkan kadar penghantaran emel ke emel pelanggan

Seandainya anda adalah 3 golongan di atas, anda adalah golongan yang tepat yang disarankan melanggan Posmen.

Daftar Akaun Posmen Hari Ini (Klik Sini)


Tags: , , ,

Komen (3)

Leave a Reply to mr.sham Batal (Cancel)