ISI KANDUNGAN
Perkataan ‘lubuk’ mungkin sedikit ‘overrated’ di dalam tajuk diatas.
Namun, itulah yang saya cuba bayangkan apabila menyebut enjin carian sebagai saluran paling berpotensi untuk mendapatkan prospek bagi bisnes anda.
Pada artikel pertama saya sebelum ini, saya menerangkan sedikit sebanyak akan potensi enjin carian itu sendiri kepada bisnes anda, dan pada hari ini kita akan pergi lebih mendalam dengan mempelajari cara-cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan prospek di enjin carian.
*Beberapa perkataan dibawah mungkin jargon baru yang asing buat anda, jika anda kurang memahami maksud perkataan tersebut, boleh bertanya diruangan komen dibawah.
Dua Lorong Prospek Di Enjin Carian
Di enjin carian, terdapat dua cara untuk anda memposisikan laman web bisnes anda supaya ianya;
… berada di tempat yang betul;
… dimasa yang betul;
… di posisi yang betul;
Dan dengan tawaran bisnes/servis yang paling relevan dengan kehendak prospek.
Dan cara tersebut adalah:
#1 – Cara Tidak Berbayar
Cara ini lebih dikenali sebagai SEO, yang bermaksud Search Engine Optimization. Di dalam Bahasa Melayu ianya lebih dikenali sebagai optimasi enjin carian.
Melalui cara ini, anda melakukan dua jenis optimasi terhadap laman web anda, iaitu:
i. Optimasi dalaman (internal optimization);
ii. Optimasi luaran (external optimization).
Memandangkan artikel kali ini hanya akan menyentuh topik pengenalan pemasaran enjin carian, saya akan sentuh lebih mendalam mengenai optimasi-optimasi tersebut di artikel yang seterusnya.
Aktiviti optimasi ini dilakukan dengan satu tujuan:
“Mendapatkan ranking yang tinggi di laman keputusan enjin carian (SERP – Search Engine Results Page) bagi katakunci yang telah di-target”
Melalui cara ini, enjin carian tidak akan menerima sebarang bayaran, sogokan, mahupun ‘duit kopi’ bagi meletakkan laman web anda berada di ranking lebih tinggi di enjin carian mereka.
Enjin carian mempunyai mekanisma tersendiri dalam menentukan ranking setiap laman web, dan ianya dikenali sebagai ‘search engine algorithm’.
Fakta: Enjin carian Google mempunyai lebih daripada 200 faktor ranking yang digunakan di dalam algorithm mereka untuk membuat keputusan ranking laman-laman web.
#2 – Cara Berbayar
Untuk memberikan hasil yang terbaik kepada pengguna mereka, enjin carian, seperti bisnes lain juga memerlukan sumber kewangan yang kukuh di dalam menguruskan operasi mereka.
Dan salah satu cara mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut adalah dengan ‘menyewakan’ tapak sewa di laman keputusan carian mereka (SERP – Search Engine Results Page).
Pemasaran enjin carian berbayar ini juga dikenali sebagai SEM, iaitu Search Engine Marketing.
Setiap enjin carian mempunyai platform pengiklanan mereka sendiri,
i. Enjin carian Google mempunyai Google AdWords:
ii. Enjin carian Yahoo! dan Bing mempunyai Bing Ads (mereka berkongsi platform pengiklanan yang sama):
Dan yang lebih menarik, kesemua platform ini adalah ‘self serving platform’, dimana anda tidak perlu berurusan dengan sesiapa untuk melancarkan kempen pengiklanan anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mendaftar di platform tersebut, ikut langkah yang disedikan dan iklan anda bersedia untuk dilancarkan.
Penyelesaian Sudah Ada Depan Mata
Aktiviti optimasi SEO mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya.
Sebab itu ianya dipanggil sebagai ‘long term game’. Hasil optimasi boleh dilihat hanya selepas 3 bulan (paling awal) selepas ia dilakukan.
Manakala SEM, hasilnya boleh dikatakan segera. Anda lancarkan kempen (AdWords campaign atau Bing Ads campaign) hari ini, hari esok anda sudah boleh mula melihat hasilnya.
Namun, aktiviti SEO tidak memerlukan banyak pelaburan dari segi kewangan, SEM pula sebaliknya.
Kedua-duanya mempunyai pro & kontra-nya yang tersendiri. Anda sendiri yang tentukan samada untuk melakukan SEO, atau SEM, atau kedua-duanya sekali.
Caranya sudah saya terangkan diatas, pilihan kini ditangan anda.
Sangat baik di guna pakai oleh usahawan. Amat berguna untuk motivasi diri dan menaikkan
semangat para usahawan demi mencapai kejayaan cermerlang dalam bidang keusahawanan.
Semoga berjaya tuan Khiflie,
Seimbangkan antara dua cara itu. Lihat mana yang lebih bagus hasilnya.
Setuju tuan Ahmadyani.
adakah jaminan untuk meng’convert’ pelawat kepada sales apabila sudah ranking?
Tiada jaminan. Ranking #1 tidak memberi jaminan pelawat akan ‘convert’ kepada pelanggan.
Pendapat peribadi, lebih suka pada cara yang tidak berbayar. Lebih lama bertahan dengan asas yang kuat dan lebih mendapat kepercayaan berbanding ads yang dibayar
Cikpuan, sebenarnya pengiklanan berbayar sudah mempunyai persepsi kepercayaan yang hampir sama dengan keputusan carian tidak berbayar.
Mungkin ada yang menggunakan yang berbayar terlebih dahulu untuk mendapatkan katakunci yang boleh bawak ‘conversion’, kemudiannya laman web kita dioptimasikan untuk mendapat ranking natural yang baik bagi katakunci tersebut.
harap ada artikel tentang SEO nanti, cara2 untuk ada di 1st page google. well, maybe xda cara yang fix tp at least ada tip2 yang berguna.
tggu SEO berhasil mmg lambat, takut nnt dah ada hasil kita pula yang dah lama de-motivated ๐
InsyaAllah akan dikongsi nanti tuan.
Itulah SEO memang makan masa sedikit untuk dapat hasil.
Saya gunakan Google Adwords untuk website saya juga. Selepas guna google Adwords, tak putus-putus enquiry masuk ke mailbox.
Spend tak banyak mana pun. Cuma RM50 untuk 2 bulan iklan.
Pada pendapat saya, seorang usahawan perlu allocate at least 15% dari profit untuk marketing purpose.
Apapun kalau nak guna Google Adwords, better buat reserach untuk gunakan appropiate Keywords.
Setuju dengan cikpuan, kalau berniaga pisang goreng takkan kita nak beli keyword ‘kuih buah melaka’ kan.
Tahniah diatas kempen AdWords yang berjaya untuk bisnes cikpuan! ๐
Sememangnya google/search engine merupakan lubuk buat duit kepada pengusaha blog dan cb. Tanpa mereka ini orang lain tidak akan mengetahui akan kewujudan blog/website. Namun untuk mendapatkan ranking yang bagus dalam SERP banyak usaha dan tenaga perlu dicurahkan.
Setuju tuan. Tanpa blog/wesbite juga search engine tak boleh cari makan, ๐
Terima kasih tuan kongsikan..saya masih baru lagi dalam bidang ni..dan saya cuba mengorak langkah bersama adwords…bermula dengan ilmu yang 0….hehe
Sama-sama tuan Afham!
artikel yang menarik..kajian terperinci dan teliti perlu dibuat sebelum terjun dalam mana2 niche supaya ada plan dalam perancangan seo dan profit.
Setuju! ๐
Oleh kerana SEO ni utk long term, content yang betul dan sentiasa relevan (tidak terhad pada masa ia ditulis sahaja) amat penting. Contohnya satu blog post yang ditulis isteri saya 2 tahun lepas berkenaan pengalaman menggunakan satu produk, masih menjana jualan sehingga sekarang.
SEO saya belajar dengan Founder Majalah Niaga..terbaik..impak yang power