Promosi – Membina Jenama dan Kepercayaan

June 19, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Sekiranya dibuka di dalam buku teks Komunikasi Massa, promosi atau publisiti mempunyai pelbagai penjelasan. Namun, ia berkongsi satu tujuan yang sama, iaitu digunakan oleh sesiapa jua yang ingin membuat hebahan agar orang lain mendapat maklumat itu dan terus bertindak.

Donald Trump

Ahli perniagaan membuat promosi agar orang ramai menyedari kewujudan beliau. Walaupun dunia ini mempunyai ramai jutawan, antara jutawan yang sering mendapat perhatian lensa kamera adalah jutawan Donald John Trump.

Melabur Jutaan Ringgit – Meningkatkan Jualan Produk

Beliau menggunakan program realiti tv “The Apprentice” bagi menghebahkan kepada orang ramai mengenai empayar perniagaannya.

Banyak organisasi melaburkan berjuta-juta supaya dapat melariskan jualan produknya. Produk . Ia membina jenama sehinggakan lebih ramai kanak-kanak yang meminum air Milo berbanding air kosong.

Milo contohnya melaburkan berjuta-juta ringgit di Malaysia sehingga ia mampu bertahan di sini selama lebih 60 tahun

Ada juga yang menggunakan publisiti bagi mencipta kesedaran. Isu pemanasan global mendapat perhatian seluruh dunia sehinggakan pelbagai NGO antarabangsa yang tidak berkaitan dengan isu ini, menyuarakan pendapat masing-masing agar kuasa-kuasa besar dunia mengambil langkah bagi menbendung gejala ini daripada terus parah.

Ada juga yang melakukan promosi bagi memulihkan imej yang sudah tercalar. Imej syarikat minyak BP terjejas teruk akibat tragedi tumpahan minyak di Teluk Mexico tahun lalu.

BP dikecam hebat di seluruh dunia kerana tragedi itu berlarutan terlalu lama, sehingga mendatangkan krisis kepada British dan Amerika Syarikat. Duit syarikat itu terpaksa dibelanjakan untuk proses pembersihan dan pembinaan semula imej.

Promosi – Percuma, Kos Rendah dan Kos Tinggi

Promosi boleh dilakukan di pelbagai medium, ada yang percuma, ada yang mengenakan kos yang minima dan ada juga yang tinggi harganya.

Sama ada di radio, televisyen, laman web, blog, surat khabar dan majalah, ia mempunyai kadar promosi yang berbeza dan sebagai individu, kita harus tahu saluran yang mana ingin digunakan untuk membuat publisiti yang efektif.

Astro diantara syarikat yang membina jenama menggunakan medium berkos tinggi

Sekadar pengenalan, ini yang dapat dikongsikan buat masa ini. Lebih banyak lagi tip akan dikongsikan di masa akan datang.

Persoalan, mengapa ASTRO sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi menggunakan saluran akhbar dan televisyen bagi mempromosikan program mereka sedangkan ia sudah pun mempunyai majalah dan program televisyen sendiri?

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (gageskidmore, Nestleopensourceway)


Tags: , , , , , , ,

Komen (2)

  1. Usahawan Melayu masih lemah dalam soal promosi, tidak boleh buat sendiri dan masih mengharapkan bantuan agensi-agensi kerajaan. Apa yang ketara dalam soal promosi bagi usahawan Melayu ialah dalam bidang kosmetik.

Leave a Reply to ahmadyani Batal (Cancel)