Trump Tower: Permulaan Satu Jenama

April 28, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Memandangkan tindakan beliau ingin membina dan memindahkan perniagaan dari Brooklyn ke Manhattan tidak mendapat sokongan bapa beliau Fred Trump. Maka beliau harus bergerak sendiri untuk mencapai kejayaan yang besar dan bermakna.

Jambatan Manhattan - bandar bermulanya kegemilangan Trump

Beliau sedar tiada jalan pintas untuk semua ini. Manhattan, New York bukanlah kota yang asing buat beliau tetapi menjalankan perniagaan di sini adalah cabaran yang bukan kepalang. Beliau hanyalah seorang anak muda yang berjiwa besar tetapi masih belum membuktikan keupayaannya. Begitulah pandangan sinis terhadap beliau oleh taikun – taikun hartanah New York.

Trump tidak dianggap setaraf dengan mereka yang sudah terkenal dan berjaya.  Trump pula tahu  untuk membolehkan impiannya mejadi kenyataan. Menimba pengalaman dengan bergaul bersama-sama taikun yang terkenal ini adalah satu kemestian.

Kepentingan Jenama Trump

Namun, usaha ini bukannya mudah. Ia berkaitan diri dan perniagaannya. Trump bukanlah jenama ketika itu. Menyedari hal ini. Trump yakin bahawa beliau perlu mula membina jenamanya. Jenama untuk perniagaan beliau. Kejayaan yang dicapai oleh beliau sebelum ini boleh lenyap begitu saja jika beliau tidak mempunyai jenama yang kukuh.

Donald Trump

Pemikiran Trump ini adalah satu perkara penting untuk setiap usahawan. Terutamanya kepada bakal usahawan dan usahawan baru. Tanpa mengira jenis dan saiz perniagaan. Anda harus menitikberatkan penjenamaan seawal mungkin.

Kebanyakan daripada kita mengabaikannya kerana beranggapan belum masanya lagi membina jenama. Terutama di kalangan perniagaan kecil dan yang baru bermula.

“Ah! Aku hanya  peniaga kecil!”

“Cukuplah sekadar daftar syarikat atau perniagaan.Tidak perlu jenama pun”

“Perniagaan internet pun perlu bina jenama jugakah?”

Inilah antara pandangan-pandangan usahawan kita berkaitan jenama. Kebanyakan daripada kita menganggap jenama perlu bila perniagaan sudah besar atau stabil. Walhal, dengan pembinaan jenama seawal mungkin. Ianya akan lebih cepat membantu kita meningkatkan pertumbuhan perniagaan yang dijalankan.

Merancang Kejayaan Baru, Trump Tower

Inilah yang dilakukan oleh Trump. Selepas beberapa siri kejayaan projek hartanah seperti pemulihan Commodore Hotel menjadi Grand Hyatt Hotel. Trump mula merancang pembinaannya sendiri. Sebuah menara untuk dijadikan ibu pejabat untuk seluruh empayar perniagaannya. Sebuah menara yang membolehkannya mengurus dan mengembangkan empayarnya dengan lebih baik dan berprestij.

Akhirnya sebuah projek menara mula dibina. Menara yang ingin dibina ini diberikan nama Tiffany Tower oleh Trump. Selain kerana beliau menyukai nama Tiffany. Nama Tiffany Tower juga dipilih kerana lokasinya berhampiran dengan Tiffany Store.

Idea beliau untuk nama menara pertamanya ini tidak dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain. Mereka bertanya kepada beliau,”Kenapa tidak dinamakan  sebagai Trump Tower?”. Beliau  memikirkan secara serius saranan itu. “Ya. Kenapa tidak saja dinamakan Trump Tower? Bukankah ini yang terbaik untuk membolehkan jenama dibina dengan lebih mantap?”

Menara Trump

Akhirnya, beliau mengubah fikiran dan menamakan menara pencakar langit pertamanya itu sebagai Trump Tower. Nama Tiffany yang menjadi kesukaannya itu akhirnya diabadikan pada anaknya yang keempat, Tiffany Ariana Trump.

4 Asas Penjenamaan Gaya Trump

Berdasarkan permulaan jenama Trump ini. Kita dapat menyimpulkan beberapa perkara berkaitan asas penjenamaan. Antaranya :

  1. Jenama perlu dibina seawal perniagaan dijalankan. Sungguh pun kita belum mempunyai peruntukkan kewangan untuk penjenamaan tetapi perancangan jangka panjang dan jangka pendek untuknya harus mula didrafkan secara kasar sekurang-kurangnya.
  2. Pandangan individu-individu disekeliling juga perlu diambil kira dalam membuat keputusan perniagaan. Ini kerana, mereka melihat dari sisi yang kita  mungkin terlepas pandang.
  3. Tahap kita bermula dan siapa diri kita bukanlah faktor terpenting yang akan menentukan kejayaan perniagaan yang kita jalankan.Kejayaan akan diperolehi dengan strategi-strategi yang betul dan bersesuaian.
  4. Pada peringkat awal perniagaan.Tumpuan hanya kepada satu atau dua produk dan servis sahaja sudah memadai. Fokus akan lebih tajam dan keberhasilan akan berada pada tahap yang optimum dengan keuntungan.

Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua bahawa artikel di ruangan Minda Donald J Trump adalah bersiri. Iaitu ianya bersambung dari satu artikel ke artikel yang lain. Oleh itu adalah penting untuk pembaca mengikuti  siri ini secara tersusun supaya mesej dan perkongsian yang terdapat dalam ruangan Minda Donald J Trump ini benar-benar berkesan.

Kesimpulannya, langkah Trump membuka perniagaannya di Manhattan adalah keputusan yang tepat dalam mengasaskan empayar The Trump Organization dengan jenama yang berkuasa.

Minggu hadapan. Eksklusif! Rahsia pakej pembinaan jenama Trump.Bagaimana Trump Tower membuka dimensi baru penjenamaan untuk The Trump Organization.

Salam Inspirasi!


Tags: , , , , ,

Komen (21)

  1. Jenama adalah satu aspek penting yang tidak patut dipandang ringan dalam usaha memajukan perniagaan.

    Jenama saya – RYXAL

    Jenama anda?

  2. Tuan Rizal..Teruskan pembinaan jenama Tuan RYXAL. Ianya memang mengambil masa untuk menjadi jenama yang kukuh dan berada dalam kelasnya tersendiri tetapi memulakan jenama itu adalah perkara yang lebih penting…Tahniah buat Tuan kerana serius tentang penjenamaan!!!

  3. Salam,
    Seperti yang tertulis dalam artikel di atas, perkongsian saya, ramai yang terlepas pandang dari aspek penjenamaan… Ada juga yang telah melakukan penjenamaan tetapi ianya tidak war-warkan di seluruh media yang mungkin bagi memperkenalkan jenama tersebut… Oleh itu, sama-samalah kita membentuk jenama yang mampu menjayakan perniagaan kita … Terima Kasih kepada penulis yang berkongsi artikel di atas …..

  4. Tuan Sham Edymart yang dirahmati Allah…Benar apa yang Tuan katakan itu. Ada ramai usahawan kecil kita yang malu untuk membina jenama pada peringkat awal. Moga perkara ini berubah dengan lebih cepat…Tahniah juga buat Tuan kerana mempunyai jenama dan bisnes yang tersendiri melalui Edymart.

  5. Sama -sama Tuan Mubarak Muhd yang dikasihi Allah….Teruskan membaca artikel sambungannya nanti minggu hadapan…..Moga perkongsian jenama ini boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian kita dalam kehidupan.

  6. Saya banyak baca buku by Donald Trump. Memang dia beri motivasi untuk bangun, saya suka. Kehebatan dia, bukan pada kekuatan jenama Trump. Tapi pada kemampuan dia naik selepas rugi USD 9b pada 1990-an.
    Kalau orang lain, rugi USD 9b boleh bunuh diri. Tapi dia bangun balik dan struktur balik hutang dia.

    Dan dia dapat. Sekarang aset dia dalam lingkungan USD 2b. Saya ingat Syed Al-Bukhary lebih kaya dari dia. 🙂

  7. norsiah mohd darwis
    June 8, 2011

    saya ingin memulakan perniagaan makanan seperti serunding udang dan popiah simpul dengan menggunakan jenama sendiri “enaak” apa pendapat anda bidang saya cuba ceburi

  8. Salam Cik Puan Norsiah Mohd Darwis,
    Pada pendapat saya, “enaak” mungkin terlalu umum untuk usahawan yang benar – benar baru dan produk juga terlalu baru.
    “Enaak” juga tidak dapat mencerminkan produk yang ingin dijual secara langsung ke dalam minda prospek dan pasaran.
    Apa pun, “Enaak” tetap akan menjadi jenama jika Cik Puan berjaya menjenamakannya seperti yang saya siarkan dalam semua artikel jenama Trump Tower seperti link di bawah :\

    1.http://www.majalahniaga.com/langkah-pertama-donald-trump-membina-jenama.html
    2. http://www.majalahniaga.com/identiti-trump-tower-new-york.html
    3. http://www.majalahniaga.com/pakej-pembinaan-jenama-trump.html

    serta sambungan artikel ini dalam 3 entri akan datang.

    Maklumat penjenaaam juga terdapat di dalam buku – buku ini :

    1. Berfikir Gaya Trump ” Portal PTS

    2. Pengaruh Gaya Trump › Portal PTS

Pendapat anda?