Komen (43)

  1. Tahukah anda pada tahun 2004 semasa Instagram masih menggunakan nama Photobook, Mark Zuckerberg berjumpa dengan Kevin Systrom dan mengajak beliau bersama-sama bergabung tenaga membangunkan Facebook? Tetapi Kevin menolak dengan alasan ingin menamatkan pengajian beliau di Stanford U? Saja saya selitkan trivia ini.

    Kisah pemilikan Instagram oleh Facebook memang menggegarkan dunia teknologi dan sosial media dunia. Saya sedang membayangkan sejauh mana Facebook akan membawa Instagram di masa hadapan. Satu apps yang sangat ohsem untuk dimiliki dan digunakan! Memang menyelesaikan masalah perkongsian gambar! 😀

    1. Benar. Terima kasih cikpuan kerana berkongsi maklumat baru. Saya juga memperoleh dapatan yang sama, cuma tidak sempat dimuatkan dalam artikel ini.

      Kisah mereka memang menarik dan memberikan inspirasi!

  2. Pada satu sudut lain, saya bersetuju bahawa Instagram boleh menguasai pasaran pengguna telefon pintar dunia dalam satu tempoh masa yang singkat adalah melalui perkongsian sosial yang ‘viral’ melalui Facebook Apps yang dibina oleh tim mereka.

    Apabila ramai pengguna mula mendaftarkan diri dan memuat turun aplikasi ini, secara tidak langsung, ‘nilai’ Instagram itu sendiri meningkat naik dalam waktu yang singkat.

    Jadi, kepada rakan-rakan usahawan khususnya yang sedang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi telefon pintar, jangan abaikan ‘social power’ ini. 😉

    Tahniah tim Majalah Niaga!

  3. Idea yang sangat simple. Siapa tau, ia boleh menjadi bernilai sehingga USD$1 Billion. Bagi saya, ia merupakan sesuatu yang genius dari 2 orang pengasas Instagram ini.

    Cuma musykil, lepas ni bekas pengasas Instagram nak buat apa kalau syarikat dah terjual? Rasa-rasa apa nak buat dengan USD$1 Billion tu?

  4. ditubuhkan oktober 2011 atau 2011?

    “Kevin, usahawan yang berusia 27 tahun membangunkan syarikat Instagram bersama Mike Krieger pada bulan Oktober 2010.”

    “Ketika ia pertama kali dilancarkan pada Oktober 2011, Kevin menyatakan dalam blognya di mana tujuan Instagram dibina adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai mengenai:”

  5. Norazihan Ismail
    April 15, 2012

    Memang benar.Terima kasih atas perkongsian semua di atas ilmu yang memang begitu membantu

  6. Terima kasih atas perkongsian.Apa yang saya dapat disini ialah bagaimana membantu orang ramai menyelesaikan masalah.Masalah yang dihadapi mestilah berkaitan dengan laman sosial. Walau idea yang saya anggap kecil tapi memberi impak membantu pengguna apa yang dihajati. Bila lagi rakyat tempatan boleh lakukan ini atau dengan lebih baik. Terbaik.

  7. improve n inovasi bbrp percent drp teknologi yg sedia ada. Tahu di mana keperluan teknologi itu utk diaplikasikan terutama dlm media sosial. Hasilnya, amat menakjubkan…

  8. hmm.. maaflah saya mencelah dengan soalan yg remeh.
    bagaimana ya agaknya sesuatu yg free spt Facebook & Instragram ini boleh
    mencecah nilai berbilion USD? (selain dari ad)

    1. Nilai sesuatu laman web atau aplikasi tidak semestinya dilihat pada keuntungan wang ringgit yang diperolehi darinya. Salah satu faktornya adalah JENAMA. Instagram telah mencipta nama dan detik kejayaan pada Apple Store, dimana lebih 15 juta pengguna Iphone telah memuat turun apps ini. Moga menjawab soalan 🙂

  9. Perkara yang dapat selesaikan masalah pasti akan berjaya… Walaupun masalah yang kecil ia adalah peluang… Jadikan masalah sebagai peluang untuk kita berjaya hanya perlu lihat pada keadaan yang berbeza… tahniah majalah niaga, artikel yang menarik dan hebat…

  10. point nya ialah sosial media. siapa yang mampu menghubung dunia sosial lebih dekat atau lagi MIKRO daripada facebook, twitter, youtube dan sebagainya, dia yang dapat menawan dunia.

  11. Berfikiran di luar kotak dan memudahkan penggunaan aplikasi. Salah satu contoh yang dapat digunakan adalah kegilaan pemain aplikasi permainan terhadap permainan Angry Bird yang sangat mudah dan tidak begitu sofistikated. Pengguna sekarang mencari jalan mudah untuk melarikan diri dari permasalahan yang menghimpit mereka hari-hari. Maka, para ushawan yang dapat memudahkan kerja pengguna, pasti produk mereka akan dicari.

  12. Sekarang sudah semakin Ramai rakyat malaysia terutamanya golongan muda yang semakin sedar dengan potensi bisnes teknologi apps ini.

    Insyallah satu masa nanti. Malaysia mungkin melahirkan ramai usahawan teknologi yang berasaskan pembinaan aplikasi ini. Terbaik perkongsian ini. 😀

Leave a Reply to Rizal Razak Batal (Cancel)