ISI KANDUNGAN
Maklumat Produk :
Nama Program : Berani Berniaga 2013 - Siri Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman
Laman Daftar : http://www.beraniberniaga.com
Yuran Pendaftaran : PERCUMA!
Pada 23hb Mac 2013 (Sabtu), Tim Majalah Niaga sempat hadir untuk membuat liputan program terbaru Dr Azizan Osman.
Apa yang bezanya, program kali ini adalah program usahasama beliau dengan kerajaan Malaysia yang dinamakan Klinik Usahawan Warga Industri 1 Malaysia (KUW1M) bersama Dr Azizan Osman.
Program yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini bertujuan membantu menaikkan taraf hidup generasi muda dan meningkatkan pendapatan negara.
Seminar Berani Berniaga 2013 – ‘Fast Action Fast Result’
Seminar ini diadakan di Menara PGRM, Cheras. Walaupun dimulakan jam 9 pagi, para peserta sudah mula berkumpul di luar dewan seawal 6.15 pagi. Anggaran kami seramai 3000 – 4000 peserta memenuhi dewan kali ini.
Di dalam seminar ini, Dr Azizan Osman yang sinonim dengan gelaran Pakar Pemasaran No 1 Asia memberi perkongsian yang membuka mata dan minda peserta yang hadir mengenai kelebihan berniaga untuk meningkatkan taraf hidup.
Antara perkara yang beliau kongsikan ialah:
Perniagaan Melahirkan Ramai Pembayar Zakat
Pendapatan tanpa had di dalam perniagaan mampu menjadikan pemiliknya pembayar zakat terbesar di negara ini. Semakin tinggi untung sesuatu bisnes, semakin tinggi zakat dapat disumbangkan dan semakin banyak sedekah dapat disalurkan.
Beliau mengambil contoh Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim yang menyumbangkan RM 1 bilion untuk yayasan kebajikan beliau.
Dr Azizan Osman menekankan kepada semua peserta bahawa pentingnya bersyukur tidak kira dalam apa jua situasi. Bersyukur dengan sekecil-sekecil perkara akan membuka lebih banyak lorong-lorong yang bakal membawa kejayaan lebih besar.
5 Kepercayaan Karut Tentang Berniaga
- Tidak boleh berniaga sebab tiada darah usahawan.
- Hendak berniaga memerlukan modal yang banyak.
- Mahu berjaya dalam perniagaan perlu sokongan kerajaan.
- Sekarang bukan masa sesuai untuk berniaga.
- Tidak mahu berniaga sebab sudah ditakdirkan miskin.
Setiap poin di atas dihuraikan secara terperinci oleh Dr Azizan Osman di dalam seminar ini . Kami sarankan tuan dan cikpuan hadir dan alami sendiri secara ‘LIVE’ apa yang beliau kongsikan. Boleh mendaftar secara percuma program ini di pautan di bawah.
Ada lagi?
Ya, banyak lagi!
Matlamat Jelas Membawa Kejayaan Lebih Pantas
Apa yang menarik, setiap peserta diajar secara praktikal bagaimana mahu menetapkan matlamat. Peserta diberi masa beberapa minit untuk menulis 5 matlamat utama dan kemudian berkongsi dengan peserta lain.
Di dalam sesi ini, peserta seminar dapat tahu faktor-faktor menyebabkan matlamat sukar dicapai dan dapat belajar cara menetapkan matlamat dengan betul dan spesifik.
Buku – Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan
Dr Azizan Osman juga sempat melancarkan buku terbaru beliau bertajuk Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan.
Buku ini adalah hasil kerjasama beliau dengan penulis prolifik yang juga pengasas Write to Wealth, Tuan Aqif Azizan. Buku yang berharga RM 25 ini mendedahkan lebih 50 strategi pemasaran yang boleh dipraktikkan serta merta oleh pembaca.
Menurut maklumat penulis, sebanyak 1000 unit habis dijual dalam tempoh kurang 60 minit ketika waktu rehat program ini! Untuk mendapatkan buku ini, boleh membelinya di lokasi-lokasi program Berani Berniaga 2013 yang lain.
6 Persoalan Emas Dari Kami.
Antara perkara lain yang dikongsikan Dr Azizan Osman ialah:
Bagaimana MASALAH orang ramai boleh membawa kepada PELUANG dan PENYELESAIAN yang dapat melonjakkan perniagaan kita?
- Apakah kalimah berkuasa yang patut digunakan supaya bakal pelanggan ingin tahu apa bisnes kita?
- Bagaimana menggunakan konsep 5 M di dalam konsep M.E.S.T.I untuk berjaya di dalam perniagaan?
- Apakah ciri-ciri mentor sesuai untuk dijadikan guru di dalam bisnes? Apakah maksud mentor ‘tin kosong’?
- Bagaimana dengan menjual ‘KELAJUAN atau KEPANTASAN’ mampu menarik duit besar dari poket pelanggan?
- Kenapa kebanyakan orang berjaya sebenarnya ‘MALAS’? Bagaimana sikap ‘MALAS’ orang berjaya ini mendorong kemahuan mereka untuk lebih kaya dan berjaya?
Kami tinggalkan dalam bentuk persoalan kepada anda. Untuk tahu jawapan-jawapan daripada persoalan di atas, kami sekali lagi menyarankan anda mendaftar di seminar BERANI BERNIAGA 2013.
Apa yang dikongsikan di artikel ini hanyalah cebisan sahaja. Berkali-kali ganda lebih baik jika hadir dan rasai sendiri kehebatan ilmu program ini di lokasi-lokasi terpilih. Tempat sangat terhad dan tindakan lambat boleh menyebabkan anda hanya mampu berdiri di luar dewan!
Untuk mendaftar, klik segera pautan ini – www.beraniberniaga.com. Penyertaan adalah 100% percuma dan tiada bayaran yang terselindung.
Kami doakan mudah-mudahan program ini memberikan manfaat kepada kita semua. Kongsikan artikel ini di Facebook sebagai tanda sokongan terhadap program Berani Berniaga 2013.
nak sertai seminar niaga 2013
apakah jenis perniagaan yang boleh dilakukan?
adakah ini satu jenis bantuan kewangan?
pehh, memang ramai yang datang ni.
saya seorg ibu tunggal…. saya buat perniaga kecil di rumah je…tapi saya tak cukup income untuk jaga anak-anak saya…kalau program ini boleh bantu atau bagi pinjaman perniagaan untuk saya..
Assalammualaikum sy Nk Tanya mcm mn Nk mulakan bisnes niaga sedang Saya takde modal Nk digunakan
Saya permulaan modal ber niaga sebanyak rm 1600.tapi sekarang saya dah berjaya tapi.masaalah sekarang bagai mana hendak mendapat orang yang boleh membekal barang pada saya dengan lebih murah.murah