E-book Panduan Cashflow – Pakdi @ Suzardi Maulan

May 14, 2012 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Masalah yang biasa dialami oleh kebanyakan manusia pada zaman kini adalah tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah kewangan peribadi.

Pesrsonal Finance

Satu daripada punca kita mengalami masalah yang kritikal dalam menguruskan kewangan peribadi adalah tidak mempunyai pendirian.

Sebagai contoh, kita lebih selesa mendengar apa yang orang lain kata mengenai diri kita, apa yang kita pakai, kereta apa yang kita bawa berbanding mendengar perasaan kita sendiri.

Kita meletakkan orang luar sebagai prioriti untuk menguruskan duit kita.

Cara ini jelas sekali tidak betul dan membahayakan.

Panduan Cashflow – Panduan Pengurusan Kewangan

Dalam e-book yang ditulis oleh pakar kewangan Malaysia berjudul Panduan Cashflow, Tuan Suzardi Maulan ada memberikan beberapa jalan petunjuk untuk menyelesaikan masalah kewangan peribadi.

Kami diberikan peluang untuk membaca dan meneliti isi kandungan e-book Panduan Cashflow ini sepenuhnya. Umumnya, kami merasakan e-book yang ditulis beliau adalah di antara e-book pengurusan kewangan yang terbaik setakat ini.

Klik Untuk Baca E-book Panduan Cashflow

Kerana pendekatan beliau adalah berdasarkan fakta, kajian serta maklumat-maklumat yang meyakinkan para pembaca untuk bertindak. Lebih menarik, e-book ini dituliskan untuk membantu para pembaca mengenai corak perjalanan pengurusan kewangan yang menurut syariah Islam.

Dipendekkan cerita, Tuan Suzardi Maulan atau Pakdi mahu kita lihat kekayaan kewangan dari perspektif Islam. Dalam masa sama, membuang segala trauma kita mengenai:

  1. Maksud kekayaan.
  2. Pengurusan kewangan.
  3. Pengurusan hutang.
  4. Cara untuk menambahkan duit dan aset.
  5. Rahsia orang yang kaya yang hidup tenang dunia akhirat.

Panduan Cashflow – Maklumat Dalam E-book Ini

Untuk maklumat penuh mengenai isi kandungan e-book ini, boleh klik di sini.

Pada pendapat kami, antara pengisian menarik yang disampaikan oleh Pakdi dalam e-book Panduan Cashflow adalah:

  • Makna kekayaan – Adakah kaya itu satu dosa atau pahala?
  • Prinsip kekayaan Nabi Yusuf a.s.
  • Cara betul membina penyata kewangan.
  • Menjawab persoalan mengenai pelaburan emas.
  • Cara melangsaikan hutang dengan pantas.
  • Cara untuk mengawal perbelanjaan.
  • 3 Strategi buat duit lebih banyak (Walaupun kita sudah bekerja).

Makna Kekayaan – Adakah Kaya Itu Satu Dosa atau Pahala?

Menurut Pakdi, setiap manusia mempunyai definisi kekayaan yang berlainan. Ada orang menganggap kekayaan adalah mempunyai masa untuk bersama keluarga, tanpa perlu risau tentang masalah kewangan.

Ada orang juga menganggap kekayaan itu adalah bebas daripada sebarang hutang yang berbentuk wang. Malah terdapat ratusan definisi kekayaan dalam diri setiap manusia.

Bahagian ini akan memberikan sudut pandang kekayaan dari kaca mata penulis, iaitu Pakdi sendiri. Kita boleh jadikan sebagai contoh bagaimana definisi kekayaan boleh menambah baik atau menghancurkan kehidupan kita.

Prinsip Kekayaan Nabi Yusuf a.s

Pakdi berkongsi maklumat tentang 3 prinsip yang beliau pelajari menerusi kitab terulung umat Islam iaitu al-Quran, menerusi surah Yusuf dalam kisah mengenai Mimpi Raja Mesir.

3 prinsip ini dibongkarkan dalam e-book Panduan Cashflow. Boleh dapatkan sekarang (Klik di sini).

Cara Betul Membina Penyata Kewangan

Ramai orang tidak tahu membina penyata kewangan, dan ini adalah satu daripada sebab utama kenapa kita gagal menguruskan wang sehingga hari ini. Membina penyata kewangan dapat membantu kita mempunyai harta yang banyak walaupun bergaji RM3,000 sahaja.

Jika gaji lebih rendah daripada RM3,000, maka membina penyata kewangan adalah satu kemestian. Kita dapat menguruskan aliran wang tunai setiap hari dengan lebih baik.

Menjawab Persoalan Mengenai Pelaburan Emas

Ramai orang di luar sana sering bercerita tentang potensi pelaburan emas. Adakah perkara ini betul? Adakah benar pelaburan emas adalah pelaburan yang dijamin menguntungkan?

Jawapannya, salah. Kerana Pakdi menjelaskan berdasarkan analisis potensi emas serta memberikan penerangan yang baik tentang ‘niat’ kita terhadap logam berwarna kuning ini.

Mahu untung wang atau bantu ekonomi Islam? Semuanya terjawab dalam e-book Panduan Cashflow.

Cara Melangsaikan Hutang Dengan Pantas

Bagi yang mempunyai hutang (sedikit atau banyak), bahagian dalam e-book Panduan Cashflow ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat.

Pakdi adalah individu yang mempunyai kepakaran dalam merancang wang. Oleh sebab itu beliau menulis buku ‘Rancang Wang Dari Sekarang’. Jika tuan dan puan serius untuk sucikan diri daripada hutang, dapatkan segera e-book ini.

Download E-book Panduan Cashflow (Klik Di Sini)

Cara Untuk Mengawal Perbelanjaan

Adakah kita seorang yang sentiasa membenarkan nafsu mengawal diri ketika berbelanja di luar? Jika jawapannya ya, maka kita berada di landasan pengurusan kewangan yang berisiko.

Ketahui bagaimana untuk mengawal perbelanjaan cara Pakdi. Pendekatan yang unik, mudah serta berkesan.

3 Strategi Buat Duit Lebih Banyak

Walaupun kita sudah bekerja, kebiasaannya gaji yang diperoleh setiap bulan gagal disimpan. Bukan sebab tidak pandai urus wang, tetapi memang tidak cukup untuk disimpan.

Justeru itu, satu daripada alternatif yang dicadangkan oleh penulis e-book Panduan Cashflow ini mencadangkan agar kita meluangkan masa untuk buat duit lebih banyak.

Pakdi tunjukkan 3 cara yang betul, mudah dan berkesan untuk buat duit dengan lebih banyak. Khas untuk orang yang bekerja dan juga mereka yang menjual anggur (penganggur).

Panduan Cashflow – Rahsia Duit Dibongkarkan

Pengalaman kami membaca e-book Panduan Cashflow ini benar-benar memberikan kesan terhadap aliran tunai peribadi. Jujurnya, e-book ini sesuai untuk dimiliki oleh:

  • Anda yang ingin dapatkan keyakinan dan sebab untuk menjadi kaya.
  • Membunuh trauma-trauma berkaitan duit dan kekayaan.
  • Cara menjadi manusia yang kaya duit, kaya iman.
  • Cara menguruskan wang dengan lebih efektif setiap hari.
  • Belajar mengenai pengurusan kewangan daripada pakar kewangan, iaitu Pakdi.
  • Anda yang ingin buat duit dan seronok hidup dalam dunia ini.
  • Anda yang mahu hidup bebas wang, bebas hutang dan bahagia bersama keluarga tersayang.

E-book Panduan Cashflow adalah panduan lanjutan daripada buku ‘Rancang Wang Dari Sekarang’. Ia lebih spesifik, penuh dengan data-data penting dan panduan praktikal untuk para pembaca mendapatkan kesan positif kewangan sebaik sahaja membacanya.

Download E-book Panduan Cashflow (Klik Di Sini)

Kredit: Socialtik Mag


Tags: , , , , , ,

Komen (9)

  1. Terima kasih Tim Majalah Niaga atas reviu yang diberikan.

    Istimewa untuk sekalian pembaca Majalah Niaga, selepas membaca bab percuma ebook ini boleh emel hi[at]panduancashflow.com untuk mendapatkan harga diskaun.

    Tawaran diskaun ini hanya berlangsung selama 3 hari sahaja sehingga tengah malam Rabu, 16 Mei 2012.

  2. As Salam Pakdi,

    Format baru yg perlukan pembaca membaca online Panduan Cashflow kelihatan kurang flexible kerana adalah lebih mudah untuk download sekali dan boleh dibaca bila2 dan dimana2 tanpa perlu atau terpaksa online dan menghabiskan kuota data internet.

    Boleh tak pembeli/pembaca membeli versi eBook?

    T/kasih
    Johan

Pendapat anda?