Inbox Cash – Panduan Lengkap Belajar Pemasaran E-mel

May 25, 2012 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

“Ini adalah pelengkap bagi sesiapa yang ingin belajar pemasaran e-mel dari A hingga Z.”

Inbox Cash - Kaver Hadapan (Rahman Basri)

Pemasaran e-mel adalah satu daripada strategi pemasaran Internet yang efektif dan digunakan oleh syarikat-syarikat berbilion dolar. Ini termasuk syarikat Apple, milik mendiang Steve Jobs yang bernilai lebih USD153 bilion.

Selain daripada syarikat-syarikat gergasi, terdapat beberapa individu yang mengamalkan pemasaran e-mel sebagai satu daripada strategi untuk mereka membina hubungan yang baik dengan prospek.

Klik Untuk Dapatkan Maklumat Pemasaran E-mel

Antaranya adalah Robert Kiyosaki menerusi laman web Rich Dad. Beliau menggunakan pemasaran e-mel untuk berkongsi banyak tip-tip berkaitan kewangan peribadi dan pelaburan.

Secara tidak langsung, mempromosikan sebarang produk yang dihasilkan oleh Rich Dad Company seperti buku, seminar, atau sebarang majlis-majlis ilmu.

Inbox Cash – Siapa Rahman Basri?

Inbox Cash adalah produk informasi yang dipakejkan dalam bentuk DVD. Inbox Cash dihasilkan untuk membantu orang ramai bagi memahami pemasaran e-mel secara keseluruhan.

Seminar Affiliate 2012 - Rahman Basri

Produk informasi ini dihasilkan oleh Tuan Rahman Basri. Kepakaran beliau adalah dalam bidang pemasaran e-mel. Tuan Rahman Basri merupakan pengamal strategi pemasaran Internet ini lebih daripada 3 tahun.

Malah beliau juga sudah mengukir banyak kejayaan manis sepanjang bergiat dalam pemasaran e-mel. Antaranya adalah menghasilkan pendapatan konsisten sehingga 4 angka setiap bulan.

Bukan itu sahaja. Beliau juga mempunyai ramai anak didik yang telah berjaya menghasilkan pendapatan konsisten di Internet menerusi seminar-seminar dan produk informasi yang dihasilkan sebelum ini.

Baca Lebih Lanjut Tentang Inbox Cash (Klik Di Sini)

Inbox Cash – Apa yang Saya Dapat?

Terdapat pelbagai produk informasi berkaitan dengan buat duit di Internet yang dihasilkan oleh pelbagai individu. Soalnya adalah, mana satu pelaburan yang berbaloi?

Inbox Cash - 7 Modul Video Pemasaran E-mel

Berdasarkan pengalaman kami menemubual Tuan Rahman Basri, dan menonton video-video yang terkandung dalam pakej DVD Inbox Cash ini, kami berpendapat produk ini adalah satu daripada produk yang berkualiti.

Berkualiti dari segi penyampaian dan persembahan ilmu kepada pembelinya. Terdapat 7 modul DVD yang disertakan apabila kita memiliki Inbox Cash:

Modul #1 – Konsep Inbox Cash

  • Modul ini adalah modul asas. Di mana beliau menerangkan kepentingan pemasaran e-mel secara keseluruhan.
  • Kita juga akan belajar perkara penting dalam pemasaran e-mel, iaitu langkah pertama bagi menjawab persoalan, “Bagaimana untuk saya bermula?”

Modul #2 – Master Autoresponder

  • Majalah Niaga sendiri menggunakan autoresponder untuk mendapatkan ribuan pelanggan di Internet. Buat pengetahuan umum, kos autoresponder adalah sekitar RM60 sebulan.
  • Tuan Rahman Basri akan membongkarkan strategi ‘balik modal’ yang digunakannya untuk membayar yuran autoresponder setiap bulan, tanpa perlu mengeluh.

Modul #3 – Bina Squeeze Page Pantas

  • Belajar penggunaan perisian yang diberi nama FTP. Sebuah perisian yang dapat membantu kita muat naik fail-fail laman web ke hosting dengan mudah, pantas dan berkesan.
  • Domain & hosting percuma juga akan disediakan kepada pembeli DVD Inbox Cash (Klik di sini).

Modul #4 – Free Report Killer

  • Tuan Rahman Basri menunjukkan ‘rahsia’ untuk menghasilkan laporan percuma yang dapat meningkatkan keyakinan prospek serta merta.
  • Bagi yang tiada idea, tidak tahu menulis dan tidak mempunyai masa, maka teknik ini sangat sesuai untuk digunakan.
  • Rahsia menghasilkan laporan percuma persuasif dalam masa kurang 60 minit dibongkarkan.

Modul #5 – Format Penulisan E-mel Convert

Inbox Cash - Format Penulisan E-mel Convert

  • Modul ini adalah modul kegemaran kami (Tim Majalah Niaga).
  • Kerana beliau membongkarkan struktur pemasaran e-mel yang terbukti dapat meningkatkan kadar conversion apabila kita menjual produk menerusi e-mel.
  • Semakin tinggi conversion, semakin tersenyum lebar kita melihat duit masuk ke akaun bank.

Modul #6 – Strategi E-mail Follow Up Berkesan

  • Kesilapan orang ramai – Tidak menukarkan prospek menjadi pembeli menerusi e-mel.
  • Inbox Cash – Mendedahkan strategi untuk menjadikan para subscriber e-mel tidak sabar-sabar untuk membeli apabila menerima e-mel daripada kita.

Modul #7 – Teknik Kumpul List Mudah

  • Tuan Rahman Basri membongkarkan teknik-teknik percuma dan mudah dipraktikkan untuk mengumpul senarai e-mel.
  • Malah teknik berbayar yang ditunjukkan beliau telah memberikan hasil sebanyak 1,000 subscriber dalam tempoh kurang 24 jam.

Inbox Cash – Siapa Perlukan 7 Modul DVD Ini?

Berdasarkan pengalaman kami menonton segala video, bonus dan material-material yang dipakejkan sekali dalam Inbox Cash ini, kami berpendapat produk ini menjurus kepada satu matlamat utama iaitu:

“Membantu para pembeli untuk memahami cara buat duit dengan pemasaran e-mel menerusi pendekatan holistik. Bermakna, setiap satu tindakan untuk berjaya dalam pemasaran e-mel ditunjukkan dalam produk Inbox Cash ini.”

Inbox Cash - Templet Pemasaran E-mel

Justeru itu, berikut adalah golongan yang sesuai untuk memiliki produk ini:

  • Para pembaca Majalah Niaga yang serius untuk belajar pemasaran e-mel.
  • Para pembaca Majalah Niaga yang mahu tahu aliran sebenar buat duit di Internet menggunakan pemasaran e-mel.
  • Para pembaca Majalah Niaga yang mahu jimatkan kos bagi mempelajari cara membina perniagaan Internet.
  • Para pembaca Majalah Niaga yang tercari-cari mentor usahawan Internet yang sanggup mengajar sehingga kita berjaya.

Golongan yang disebutkan di atas adalah golongan yang sesuai untuk membeli Inbox Cash. Bagi yang berminat untuk melakukan pembelian hari ini dengan tawaran harga yang jauh lebih murah, sila klik pada pautan di bawah:

Inbox Cash - Kaver Belakang (Rahman Basri)

Beli 7 Modul Video Inbox Cash (Klik Di Sini)

Ulasan produk ini adalah berdasarkan pengalaman kami menonton kesemua 7 modul video yang diberikan oleh Tuan Rahman Basri. Dari semasa ke semasa, kami akan terus berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat yang terkandung dalam pakej video Inbox Cash ini.


Tags: , , , , , , , ,

Komen (11)

    1. Terima kasih juga Tuan Rahman Basri atas peluang yang diberikan untuk kami mengulas kesemua produk dalam pakej Inbox Cash ini. Jazakallah. 🙂

  1. best review ni..tak salah mencuba..teknik ni mmg evergreen tp target kene betul..spy jadi win-win situation..sbb x semua suke terima email..

Leave a Reply to broFami Batal (Cancel)