ISI KANDUNGAN
Maklumat Produk :
Nama Seminar : Klinik Usahawan 2015 Dr Azizan Osman
Tema : Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes Menjelang 2016
Cara Pendaftaran : Hantar ke 60162150940
Laman Web : www.KlinikUsahawan.com
Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk kita menikmati tahun 2015 yang penuh dengan kejutan dan cabaran ekonomi. Tahun 2016 bakal menjelang dengan pelbagai persoalan dan kerisauan tentang masa depan anda.
- Harga barang naik, sedangkan gaji tidak mencukupi.
- Anda tidak bahagia dan tertekan dengan kehidupan.
- Anda tidak mampu lagi untuk berfikiran positif.
- Anda buntu dan tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk merubah nasib hidup anda dan keluarga.
- Anda tiada ilmu untuk memulakan perniagaan.
- Anda sudah memulakan perniagaan tetapi sering GAGAL dan RUGI.
Sampai bila kita ingin terus merasa terbeban dan terseksa dengan pelbagai masalah ini? Persoalan-persoalan yang menakutkan ini membuatkan ramai yang cepat kecewa dan mudah putus asa sehingga hilang arah menjalani kehidupan.
Maka sebab itulah kita sering melihat pelbagai kes masalah sosial yang menakutkan semakin menjadi-jadi terpapar di media cetak mahupun media elektronik.
Masalah berkenaan kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja dihadapi oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Ini adalah masalah sejagat. Perjalanan hidup sudah semakin pantas.
Maklumat mudah dicapai tanpa perlu berada di hadapan komputer. Jika anda masih lagi terhegeh-hegeh dan kekal di takuk lama, maka anda akan jauh ditinggalkan oleh mereka yang lebih CERGAS dan PANTAS.
Oleh itu, sesuatu HARUS dilakukan jika inginkan kehidupan yang lebih baik. Tiada jalan lain, hanya dengan melalui perniagaan sahaja anda dapat menguasai dan mengawal kehidupan.
Namun, ini tidak akan dapat dicapai andai kita tidak mahu mempelajari cara-cara untuk menguasai Potensi Diri yang telah sedia ada wujud di dalam diri kita.
Apa itu Potensi Diri?
Di dalam diri kita masing-masing mempunyai Potensi Diri yang sedia tersimpan. Ia adalah satu lonjakan kuasa dalaman yang membantu mewujudkan siapa kita pada hari ini. Namun, masih ramai yang tidak mengendahkannya kerana tidak memahami bahawa kekuatan yang ada mampu memberikan satu perubahan besar terhadap kehidupan yang diidamkan.
Bagaimanakah Caranya Menguasai Potensi Diri Anda?
Untuk menguasai Potensi Diri, ia harus digilap melalui latihan dan didikan daripada mentor yang pakar dan berpengalaman. Adalah menjadi kerugian sekiranya kuasa dalaman yang dikurniakan Tuhan ini dibiarkan begitu sahaja.
Kerugian paling besar adalah dari sudut menguasai potensi Kewangan dan Bisnes. Apabila kewangan menjadi gangguan di dalam kehidupan, maka bisnes yang dilakukan pastinya sering menghadapi masalah.
Modal dan keuntungan yang tidak mencukupi akan sering menjadi faktor penghalang bagi menampung pelbagai kos yang terlibat sehingga mengakibatkan kerugian yang berpanjangan.
Kriteria utama untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya menguasai Potensi Dirinya ialah dengan PANTAS BERTINDAK. Inilah kata kunci yang sering ditekankan oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia di dalam setiap seminar yang dianjurkan.
Kata-kata keramat beliau sering disebut di bibir para peserta yang telah berjaya, iaitu ‘Fast Action, Fast Result. Slow Action, No Result’.
Di dalam zaman serba pantas ini, setiap orang sanggup membayar lebih bagi mendapatkan sesuatu dengan pantas dan cepat. Jadi, di manakah letaknya diri anda sekiranya masih selesa dan leka dengan kehidupan yang biasa-biasa saja?
Formula Pantas yang dititikberatkan oleh Dr Azizan Osman ini sangat membantu para usahawan dan bakal usahawan pada setiap peringkat. Bukan sahaja dari segi mengenalpasti jenis perniagaan atau ingin memulakan sesebuah perniagaan. Malah ia sangat relevan dengan perniagaan sedia ada serta perniagaan yang sedang meniti fasa perkembangan.
Dr Azizan Osman merupakan seorang Jurulatih Kejayaan yang telah berjaya melatih lebih daripada 650,000 peserta melalui pelbagai seminar dan klinik keusahawanan yang dianjurkan sejak tahun 2008.
Rangkuman formula pantas dan cara mudah membina perniagaan yang berjaya dan menguntungkan telah terbukti melahirkan berpuluh ribu usahawan daripada pelbagai bidang. Masing-masing ada yang bermula dari kosong sehingga ada yang telah mencapai tahap jutawan industri.
Lihat sahaja testimoni mereka yang telah berjaya di sini: http://www.klinikusahawan.com/
Oleh itu, Klinik Usahawan Dr Azizan Osman MESTI dihadiri sekiranya anda memiliki salah satu daripada 3 ciri berikut:
- Usahawan Baru Yang Ingin Memulakan Perniagaan.
- Usahawan Yang Sedang Membina Perniagaannya.
- Usahawan Yang Sudah Lama Berniaga dan Ingin Memperluaskan Perniagaan.
Bagaimana Klinik Usahawan ini dapat membantu anda?
7 perkara yang akan dapat dikuasai oleh setiap peserta:
# 1 – Memaksimakan Potensi Diri
Setiap individu telah dikurniakan sikap dan karakter yang unik dan berbeza-beza. Di sinilah potensi diri anda dapat dimaksimakan dengan mengetahui bagaimanakah cara untuk menguasai keduanya.
#2 – Mengenali Punca Halangan Kejayaan
Kejayaan sering terhalang? Maka di sinilah anda akan dilatih untuk mempelajari dan mengenali di manakah punca sesebuah kejayaan sering terhalang. Setelah mengenalpasti puncanya, pasti perjalanan anda akan menjadi lebih lancar dan tenang.
#3 – Membina Kehidupan Luar Biasa
Demi mencapai impian, anda haruslah membina sebuah kehidupan yang luar biasa. Tindakan yang luar biasa adalah suatu keutamaan ke arah mencapai impian.
#4 – Mengenali Ketakutan Anda
Ramai insan yang inginkan kejayaan tidak sedar bahawa mereka memiliki ketakutan yang menjadi batu penghalang. Jadi, anda perlu mengenali ketakutan tersebut dan mengatasinya sebelum dapat mencapai kejayaan yang diidamkan.
#5 – Bagaimana Menguasai 7 Aspek Kejayaan Hidup
Kehidupan yang lebih berkualiti bersama keluarga tersayang pasti akan dapat dinikmati dengan menguasai 7 aspek ini.
#6 – Mengenalpasti Punca Kebocoran Wang
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka mengalami masalah kebocoran wang. Dengan mengenalpasti puncanya, anda pastinya akan mendapat rezeki dan kewangan yang sentiasa datang mencurah-curah.
#7 – Menguasai Kekuatan Dan Kelebihan Anda
Untuk memperbaiki hidup dan ekonomi, anda harus tahu bagaimana caranya untuk menguasai kekuatan dan kelebihan yang ada di dalam diri. Kekuatan dan kelebihan inilah yang menjadi asas lonjakan ke arah sebuah kehidupan yang lebih bermakna.
Usah tunggu lagi! Ini adalah EDISI TERAKHIR untuk tahun 2015. Jika anda masih lambat bertindak, maka anda akan ditinggalkan oleh mereka yang lebih pantas sedangkan anda kekal di takuk lama.
Kenalpasti 9 lokasi Klinik Usahawan terdekat anda:
12 Nov 2015: Kelantan Trade Centre, Kota Bharu
14 Nov 2015: Bukit Gambang Resort City, Kuantan
15 Nov 2015: Hotel Bayview, Melaka
17 Nov 2015: Hotel Grand Alora, Alor Setar
18 Nov 2015: Hotel Syuen, Ipoh
21 Nov 2015: Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur
22 Nov 2015: Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang
28 Nov 2015: Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru
29 Nov 2015: Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam
Daftar SEGERA!
Hubungi 1300 88 2424 atau layari www.KlinikUsahawan.com
Peluang Untuk Memiliki Buku Percuma!
Istimewa untuk setiap peserta yang hadir Klinik Usahawan Dr Azizan Osman, anda akan dapat memiliki sebuah buku ‘Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya’.
Usah datang sendiri!
Bawalah 3 orang insan yang anda kenali bagi menikmati potongan harga tiket yang ditawarkan. Bukan sekadar penjimatan, malah anda pastinya dapat membantu berkongsi satu perubahan yang besar bersama mereka yang turut serta.
Daftar dengan PANTAS melalui WhatsApp/SMS
Hantar <Nama> <No IC> <No Tel> <Email> <Lokasi Seminar> ke 60162150940
Kami doakan mudah-mudahan program ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Bagus seminar-seminar macam ini… Patut sertai akan datang ..