ISI KANDUNGAN
Maklumat Produk :
Maklumat Seminar :
Nama Program : Masterclass Usahawan Jutawan™
Laman Daftar : www.ZawaraAcademy.com
Awal tahun 2016, team Majalah Niaga dijemput untuk menyedut ilmu dalam Masterclass Usahawan Jutawan™ yang berlangsung selama 2 hari pada 30 dan 31 Jan 2016 di Hotel Sunway Putra, KL. Seramai 157 peserta memenuhi dewan seminar yang diadakan buat pertama kali oleh Zawara Academy.
Masterclass Usahawan Jutawan™ disasarkan kepada golongan yang sudah lama berbisnes, mempunyai kedai dan mahu berkembang, mereka yang ingin mengetahui pengurusan sistem autopilot dalam operasi perniagaan serta nak cetuskan perubahan minda untuk lakukan bisnes secara luar biasa.
Terdapat gandingan tiga orang speaker yang mengisi slot dalam seminar iaitu CEO Kapten Kamarul, Puan Dilla Karim dan Dr Arzim Naim.
Mereka berkongsi tentang pengalaman, perjalanan dan strategi yang ZAWARA® lakukan untuk berjaya dalam pasaran seawal 3 tahun pertama. Apa yang Zawara Academy kongsi dalam seminar ini?
Mindset Mengapa Kita Perlu Berniaga
Awal-awal seminar, peserta diterapkan dengan minda bahawa kita berniaga diniatkan kerana Allah SWT. Nabi Muhammad SAW mengatakan 9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan. Malah ia dianggap sebagai ibadah kerana melalui bisnes kita berjaya bantu upgrade diri sendiri, keluarga dan umat.
Perniagaan yang dibina bukan sekadar untuk menjana wang semata-mata atau duit tersebut digunakan untuk survival dalam kehidupan, namun ia turut membantu umat yang memerlukan penyelesaian terhadap masalah mereka melalui produk yang ditawarkan.
Target Mesti Think Big
Soalan yang ditanya oleh Kapten Kamarul kepada salah seorang peserta, “berapakah revenue yang anda sasarkan dalam masa 10 tahun?”
Ada yang mengatakan hanya 5 juta sahaja. Di sinilah kita perlu think big dan menetapkan goal setting. Letakkan sasaran yang tinggi kerana the fear we face is not that the aim is to high, but too low that easy to achieve (Michaelangelo). Dalam erti kata lain, aim to achieve high target to reach the real target.
Revenue yang tinggi mudah saja tercapai apabila kita sudah jumpa formula yang tepat dalam bisnes. Hanya perlu duplicate saja dan lakukan tindakan dengan pantas. Kerana itu pentingnya goal setting yang menunjukkan berapakah target jualan yang ingin dicapai secara harian, mingguan dan bulanan.
“When you can earn millions this year, why do it next year?” Kapten Kamarul
USP Dalam Perniagaan
USP = Unique selling proposition ialah sesuatu nilai yang meletakkan produk kita jauh lebih baik daripada orang lain. USP boleh terletak pada manfaat produk, packaging, servis atau suasana kedai yang memberi rasa selesa dan unik kepada segmen pelanggan.
Jika sukar mencari USP produk, apa yang boleh kita buat adalah kaji masalah orang ramai dan selesaikan atau tanya terus kepada pelanggan. Apakah yang menyebabkan pelanggan membeli produk kita? Buat soal selidik dan kajian tentang USP supaya bisnes tidak dijalankan atas dasar syok sendiri. Jadi, apakah USP perniagaan kita?
Ada Apa Dengan Jenama?
Peserta turut didedahkan rahsia di sebalik jenama dan bagaimana nama ZAWARA® muncul. Nama ZAWARA® berasal dari perkataan Arab, iaitu Zuwar yang bermaksud tetamu. Zuwar diubah menjadi ZAWARA® di mana ia sesuai dengan konsepnya yang sentiasa menganggap pelanggan sebagai tetamu yang perlu dihormati dan diraikan.
ZAWARA® juga terbit atas dasar jenama produk mestilah mudah disebut dan diingat oleh orang ramai. Antara contoh jenama lain kita boleh ikuti ialah LAZADA atau ZALORA. Jenama itu juga boleh didaftar domain .com, .com.my atau .net dahulu supaya kita mempunyai aset bisnes di alam maya.
Begitu juga dengan tagline, logo, warna dan font. Be simple and minimalist. Semua faktor tersebut perlu diambil kira andai kita mahu mengangkat brand ke peringkat yang lebih tinggi.
Bina Aset Bisnes Online Dan Offline
Jika kita mahu sell a brand, perkara asas yang kita perlu ada adalah wujudkan website. Tidak guna apabila kita sudah siap dari segi packaging, product, tagline dan sebagainya, namun lupa book dahulu jenama brand di internet.
Jika kita belum mampu beli, hanya dapatkan saja domain dan renew setiap tahun hingga mampu adakan website. Cara ini penting supaya tiada orang lain yang akan ambil jenama itu. Website inilah aset digital kita. Bak kata Kapten Kamarul, “If you don’t exist in a first page, you don’t exist at all.”
Bagi mereka yang sudah miliki kedai atau dalam proses pilih lokasi kedai, tips yang boleh kita gunakan adalah adakah kawasan kedai kita mudah dapat parking? Walau bagus macam mana pun produk atau kos sewa murah sekali pun, namun jika parking adalah satu azab (sukar peroleh parking dan sesak) buat bakal pelanggan, mereka tidak akan singgah ke kedai kita.
Bagaimana Miliki Dream Team?
“Jika mahu peroleh team yang bagus, hire mereka yang lebih pandai daripada kita supaya kita sebagai owner produk boleh belajar daripada mereka.” Kapten Kamarul
Salah satu cara yang dipraktiskan oleh ZAWARA® saat nak dapatkan dream team adalah melalui interview. Pada ZAWARA®, setinggi mana sijil akademik atau pelajaran seseorang itu, ia tidak penting. Yang penting, seseorang itu mempunyai sikap yang positif, kemahiran dan bakat yang diasah, sedia mengaku kesalahan, perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan ingin belajar perkara baru.
Dream team boleh dibina dengan hantar mereka untuk menjalani latihan mengasah skill dan raikan kejayaan mereka ketika mana mereka sudah mencapai target syarikat. Dengan itu, team bukan saja seronok berkerja, malah mereka setia bersama kita.
Dalami Ilmu Sistem Urus Bisnes Di Zawara Academy
Apa yang ditulis di artikel ini merupakan cebisan sahaja. Anda bakal belajar lebih lagi tentang pengurusan syarikat, bagaimana jimat kos dan jana keuntungan berganda, street accounting, cara dapatkan lesen francise untuk perniagaan, bahagian operasi dan sistem autopilot bisnes dalam Masterclass Usahawan Jutawan™.
Untuk daftar Masterclass Usahawan Jutawan™ pada masa akan datang, ikuti perkembangan di FB Zawara Academy atau klik di laman web ini – www.ZawaraAcademy.com.
Kami doakan program ini memberi manfaat kepada kita semua dalam melonjakkan bisnes ke tahap yang lebih baik. Moga-moga kita menjadi jutawan beriman di dunia dan akhirat.