ISI KANDUNGAN
Maklumat Produk :
Nama Program : Seminar My Documents by Byond Success
Yuran Pendaftaran : RM49 untuk 1 peserta. RM99 untuk 5 peserta
Laman Daftar : http://byondsuccess.com/smd/
Tim Majalah Niaga telah menerima jemputan khas untuk hadir membuat liputan program Seminar My Documents, yang dianjurkan oleh syarikat Byond Success pada 16 Ogos 2015 bertempat di Hotel Maluri, Cheras.
Seminar yang menampilkan Tuan Abdul Basit, Pengarah Urusan Byond Success Sdn Bhd ini disasarkan kepada pemilik – pemilik bisnes yang mahu mempelajari cara mengurus dan mengendalikan syarikat dengan lebih sistematik dan lebih professional.
4 Cara Manusia Jana Pendapatan
Dalam Seminar My Document , Tuan Abdul Basit menerangkan 4 cara manusia menjana pendapatan. 2 cara yang pertama ialah golongan yang terperangkap dalam kemelut kewangan dan 2 golongan yang kedua ialah golongan yang menguasai kewangan dan ekonomi dunia.
Adalah penting untuk ketahui samada kita tergolong daripada golongan pertama atau kedua bagi mengambil langkah untuk mencapai status bebas kewangan.
Berikut merupakan 4 cara manusia jana pendapatan
- Bekerja
- Bekerja sendiri
- Bisnes
- Pelabur
Gaya Fikir Yang Betul Sebagai Usahawan
Tuan Abdul Basit juga menerangkan gaya berfikir dan kriteria usahawan yang merungkai rahsia bagaimana orang kaya bertambah kaya dan mempunyai banyak syarikat dan kenapa sesetengah usahawan tidak berkembang.
Selepas menghadiri seminar ini , anda akan mengetahui syarikat tidak berkembang berpunca daripada diri pemilik bisnes yang sibuk membuat bisnes , bukannya mengusahakan dan mengurus bisnes.
Skil berfikir dan bekerja cara multi jutawan ialah dengan menjana idea dan menyerahkan tugas kepada orang yang betul. Sekiranya kita sibuk membuat semua kerja – kerja bisnes kita, tiada orang yang akan mengembangkan bisnes kita.
Formula Ini Bakal Bantu Anda Tetapkan Matlamat Syarikat
Kesilapan biasa kebanyakan pemilik bisnes kecil ialah tidak punyai matlamat yang kukuh dalam sebuah perniagaan. Seminar My Documents akan menyentuh topik VMO yang membantu usahawan dalam menetapkan matlamat syarikat. VMO yang dimaksudkan ialah Visi, Misi dan Objektif perniagaan tersebut. Ianya wajib ditentukan sebelum memulakan apa – apa perniagaan hatta dalam fasa lean start up.
Visi ialah apa yang kita mahukan pada akhir fasa perniagaan kita. Manakala misi ialah kriteria yang membantu mencapai visi yang telah kita tetapkan. Objektif pula ialah jentera – jentera serta strategi yang kita perlu susun bagi mencapai kriteria visi yang kita impikan.
6 Elemen Penting Dalam Pengurusan Bisnes
Secara asasnya , semua bisnes merangkumi 6 bahagian yang wajib berfungsi dalam satu organisasi syarikat. Setiap pergerakan dalam bisnes mesti direkod dan disusun bagi memudahkan pemilik bisnes merancang perkembangan bisnes.
Selepas menghadiri Seminar My Documents ini , peserta akan lebih memahami dimanakah lopongan – lopongan yang menyebabkan sesebuah bisnes tidak boleh pergi jauh. Apa yang ditekankan dalam seminar ini ialah pengurusan bisnes gaya korporat. Anda tidak lagi berfikiran kuno dan perancangan bisnes akan menjadi lebih berstruktur.
6 bahagian yang dimaksudkan ialah
- Admin
- HR/Sumber Manusia
- Kewangan
- Operasi
- Jualan
- Marketing
Secara Ringkas, Ini Apa Yang Anda Bakal Pelajari
Dalam tempoh 3 jam berlangsungnya seminar, tuan Abdul Basit akan kongsikan secara menyeluruh tentang bagaimana mengurus syarikat dengan sistematik, mengurus sistem perfailan syarikat dengan teratur. Antara pengisiannya adalah :
- 3 asas pengurusan dalam perniagaan yang sering diabaikan peniaga.
- Kepentingan sistem dokumentasi dalam syarikat.
- Faktor-faktor kenapa bisnes gagal bertahan dalam tempoh 3 tahun.
- Cara merancang hala tuju syarikat pada 5 tahun akan datang.
- Cara menyusun rekod dokumen syarikat dengan lebih sistematik.
- Kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh pemilik bisnes yang merugikan syarikat.
- Cara mengurus syarikat gaya korporat & kelebihan mengurus gaya seperti ini.
- Cara menyediakan sistem dokumentasi syarikat dengan lebih tersusun dan teratur
“Seminar Ini Hanya Preview Ke?”
Kami telah menerima beberapa maklum balas oleh pembaca mengenai hal ini. Kami telah cuba mendapat jawapan terus dari tuan Abdul Basit sendiri dan berikut adalah jawapan dari Facebook beliau :
Sebenarnya, sesi Seminar My Documents ini memang sesi PREVIEW. Namun begitu, ILMU PREVIEW yang anda belajar sepanjang tiga (3) jam ini merupakan KUNCI UTAMA mengenai ilmu mengurus sebuah syarikat.
Umpama sebuah bangunan yang akan dibangunkan, sesi ini merupakan cerucuk sebelum bangunan mula dibina.
Ramai pelajar yang telah menghadiri kelas Advanced kami tanpa hadir ke seminar my documents ini, namun setelah itu mereka pasti hadir semula kelas Seminar My Documents untuk melengkapkan “puzzle” dalam kelas Advanced..
Masakan mampu kita terus masuk belajar modul di Universiti sebelum kita habiskan pelajaran di sekolah Menengah.
Ini akan menjadikan proses pembelajaran kita lebih cepat dan lebih faham tentang sesuatu perkara.
Sebab itulah, kita ada beberapa aduan, mana-mana pelajar yang telah menghadiri kelas Advanced kami tanpa hadir ke Seminar ada yang demam sebab overload dan sangat mendalam katanya.
Jadi, kepada anda yang ragu-ragu dengan sesi seminar ini adakah ia hanya preview atau tak, anda boleh tanya dengan pelajar yang telah hadir ke seminar kami sebelum ini.
Harus diingatkan, modul di Seminar My Documents ini saya tidak akan ulang di sesi Advanced.
Apa antara modul yang anda akan belajar dalam seminar My documents ni selama 3 jam?
1. 3 Jenis Mentaliti Usahawan.
2. 5 Jenis Perniagaan yang Wujud Di Dunia.
3. Isu, Masalah dan Kes Studi Perniagaan yang Melibatkan Urusan Rekod.
4. Pendekatan Teori 4 Quadrant Robert Kiyosaki Dalam Memahami Jenis Perniagaan sedia ada.
5. Design Hala Tuju Perniagaan Dengan VMO. (Visi, Misi Dan Objektif)
6. 6 Asas Roda Pengurusan Dalam Perniagaan. <– Kunci penting Syarikat
7. Formula 3M pengurusan Rekod dan sistem fail dalam Perniagaan.
Bagaimana Untuk Daftarkan Diri?
[video_player type=”youtube” youtube_hide_controls=”Y” youtube_remove_logo=”Y” youtube_force_hd=”hd1080″ width=”640″ height=”360″ align=”left” margin_top=”10″ margin_bottom=”10″]aHR0cHM6Ly93d3cueW91dHViZS5jb20vd2F0Y2g/dj1Fd3dRRDJuRk9iSQ==[/video_player]
Untuk mendaftar, klik segera pautan ini – www.ByondSuccess.com/smd . Pendaftaran dibuka kepada 5 lokasi berbeza, yakni di Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pahang dan Kedah. Hanya RM49 untuk seorang peserta & tawaran istimewa hanya RM99 jika anda daftar untuk 5 peserta.
Kami doakan mudah-mudahan program ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Ada lagi X kursus ni