ISI KANDUNGAN
#1-Kenali Dr. Robert J.Wang
Adalah usahawan yang berpengalaman dalam bidang telekomunikasi, internet dan pemasaran selama 20 tahun. Beliau mengasaskan Taral Networks atau Airwide Solutions dan juga bertindak sebagai Ketua Saintis.
Sepanjang penglibatannya, Dr.Wang telah berjaya meningkatkan hasil keuntungan syarikat sebanyak 16 kali ganda. Dr. Wang juga adalah CEO syarikat Double Insight Inc, yang telah menghasilkan banyak produk inovasi di US dan Kanada dengan kerjasama jenama dari China.
#2-Detik Malang Bagi Wang Jadi Penyebab Kejayaan
Pada tahun 2008, Dr.Wang telah ditendang dari syarikat perisian mesej telefon yag beliau asaskan bersama rakannya selama bertahun-tahun. Akibatnya, beliau kerap menghabiskan masa di rumah dan melakukan aktiviti seperti seorang suri rumah.
Beliau sering berusaha untuk memasak makanan yang sihat untuk anak-anaknya. Wang mengakui hal itu adalah antara perkara yang sukar untuk dia lakukan semasa berada di rumah.
Kerana hal ini, Wang terinspirasi untuk mencipta peralatan yang boleh memasak hampir apa sahaja yang beliau inginkan. Dua tahun kemudian, beliau mencipta Instant Pot pressure cooker, sejenis peralatan memasak yang pintar yang boleh memasak apa sahaja.
#3- Bagaimana Wang Mula Menempa Kejayaan
Wang telah melabur lebih daripada 300,000 US dollar bagi tujuan ini. Hampir 18 bulan diperlukan untuk untuk menghasilkan generasi model yang pertama dengan bantuan beberapa jurutera.
Selepas Amazon.com membuat jualan promosi untuk produk ini, mereka berjaya menjual sebanyak 215,000 produk dalam masa sehari. Walaupun sudah berjaya mencapai jualan tertinggi Amazon bagi kategori produk barangan dapur, Wang tetap memantau dari masa ke semasa akan komen-komen pembelinya agar beliau akan sentiasa menambahbaik kualiti produknya.
Pembeli “Instant Pot”telah membina laman komuniti Facebook mereka sendiri yang dianggotai oleh lebih 400,000 ahli yang sering bertukar resipi dan info masakan. Sehingga kini hampir 2 juta produk ini telah terjual di seluruh negara.
Wang terinspirasi daripada masalahnya dan digabungkan dengan pengetahuan sedia ada Wang menginovasikan produk yang dapat membantu mereka semua.
Kata Wang, “ Jika kita boleh letak hampir 10 pengesan pada telefon untuk pastikan ia dapat lakukan pelbagai fungsi, kenapa tidak kita letakkan lebih banyak pengesan untuk peralatan memasak untuk mempelbagaikan fungsinya.
Wang telah berkerja untuk syarikat telekomunikasi dari tahun 90-an hinggalah ke tahun 2000. Bagi Wang, pada awalnya dia merasakan mustahil untuk menggunakan teknologi tinggi dengan produk domestik kerana itu akan melibatkan kos yang sangat tinggi.
Tetapi mereka berjaya melakukannya dengan peralatan memasak elektrik yang membantu orang ramai untuk memasak dengan lebih cepat, senang dan sihat.
#4-Kelebihan Produk Dan Kekuatan Strategi Wang
Instant Pot boleh digunakan untuk memasak apa sahaja seperti daging, kacang, yogurt dan pelbagai masakan lain lagi. Produk ini ditambahbaik dari masa ke semasa contohnya dengan aplikasi Bluetooth.
Instant Pot digemari ramai kerana boleh mengendalikan masakan yang pelbagai yang selalunya menggunakan lebih daripada 7 peralatan. Produk ini boleh digunakan sebagai periuk nasi, untuk merebus, untuk menggoreng, pemanas, pengukus dan boleh juga digunakan untuk memasak secara perlahan.
Strategi pemasaran yang Wang gunakan adalah dengan memberikan produk ini secara percuma kepada blogger makanan dan chef terkenal untuk mengujinya.
Apabila Lazada bantu promosikan produk ini, maka bermulalah kejayaan syarikat ini hingga kini. Para pelanggan sukakannya kerana mereka boleh dapat kualiti masakan yang sama tanpa perlu berada di dapur sepanjang masa.
Perancangan terkini yang Wang dan syarikatnya Double Insight rancang untuk mengembangkan bisnes mereka adalah dengan menggandakan bilangan pekerja untuk menampung beban operasi. ‘
Wang juga bakal mengeluarkan produk-produk baru hasil inovasi ideanya. Apa yang pasti, Wang membayangkan konsep dapur pada zaman hadapan adalah dapur menggunakan produk-produk inovasi hasil rekaan mereka.