Samsung Balas Dendam Saman USD1 Bilion Apple

August 29, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Adakah kemenangan saman syarikat Apple terhadap Samsung sebanyak USD1 bilion menandakan kemenangan secara keseluruhan bagi pihak Apple?

apple vs samsung

Mungkin ya, mungkin tidak.

Dalam satu sumber berita, pihak Samsung dikatakan tiada masalah untuk membayar jumlah saman seperti yang ditetapkan. Namun mereka dengan baik hati mahu membayar secara wang tunai kepada pihak Apple.

30 Trak Dipenuhi Syiling 5 Sen

Lebih menarik, wang tunai itu akan dibayar menggunakan syiling 5 sen. Ini merupakan satu respon yang luar biasa daripada pihak Samsung kepada pihak Apple terhadap isu saman.

USD1 bilion dibayar dengan syiling 5 sen. Menurut sumber, dikatakan lebih 30 trak yang akan membawa kesemua syiling ini untuk dihantar ke pejabat Apple di California.

Adakah ini satu daripada cara Samsung membalas dendam kepada Apple?

Jawapan lebih lanjut mengenai berita ini, sila rujuk artikel yang diterbitkan oleh Memeburn.

Kredit: iPhone Life.


Komen (10)

  1. bukankah ade org kate cerita itu palsu? errr konpius dah..huhu

    p/s: KAFA pernah membayar duet denda Tan Sri Annuar dengan syiling kepada FAM 😀

  2. Artikel yang diterbitkan oleh Hoax? Mana ada sumber dari laman web Hoax, 😀

    Hoax tu kan rumor, salah paham dengan artikel pautan ni,

  3. persaingan dalam industri macam tu lah…masing2 niaga product yang sama…nak tunjuk kekuatan produk masing2..klu dah kebetulan buat product yang sama…tungulah saman menyaman…

Leave a Reply to azleen Batal (Cancel)