Salam & hai semua,
Selamat datang ke Majalah Niaga (dot) com. Syukur ke hadrat Ilahi kerana setelah bertungkus-lumus selama beberapa minggu, akhirnya pihak kami berjaya melancarkan laman blog keusahawanan ini.
Secara ringkas, Majalah Niaga merupakan salah satu projek Flarebiz Network yang diberi nafas baru. Sebelum ini Majalah Niaga dikenali dengan Majalah IM yang telah beroperasi semenjak tahun 2008 lagi.
Majalah Niaga ditubuhkan bagi menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. Untuk mengetahui sejarah kami dan pihak pengurusan, anda boleh membaca halaman tentang kami.
Hidangan Ilmu Yang Berkualiti Secara Konsisten
Pihak kami cuba untuk menyiarkan artikel keusahawanan secara konsisten setiap minggu. Mengikut perancangan kami, paling minima kami akan menyiarkan dua artikel keusahawan seminggu dimana masing-masing pada hari Isnin dan juga Rabu.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penulis Majalah Niaga di atas kerjasama yang diberikan. Kalau lebih lagi bagus la kan? Apa-apapun polisi kami hanya akan menyiarkan artikel-artikel yang berkualiti dan berinformasi sahaja.
Pihak kami dengan rasa rendah diri berharap agar anda dapat subscribe laman blog keusahawan ini dengan isi nama dan email di bahagian kanan blog ini supaya anda tidak terlepas sebarang ilmu keusahawanan yang sangat berharga.
Untuk mencapai matlamat tersebut, pihak kami memerlukan lebih ramai para penulis yang berdedikasi dan ikhlas untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai. Insyallah kita akan berusaha untuk mencapai situasi menang-menang. Jika anda berminat, boleh rujuk halaman penulis.
E-Majalah Secara Percuma Setiap 3 Bulan!
Oh ya, pihak kami juga telah merancang untuk mengeluarkan E-Majalah Niaga yang anda boleh download secara PERCUMA setiap 3 bulan. Buat permulaan, e-Majalah Niaga Edisi #16 akan dilancarkan pada bulan Mac ini.
Kandungan di dalam e-majalah tersebut masih belum diputuskan tetapi salah satu kandungannya ialah pihak kami akan sertakan temubual eksklusif dengan mana-mana usahawan berjaya yang dirasakan sesuai.
Sementara itu, anda boleh download e-Majalah Niaga edisi keusahawanan internet yang telah kami hasilkan sebelum ini di halaman download.
Itu sahaja entri pendahuluan daripada pihak pengurusan Majalah Niaga. Jika anda mempunyai sebarang cadangan ataupun plan kerjasama, boleh hubungi kami menggunakan ‘online form’ yang telah disediakan.
Doakan agar segala urusan Majalah Niaga dipermudahkan oleh-NYA. Semoga kita sama-sama berjaya. Salam usahawan!
P.S: Kami sangat berbesar hati andaikata anda dapat tinggalkan komen di bawah sebagai tanda pemberi semangat kepada pihak kami. Say hi! 🙂
wah tahniah dengan majalahniaga. mungkin ianya lebih luas skopnya berbanding majalahIM.
Rasanya boleh dikomersialkan untuk menguatkan lagi operasi.
Terima kasih Tuan Zool. Insya Allah, kami pihak Majalah Niaga akan sentiasa memberikan informasi keusahawanan terbaik, untuk para pembaca.
Salam sukses, salam perkenalan!
Tahniah!
Semoga kelahiran Majalah Niaga mengubat hati para perindu Majalah IM! 😉
Itu sasaran kami, malah lebih daripada itu. Terima kasih Tuan Zulfadli! 🙂
Syabas dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga tim MajalahNiaga. Saya doakan usaha kalian ini akan terus mendapat sambutan dan lebih ramai lagi yang akan berminat dengan dunia keusahawanan.
Semoga berjaya dan saya akan beri sokongan pada kalian warga kerja MajalahNiaga. All the best! 😉
terima kasih kepada hazwan atas sokongan anda. Kami juga ucapkan penghargaan kepada tuan Hazwan atas komitmen tuan di KomikNiaga. syabas kami ucapkan juga!
pergh mantop..xsabo nk dload..hoho
cepat2…
Download Majalah Niaga edisi yang mana ada dulu he he he!
aku dah download dah…tu pun tak habis baca lagi…hehehe.
skdr bahan bacaan di kala masa lapang.
congrats atas pelancaran dan penjenamaan semula. =)
Sama-sama. Toche-toche. Terima kasih juga di atas sokongan. 🙂
Taniah dengan pelancaran baru web majalahniaga…
Tahniah. Ini baru glokal 😉 good job!
TQ bob! good luck 🙂
Tahniah!! sy memang menanti2 kan..Harap ini pengganti majalahIM 🙂 psst..nk interview lagi bgtahu ye.keke
Terima kasih. Tentang temu ramah, itu sudah pasti Tuan Alif. Nantikan jemputan khas daripada pihak Majalah Niaga. 🙂
nafas baru alhamdulillah
semoga lebih bnyk jasa blh dsumbangkn kpd usahawan2 baru/lama,khususnya usahawan muslim
Terima kasih Tuan Saidin.
Insya Allah, pihak kami akan sentiasa berusaha untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat mengenai dunia keusahawanan, secara konsisten.
tahniah di atas kemunculan Majalah Niaga, semoga sukses selalu. 🙂
Terima kasih Tuan Mohd Isa, semoga sukses juga!
Salam,
Tahniah..moga dapat banyak info dari Majalah Niaga…moga barjaya…insyaAllah
Satu lagi usaha yang amat DIHARGAI bagi memantapkan lagi usahawan masa kini dengan perkongsian maklumat yang bermanfaat dan terkini
Salam
Syabas & tahniah ! Satu usaha hebat dari Team Flarebiz. Moga saudara-saudari akan mendedahkan lebih banyak tips untuk dikongsi bersama peminat & pelanggan setia
Ha, Majalah Niaga ( Majalah IM version 2.0 ) sudah muncul..semoga terus sukses meneruskan tradisi Majalah IM yang terdahulu …
Syabas dan tahniah kepada team Majalah niaga!
Moga terus dapat membekalkan informasi berguna kepada semua…..^^
mantop….lama tak dengar kabar majalah IM huhu
Tahniah
Semoga perubahan ini akan menyemarakan lagi dunia pernigaan internet di Malaysia ini. Saya juga doakan Majalah ini akan mendapat sambutan hangat. Mungkin majalah ini juga akan membuka ruang untuk IM menghantarkan artikel mereka.
tahniah,team flarebiz..bangga berada dlm komuniti ni..teruskan memberi semoga semua diberkati:-)
Syabas dan tahniah. Semoga usaha murni tuan-tuan inidapat dimanfaatkan oleh semua usahawan-usahawan internet dan juga mereka-mereka yang baru ingin memulakan bidang usahawan internet ini.
Saya doakan semoag suatu hari nanti majalah ini akan mendapat pengiktirafan diperingkat yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah!
Terubat juga hati yang merindui Majalah IM
🙂
tiada komen
Tahniah.
Semoga e-majalah ini akan berkembang lebih maju. Tahun baru, kandungan pun mestilah baru. Cover concept pun baru jugak lah…
always jealous dgn design keluaran Flarebiz nih. haha … geram btl!
Sangat bagus…dan teruskan usaha anda
Terima kasih
majalah digital yang terbaik pernah sy baca dlm bahasa melayu bagi para usahawan yg baru mahupun sedang bergiat aktif dlm bidang ni
Tahniah di atas kerana berjaya menerbitkan Majalah Niaga ini, semoga kita dapat memperolehi manfaat dari artikel-artikel yang disiarkan.
terima kasih tuan abooain. moga info disampaikan disini bermanfaat kepada tuan!
lama tunggu…akhirnya…semoga diteruskan lagi usaha yang mantap untuk keluaran akan datang
terima kasih cik puan noridah atas sokongan tak berbelah bahagi kepada pihak kami!
Mantap… terbaik…
Tahniah! Semoga kita semua mendapat ilmu yang bermanafaat dan barakah dari majalah niaga…
Terima kasih,
Moga ianya menjadi pemangkin kepada usahawan-usahawan yang menceburi bidang yang diminati.
tahniah team Flarebiz. Dgn wujudnya majalah niaga nie. Maka wujudlah 1 lagi bahan rujukan utk usahawan baru dan lama…
Terima kasih Tuan Razis. 🙂