Seminar Malaysia Internet Millionaires (MIM)

February 20, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Pada 25hb Februari 2012, pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) akan mengadakan sebuah seminar, yang menghimpunkan 5 orang usahawan Internet Malaysia dari pelbagai bidang.

Malaysia Internet Millionaires

Tujuan utama Malaysia Internet Millionaires (MIM) ini diadakan adalah untuk membantu rakyat Malaysia, bagi memahami perniagaan Internet dalam skop yang lebih luas.

Antaranya adalah:

  • Membuka minda tentang potensi perniagaan Internet.
  • Memberi sokongan terhadap individu atau organisasi yang telah menceburi perniagaan Internet.
  • Memberikan 1,001 idea untuk memulakan perniagaan Internet.
  • Mempercepatkan proses kejayaan dalam perniagaan Internet, menerusi perkongsian daripada usahawan Internet yang sudah berjaya dalam industri mereka.

Maklumat lanjut mengenai Malaysia Internet Millionaires (MIM):

  • Tarikh: 25 Februari 2012.
  • Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang.
  • Tempat: Menara Usahawan, Putrajaya.
  • Pendaftaran: RM50 (Klik di sini – Pendaftaran adalah TERHAD).

6 Penceramah Seminar Malaysia Internet Millionaires

Biodata Penceramah #1- Jamal (Pakar E-book)

Bekas Jurutera Awam di Jabatan Kerajaan ini sudah membuktikan potensi perniagaan Internet melalui penerbitan e-book. Hutang kad kredit beliau yang banyak menyebabkan beliau memilih untuk menjalankan perniagaan Internet.

Jamaluddin Bahari - Penceramah MIM

Sehingga kini, Jamal berjaya menjana pendapatan konsisten daripada e-book sehingga mencapai jumlah 6 angka setahun.

Bukan itu sahaja.

Beliau juga mempunyai bilangan besar anak didik yang turut berjaya meniru kejayaannya. Kebanyakan anak didiknya sudah berjaya mencapai pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Hanya dengan menulis e-book. Sebuah medium penerbitan digital tanpa kos.

Jika tuan dan cikpuan ingin belajar bagaimana untuk copy & paste rahsia kejayaan perniagaan e-book,  Tuan Jamal adalah individu yang dicari-cari.

Biodata Penceramah #2 – Ammar Zahar (Pakar Pelancaran Produk)

Adakah kita mempunyai impian untuk melihat akaun bank dari zero kepada 4 – 5 angka?

Ammar Zahar - Penceramah MIM

Lebih mengujakan, semua itu boleh berlaku dalam masa 1 hingga 2 minggu sahaja.

Semua itu boleh direalisasikan sekiranya kita mendengar perkongsian daripada Tuan Ammar Zahar, usahawan Internet muda yang mempunyai kepakaran dalam pelancaran produk informasi.

Beliau telah merasai nikmat 4 – 5 angka sebulan ini sejak dari zaman universiti lagi. Ketika mahasiswa lain sedang sibuk merancang pekerjaan mereka selepas tamat belajar, Ammar Zahar pula sedang berkira-kira untuk membina empayar perniagaan Internet.

Jika formula berkesan ‘pelancaran produk 5 angka‘ yang kita cari, maka hadirkan diri dalam seminar ini.

Biodata Penceramah #3 – Noorizam Shah (Pakar eBay)

Nama beliau dalam arena perniagaan eBay tidak dapat disangkal lagi. Pada tahun 2008, Noorizam Shah adalah individu berbangsa Melayu terawal yang mendapat pengiktirafan ‘eBay Education Specialist’ daripada pihak eBay.

Noorizam Shah - Penceramah MIM

Pengiktirafan ini menandakan beliau mempunyai kredibiliti yang tinggi, untuk mengajar orang ramai bagi menjana pendapatan lumayan menerusi laman lelongan online ini.

Pengalaman beliau dalam perniagaan eBay ini sahaja sudah lebih dari 6 tahun. Selain daripada itu, beliau juga telah melahirkan ramai usahawan eBay sepenuh masa.

Dan majoritinya menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan.

Mahu belajar formula untuk berjaya dengan eBay? Sertai Malaysia Internet Millionaires dan belajar terus daripada Tuan Noorizam Shah.

Biodata Penceramah #4 – Adly Mukhtar (Pakar Bisnes Dropship)

Anak muda kelahiran Kelantan ini adalah usahawan Internet Malaysia yang sudah mempunyai kredibiliti sejak beliau berusia 17 tahun lagi.

Adly Mukhtar - Penceramah MIM

Adly Mukhtar, merupakan pengasas syarikat Flarebiz Network. Sebuah syarikat teknologi maklumat yang mempunyai kepakaran, untuk membantu orang ramai menjana pendapatan 3 angka (permulaan) di Internet menerusi konsep bisnes Dropshipping.

Yang diberi nama Sinar Niaga.

Beliau telah membantu orang ramai dalam menyediakan produk berkualiti dan mempunyai permintaan tinggi, untuk dijual menerusi Internet.

Dalam masa sama, Adly Mukhtar merupakan penasihat kepada dua laman web usahawan terkemuka Malaysia iaitu:

Jika anda merupakan individu yang ingin menjana pendapatan di Internet dengan:

  1. Modal yang kecil.
  2. Keuntungan yang besar.
  3. Tanpa perlu simpan produk.
  4. Hanya lakukan promosi dan pemasaran.

Maka Adly Mukhtar adalah individu yang perlu anda jumpa dalam Malaysia Internet Millionaires, pada 25hb Februari 2012 ini.

Biodata Penceramah #5 – Gero Azrul (Pakar Bisnes Social Media)

Apa yang akan bermain di fikiran kita apabila menyebut perkataan ‘social media’?

Gero Azrul - Penceramah MIM

Facebook. Noktah.

Bagi pemilik perniagaan, Facebook merupakan satu lagi alternatif ’emas’ untuk mereka melonjakkan lagi keuntungan sehingga 80%. Ini kerana laman sosial ini dapat memudahkan perhubungan dan komunikasi di antara penjual dan pelanggan.

Justeru itu, siapa yang dapat mengajar kita untuk memaksimumkan pendapatan di Internet menerusi Facebook?

Tidak lain tidak bukan, Gero Azrul.

Beliau adalah individu yang mempunyai kepakaran untuk membantu meningkatkan kredibiliti, jenama dan jualan di Facebook, dalam masa kurang dari 1 bulan.

Jika anda adalah seorang pengguna Facebook, dalam masa masa, tercari-cari kaedah untuk buat duit menerusinya, maka pelajari ilmu yang betul daripada Tuan Gero Azrul.

Daftar Seminar Malaysia Internet Millionaires sekarang juga.

Biodata Penceramah #6 – Rahman Basri (Pakar Buat Duit Tanpa Modal)

Akibat daripada potensi menjana pendapatan di Internet tanpa modal, individu berkopiah ini memilih untuk tidak menjadi seorang guru yang memperoleh gaji pokok sebanyak RM2,000.

Rahman Basri - Penceramah MIM

Satu keputusan yang kurang bijak bukan?

Namun begitu, sehingga hari ini, Tuan Rahman Basri membuktikan berkali-kali, menjana pendapatan melalui affiliate dapat memberikan beliau pendapatan konsisten sebanyak 4 angka setiap bulan.

Affiliate – Bermaksud buat duit tanpa perlu modal. Kita hanya perlu mempromosikan produk orang lain sebagai agen di Internet.

Dengan wang hasil daripada affiliate, Rahman Basri dapat melunaskan impiannya untuk menunaikan umrah dan haji, bersama keluarga yang tersayang.

Bukan itu sahaja, beliau juga memperoleh banyak hadiah lumayan kerana sentiasa mengungguli carta agen yang paling banyak jumlah jualannya setiap bulan.

Hadiah yang diperolehnya sahaja bernilai lebih RM5,000+.

Ingin tahu bagaimana beliau melakukannya langkah demi langkah?

Dapatkan formulanya dalam Malaysia Internet Millionaires.

Adakah Saya Wajib Pergi?

Bagi menjawab persoalan ini, ketahui terlebih dahulu kita berada dalam golongan yang mana:

  • Golongan #1 – Saya ingin buat duit di Internet.
  • Golongan #2 – Saya ingin buat duit tanpa perlu keluar rumah.
  • Golongan #3 – Saya ingin menggunakan Internet untuk meningkatkan keuntungan perniagaan sedia ada.
  • Golongan #4 – Saya ingin mempromosikan servis freelance saya di Internet.
  • Golongan #5 – Saya pengedar MLM (Multi-level Marketing) dan ingin menggunakan Internet untuk menambahkan rangkaian bisnes.
  • Golongan #6 – Saya agen Takaful yang ingin menggunakan Internet untuk mencari lebih ramai pelanggan.
  • Golongan #7 – Saya ingin menjadi jutawan Internet menerusi amalan dan formula yang betul.

Jika anda berada dalam salah satu daripada golongan yang disebutkan di atas, maka ia bermakna Seminar Malaysia Internet Millionaires adalah sesuai untuk anda.

Daftar Malaysia Internet Millionaires

Kos pelaburan hanya RM50 sahaja.

Ia murah, berbaloi dan berpatutan jika hendak dibandingkan menerusi kelas personal coaching kelima-lima penceramah di atas, yang memerlukan kos sekitar RM2,500 untuk tempoh 3 jam.

Buat keputusan hari ini dengan menyertai Malaysia Internet Millionaires.

Ketahui rahsia dan formula mereka untuk berjaya dalam perniagaan Internet.

Jumpa kami (Tim Majalah Niaga) pada 25hb Februari 2012 ini!

>> Klik Untuk Pendaftaran (TERHAD!) <<


Tags: , , , , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?