ISI KANDUNGAN
Laporan Forbes yang telah dikemaskini menyenaraikan 10 pemilik bisnes lelaki terkaya di Malaysia bagi tahun 2014. Ramai antara pemilik bisnes dalam senarai ini turut tersenarai dalam 1,000 lelaki terkaya di dunia tahun 2014.
#1 – Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
Berumur 91 tahun
Jumlah aset terkini: RM38 billion
Syarikat utama: Kuok Group / Kerry Group
Sumber kekayaan terbesar: Gula, kelapa sawit, perkapalan dan hartanah
Beliau merupakan individu terkaya bertaraf billionaire di dunia tahun 2014 pada kedudukan ke 101. Syarikat beliau, Wilmar International turut tersenarai dalam syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.
#2 – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Berumur 76 tahun
Jumlah aset terkini: RM37.3 billion
Syarikat utama: Usaha Tegas, Astro, Maxis
Sumber kekayaan terbesar: Telekomunikasi
Dikenali sebagai pemilik bisnes dan dermawan. Berada pada kedudukan ke 102 dalam individu terkaya bertaraf billionaire di dunia tahun 2014.
#3 – Tan Sri Lim Kok Thay & Family
Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM21.5 billion
Syarikat utama: Genting Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Kasino
Kekayaannya diwarisi daripada ayahnya, Tan Sri Lim Goh Tong yang membangunkan Genting Group. Merupakan pengerusi dan CEO Genting Berhad.
#4 – Tan Sri Quek Leng Chan
Berumur 71 tahun
Jumlah aset terkini: RM21.1 billion
Syarikat utama: Hong Leong Group Malaysia
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan, hartanah
Beliau merupakan pengerusi Hong Leong Group Malaysia. Beliau mewarisi kekayaannya dari bapanya, salah seorang daripada 3 adik-beradik yang memulakan sebuah kumpulan perbankan yang kecil pada tahun 1920.
#5 – Tan Sri Teh Hong Piow
Berumur 84 tahun
Jumlah aset terkini: RM18.5 billion
Syarikat utama: Public Bank
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan
Beliau dilahirkan di Singapura. Merupakan pengerusi Public Bank Berhad di Malaysia. Mengikut laporan Forbes, beliau mendapat kedudukan ke 247 dalam senarai billionaire di dunia tahun 2014.
#6 – Tan Sri Lee Shin Cheng
Berumur 75 tahun
Jumlah aset terkini: RM14.2 billion
Syarikat utama: IOI Corporation Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawit, hartanah
Syarikatnya, IOI Corporation Berhad pernah disenaraikan oleh Forbes pada tahun 2012 sebagai syarikat minyak sawit dan pembangunan hartanah terbesar.
#7 – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM10.2 billion
Syarikat utama: AlBukhary Corporation Sdn Bhd
Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan penjanaan kuasa
Antara anak Melayu terkaya dalam senarai individu terkaya di Malaysia dan di dunia. Berada pada kedudukan ke 617 mengikut laporan Forbes bagi senarai billionaire di dunia.
#8 – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
Berumur 84 tahun
Jumlah aset terkini: RM8.9 billion
Syarikat utama: YTL Corporation
Sumber kekayaan terbesar: Pembinaan, hartanah
Merupakan pengerusi YTL Corporation. Syarikatnya, YTL Corporation dikenali sebagai antara syarikat terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi.
#9 – Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King
Berumur 79 tahun
Jumlah aset terkini: RM5.9 billion
Syarikat utama: Rimbunan Hijau Group
Sumber kekayaan terbesar: Pembalakan, media
Beliau adalah pengerusi Rimbunan Hijau Group, sebuah syarikat pembalakan yang ditubuhkan pada tahun 1975. Operasi pembalakannya di luar negara, iaitu dalam negara Papua New Guinea adalah yang terbesar di negara itu.
#10 – Tan Sri Dato Seri Vincent Tan Chee Yioun
Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM5.3 billion
Syarikat utama: Berjaya Corporation Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengurusan harta untuk loteri, makanan dan minuman
Beliau menguruskan Berjaya Corporation Berhad yang mempunyai pelbagai industri antaranya golf, harta, resort, dan perjudian yang dikenali sebagai Berjaya Group.
Seorang sahaja anak melayu yang ada. Tahniah buat Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Memang memotivasikan. 🙂
Most billionaire adalah lelaki. Fitrah lelaki – memimpin. Kebanyakan Cina. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sahaja satu-satunya anak Melayu. #nanges T_T
Rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu islam, tapi hampir keseluruhan yg disenaraikan golongan terkaya di Malaysia bkn dari orang Melayu Islam.
Memang kena nanges. Huhu
Alhamdulillah, masih ada lagi Tan Sri Syed Mokhtar dalam senarai, mudah-mudahan beliau tetap kekal dan membantu ramai lagi anak-anak Melayu untuk terus berjaya dalam perniagaan.
Kebanyakkannya orang cina….
Kalau kita perhatikan, antara cabang bisnes para billionaire ni ialah gula, telekomunikasi, kelapa sawit, perbankan, hartanah, pengangkutan dan media.
Sekarang cuba kita renung:
– ada tak antara kita yang langsung tak guna gula dalam pemakanan seharian?
– ada tak antara kita yang tak perlukan telefon/henfon/smartfon untuk berhubung dengan orang lain?
– kalau tak guna minyak masak (kelapa sawit), macam mana nak masak?
– rasa-rasanya sekarang ni ada lagi tak orang yang simpan duit dalam sarung bantal, bukan kat bank? 🙂
– semua orang ada impian untuk beli rumah sendiri kan?
– tanpa syarikat pengangkutan, agak-agaknya macam mana laa kita nak hantar barang ya..
– nak tahu perkembangan semasa, dah semestinya kita baca surat khabar atau tengok berita kat TV kan?
Kesimpulannya, rahsia untuk jadi billionaire – jual produk yang semua orang guna 😀
Slm, cmne nak download psl seo tu.. .tk de pun!
Assalamualaikum,
Kita harus bercita-cita mencapai dalam senarai di atas, demi mengambil tanggungjawab menjaga ekonomi ummah…
Wallahua’lam
Wassalam
nak jadi billionaire kene monopoli produk yang ramai orang guna…
Masih ada seorang anak melayu yang mampu bertahan.. moga semua ini berubah suatu hari nanti inshaAllah.
baru tau Tan Sri ada bisnes Gudang Senjata jugak
takkan nak harap pada kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar seorang untuk bantu orang Islam, kita mesti ada impian untuk kaya, paling utama usahawan Muslim mesti bersatu
kita kena bersatu supaya lebih ramai Tan Sri Syed Mokhtar di lahirkan, takkan nak harap dia sahaja untuk bantu orang Islam
bagaimana kalo orang melayu yang kaya sanggup menderma kepada PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKATAN USAHAWAN ISLAM SARAWAK.supaya dapat membantu orang islam kita maju dan bersaing dengan bangsa lain.dan juga diharap pihak kerajaan membantu sokong untuk orang kita mendapatkan lesen perniaga seperti AP gula,beras,tepung .barulah orang kita boleh maju.
bagaimana kalo orang melayu yang kaya sanggup menderma kepada PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKATAN USAHAWAN ISLAM SARAWAK.supaya dapat membantu orang islam kita maju dan bersaing dengan bangsa lain.dan juga diharap pihak kerajaan membantu sokong untuk orang kita mendapatkan lesen perniaga seperti AP gula,beras,tepung .barulah orang kita boleh maju.
Assalammualaikum, ini semua rezeki Allah swt…berkat usaha yang gigih dari O kini beliau menjadi idola semua orang Tan Sri Mokhtar. Alhamdulillah. Beliau bukan dari keluarga senang tapi sedekah, pertolongan dan usaha yang gigih beliau yang buat dia berjaya…..syabas Tan Sri. Kami sekeluarga akan berterusan berdoa untuk Tan Sri dan keluarga.