ISI KANDUNGAN
“Takkan Melayu Hilang Di Dunia..”
Begitulah antara kata-kata Hang Tuah yang menjadi pegangan usahawan Melayu untuk terus cuba menguasai kekayaan di Malaysia ini walaupun hakikatnya pada hari ini dipegang oleh bangsa lain.
Kata-kata seperti “Melayu Mudah Lupa” mahupun “Melayu Mudah Dijajah” langsung tidak melemahkan semangat para usahawan melayu untuk cuba menjadi kaya serta mengkayakan bangsa sendiri.Tidak dinafikan lagi bahawa usahawan Melayu juga hebat berniaga seperti bangsa lain.
Lihat sahaja di mana-mana tempat, usahawan Melayu tetap ada menjalankan perniagaan mereka sama ada perniagaan kecil mahupun besar tanpa mengira apa jua industri. Malahan ramai usahawan Melayu kini telah berjaya dalam perniagaan mereka di dalam dan luar negara. Ini menunjukkan bahawa “Melayu Hebat Berniaga!”
Dalam artikel kali ini, kami akan mengetengahkan 10 usahawan Melayu yang sangat hebat dan berbakat dalam perniagaan yang mereka ceburi dan merupakan 10 usahawan terkaya di Malaysia.
#1 – Syed Mokhtar Al-Bukhari
-
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia.
-
Dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary
-
Merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $2.75 bilion
#2 – Shahril & Shahriman Shamsuddin
-
Kedua adik-beradik ini merupakan antara bilionaire yang menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum.
-
Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut.
-
Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $1.05 bilion
#3 – Mokhzani Mahathir
-
Datuk Mokhzani Mahathir merupakan anak kedua mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum.
-
Dilahirkan pada Januari 1961, beliau merupakan naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana.
-
Merupakan orang ke-15 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $980 juta
#4 – Azman Hashim
-
Tan Sri Azman Hashim merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia.
-
Dilahirkan pada Julai 1939, beliau merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia.
-
Merupakan orang ke-17 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $810 juta
#5 – Kamarudin Meranun
-
Datuk Kamarudin Meranun merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia.
-
Merupakan rakan kongsi Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001.
-
Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $635 juta
#6 – Ahmayuddin bin Ahmad
-
Merupakan pengasas bersama yang memegang saham sebanyak 17% dalam Westport Malaysia, terminal terbesar di Pelabuhan Klang.
-
Kini berusia 56 tahun, beliau merupakan Pengarah Westport Holdings Sdn Bhd dan Pengarah Kuala Lumpur Sentral.
-
Merupakan orang ke-32 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $315 juta
#7 – Eleena Azlan Shah
-
YAM Raja Eleena Sultan Azlan Shah merupakan anak perempuan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
-
Dilahirkan pada 3 April 1960, beliau merupakan Pengarah syarikat Gamuda yang merupakan sebuah syarikat pembinaan terbesar di Malaysia.
-
Merupakan orang ke-41 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $200 juta
#8 – Abdul Hamed Sepawi
-
Datuk Abdul Hamed Sepawi merupakan antara tokoh dalam industri pembalakan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan hutan.
-
Berusia 64 tahun, beliau merupakan Pengerusi Naim Holdings Berhad, Sarawak Energy Berhad, and Ta Ann Holdings Berhad.
-
Merupakan orang ke-43 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $167 juta
ย #9 – Nazir Razak
-
Dato’ Seri Mohd Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak dan merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib.
-
Dilahirkan pada tahun 1966 di Kuala Lumpur, beliau merupakan tokoh perbankan yang mengetuai bank ke-5 terbesar di ASEAN, CIMB. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan & CEO CIMB Group.
-
Merupakan orang ke-49 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $147 juta
#10 – Hamdan Mohamad
-
Tan Sri Hamdan Mohamad merupakan antara tokoh usahawan Melayu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dalam industri pembinaan dan insfrastruktur.
-
Berusia 57 tahun, beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Presiden dan CEO Ranhill Berhad yang menguasai 56.9% pegangan saham syarikat.
-
Merupakan orang ke-50 terkaya di Malaysia.
-
Jumlah Kekayaan: $145 juta
entri post ini berjaya membakar semangat anak melayu seperti saya ๐
Azri Johan, kamu belajar dibawah tajaan Petronas kan?
Konfem boleh kaya + berjaya nanti.
InsyaAllah … nanti jangan lupa infak “sedekahkan” harta pada rakan blogger ya. ๐
yeke ..hahahu …hebat la jgk ..awk nie p0n .nk kaye jgk cm diorang knkn..tk kaye p[0n bersykur .
saya pun baru nk mengenali ๐
pehh..adik najib pun ada..
patut masukkan rosmah sekali..cincin die je da buat layak tempat keberapa ntah ni..hehe
tul tu..
Bayak kroni.jer..
Tp tak pe la asal melayu..
Ada bukti ke?,
Kalau tak pasti jangan cakap. Kalau tak betul namanya fitnah. Kalau betul namanya mengumpat. Kalau hang tau rosmah buat salah kenapa tak tegur atau sekurang2nya doa agar dia berubah. Bukankah itu selemah-lemah iman. Lebih baik ada iman walaupun lemah daripada asyik menjaja cerita orang. Takut2 langsung takde iman
Alhamdullailah patut brrsyukur.Sebgai org islam jgn ada skp dengki , Melayu jatuh sbb sikap ini. Cina terkaya x ada pun Melayu dengki.
Dengki menjadikn melayu bila berniaga gagal.. dengki tgk kwn maju bila brtniaga..fikir2 la..
Buang jauh2…berdih hati..kalau diorg bt x betul tu dia dgn Alllah..kita buat kerja srndiri
Agar brrjaya…..
Aikk? Mana nama ambo?? hehehe
secara peribadi saya ada dua perasaan bila baca artikel ni, pertama semangat membakar utk jadi mcm diorang. kedua, risau sebab org melayu kebanyakannya suka iri hati dan berdengki sesama bangsa
salam, kalau di #11 insyallah tersenarailah saya, hehehe ๐
ada mentor & sistem yg hebat, insyalllah blh jd LEBIH HEBAT dari mereka ๐
Jihad ekonomi merupakan salah satu cabang jihad.
Apabila kaya dan berharta, makin banyaklah harta tersebut dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Makin ramailah dan banyak zakat dapat ditunaikan.
Menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya, InshaAllah !
Alhamdulillah.
Ramai juga jutawan MELAYU. Moga makin ramai di masa akan datang. Amin…
InsyaALLAH lepas ni lebih ramai lagi anak melayu yang akan berjaya dalam perniagaan
Alhamdulillah. Didoakan semoga mereka lebih kaya da berjaya.
Alhamdulillah…pekongsian terbaik sebagai sumber inspirasi buat anak2 melayu-islam.
Saya ada beberapa kawasan balak nak dijual, macam mana nak kontek Encik Abdul Hamed Sepawi, ada sesiapa bolih tolong. tk
Suka tgk orang Islam kaya2..alhamdulillah kalo kaya..
Saya doakan biar semua peniaga menjadi jutawan..kerana 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan,belum ada yang makan gaji jadi jutawan!..
Saya juga terasa untuk lebih kuat berusaha agar dapat meletakkan nama di kalangan berstatus J pun ok lah..
wah sgt teruja..tringin nak jd seperti mereka..sape2 yg ada ilmu tolongla tunjukkanku jalan nak buat bisnes sama
Jom sertai Seminar anjuran Richworks International Sdn Bhd. Banyak ilmu yg Dr Azizan Osman curahkan untuk berniaga.
Terima kasih kerana menyediakan kajian ini. Sangat bermakna untuk di teladani.
Alhamdulillah kerana ramai dah yang jadi Jutawan di Malaysia ni. Harapan agar Tan Sri Syed Mokhtar dapat memantau sendiri lebih kepada Syarikatnya kerana ada di antara Organaisasi tersebut yang mendapat keuntungan tapi agihan limpahannya tak di rasai adil olih gulungan bawahan. Harau pantau pelaksana agar membuat agihan yang adil jgn memeras tenaga mereka sahaja. Semoga rezeki yang Tan Sri perolihi lebih di berkati Allah. Insyallah.
Alhamdulillah…semoga kita semua mampu jadi seperti mereka…lakukan perubahan hari ini..untuk kejayaan hari esok..takut untuk mencuba adalah kekalahan hari esok…
Mohon pihak majalah niaga tulis tentang usahawan Melayu yang tak glamour sangat tapi bermula dari bawah without any cable macam ramly burger dan otai burger. Pada hemah saya banyak yang boleh kami belajar dari orang orang seperti ini.
Sumber inspirasi untuk terus memajukan diri. Terima kasih berkongsi ๐
alhamdulillah..moga2 lagi ramai bangsa melayu islam akan tersenarai kesemua top 100 terkaya malaysia suatu hari nanti…insyaallah..
Terimakasih majalah niaga kerana terus memberi inpirasi.
Membakar semangat untuk berniaga dan terusberniaga.
Bagi yg belum pernah berniaga atau yg nak tambah perniaga sila whats app atau sms saya 0134017705. in sya Allah saya akan membantu dari segi ilmu mentor sistem platform skill. Amiiiiinnn
alhamdulillah.. semakin byk usahawan melayu yg berjaya .. jom jadi seperti mereka.. berazamlah dari sekarang…
assalamualaikum
wah semua hebat-hebat, di tangga bawah 100 paling kaya.
kalau boleh kalahkan sebahagian hartawan dari bangsa lain.
insya-Allah berjaya
Menjadi sumber ispirasi dan semangat untuk semua orang dan juga saya.Mari kita jadikan mereka yang telah berjaya sebagai idola.
Sy bangga melayu kaya raya ,,, sy harap lah pada mรกsa hadapan bnyak lg cam ni ,, harap2 orng melayu dapat menakluk semua ekonomi dimalaysia semula
Tokoh tokh melayu cam ni yg banyak memberi sumberi lmu inpirasi kepada kami anak. Muda terus berjaya,,,
Bersyukurlah. Moga2 harta 2 dapat membawa ke syurga
semua ini allah yg kuasa Nye so kita tk perlu salah2 kn orang kerna yg lagi kaye d`atas sane ..sye bukn nk ,,mengata kn tokoh2 orang yg terkaye d`malaysia .tpi org2 yg berjye kaye tuh alhamdulillh `TERBAIK LA`
usaha tangga kejayaan…kita semua mampu menjadi kaya asalkn kita berusaha dengan gigih serta bersemangat utk menjadi yg terbaik serta sentiasa kena la bersyukur kepada allah tanpanya kita x kn berjaya,sentiasa la berdoa kpd allah amin……….semoga allah memberi kita rezeki di dunuia dan akhirat amin…..
Kroni je y banyak jd kaya camni…..
salam.syukur,semoga org melayu terus maju…
Dah kaya tu, ingat-ingat lah orang susah. Bantu yang mana patut…..Malaysian always a step ahead..syabas.com
betol8x jgn asik ckp pasal org je.diri sendiri kena berusaha kalau nak jadi kaya.kalau asik cerita hal org lain je bkn boleh kaya pun kan…..jadi uyuh kita berusaha,dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan kan….
yg kaya terus menjadi kaya….yg susah bertambah susah. kdg2 dah mcm2 usaha tapi masih belum berjaya.kepada yg sudah kaya dan berjaya bantu2 lah anak2 melayu!!!! Cuba renungkan kemana kah arah anak melayu kita????jadi kan lah anak melayu kita berjaya…..apaakah kita tidak bangga bila melihat ramai anak melayu kita berjaya apatah lg dibumi kita malaysia yg tercinta….
suka sangat dengan orang melayu yang Berjaya , ๐
Cakap tak cukup, try korang pikir.. Kat sini ade berapa banyak dah komen, kalau seratus, then setiap org tu invest rm1k, dah dapat rm100k, kalau each 2k??,then semua ambil bahagian, buat company, boleh ker??, tengok .. Kalau taknak bersatu sampai bila kita takkan maju, kalau korang dapat hidup lagi 10 tahun, aku jgk, aku cabar, name aku ade dalam list forbes 40 palimg kaya kat malaysia, baru ade fight, amacam??, sape ade bran??, huhu
Rasanya ramai lagi usahawan Melayu yg tidak diwar-warkan kekayaannya..bangga melihat semakin ramai orang Melayu tersenarai dalam golongan kaya dan berada ini..harap jangan dilupakan anak bangsa yang masih ramai perlukan pembelaan dan bergelut dalam arus pembangunan yg semakin pesat agar tidak terus ketinggalan..
Kita doakan semakin ramai anak melayu yang berjaya dan yang penting diredhai. Insha Allah.
cuma masih belum top10 lagi, hope tahun makin hebat
Alhamdulillah, banyak di kalangan kita yang makin berjaya.
Semoga semakin ramai lagi usahawan Melayu menjadi kaya dan berjaya agar dapat membantu sesama bangsa dan agama untuk turut sama kaya dan berjaya..in sha Allah..
InsyaAllah ,, suatu hari nanti saya akan menjadi salah satu antara mereke ๐
#aamiin
Insyallah tahun 2015 lebih ramai lagi muka2 baru dalam dunia perniagaan menjadi jutawan.. thanks atas perkongsian ini..
bleh tlong kh,mcm mna mau jdi usahawan yg maju….spa yg sudi…..pm jk ne no hp ku..0148565149
Alhamdulillah….. murah rezeki mereka. Harta banyak maknanya banyak tanggungjawab kpd saudara se Islam. Setiap sen yg ada, kelak akan ditanya daripada mana datangnya dan ke mana dibelanjakan.
Semoga Allah SWT murahkan rezeki kita semua …
korang pun boleh kaya kalau berusaha..
Ada pluang cam nikan bagus…
Insya Allah, semakin berkobar-kobar saya nak bangunkan bisnes. Terima kasih admin.