Seni Copywriting – Nadi Kejayaan Pemasaran Anda

April 24, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Perniagaan yang tidak mengamalkan amalan pemasaran yang baik bermungkinan besar akan sukar untuk bertahan lama walaupun pada awalnya perniagaan tersebut berjaya menghasilkan jualan yang besar. Pemasaran bukan sekadar menghasilkan jualan tetapi ianya jauh lebih besar dari itu.

 tarik pelanggan

Proses pemasaran ini bermula dari bagaimana kita mampu menarik orang yang tidak kita kenali ataupun kita boleh gelarkan kelompok ini sebagai SUSPEK untuk menjadi satu kelompok yang berpotensi kita transformasikannya menjadi PELANGGAN kita. Golongan ini kita namakan sebagai PROSPEK.

Senaraian PROSPEK ini merupakan mereka yang mempunyai potensi besar untuk menjadi pelanggan kita dan dengan kata lainnya mereka sangup mengeluarkan wang mereka untuk diberikan kepada kita sebagai tukaran kepada apa yang kita pasarkan kepada mereka.

Dalam proses amalan pemasaran yang betul ianya tidak sekadar untuk menghasilkan jualan semata-mata. Bukan sekadar memiliki senaraian pelanggan sahaja tetapi bagaimana pelanggan-pelanggan yang telah melanggan dengan kita mampu kita bawa mereka untuk terus berurusniaga dengan kita lagi dan lagi.

Secara umumnya inilah proses pemasaran yang bukan sekadar menghasilkan jualan malah bagaimana kita mampu mencipta jualan secara berulang dari pelanggan yang sama. Ini kerana ianya mampu memanjangkan hayat perniagaan kita.

 

80% Dari Keuntungan Datang dari 20% Pelanggan

Melalui hukum ‘Pareto’ sendiri menyatakan bahawa 80% dari keuntungan perniagaan datangnya dari 20% jumlah pelanggan kita dan 20% pelanggan inilah merupakan pelanggan berulang kita.

Berjabat tangan orang Malaysia

Dari mencari prospek, menukar prospek menjadi pelanggan dan dari pelanggan menjadi pelanggan berulang ianya merupakan satu proses secara berurutan bermaksud sebelum kelompok ini menjadi kelompok pelanggan berulang mereka harus melalui proses menjadi prospek dan pelanggan terlebih dahulu.

Persoalannya sekarang bagaimana untuk melakukannya ?

… dan bagaimanakah mengikut turutannya kita mampu mengubah dari seorang suspek dan menjadikannya sebagai seorang pelanggan berulang kita ?

 

Memiliki Jentera Pemasaran

Ini dapat kita lakukan dengan memiliki jentera pemasaran. Insan-insan yang bukan sahaja mampu membawa pulang hasil jualan yang tinggi malah mampu melakukan kerja pemasaran bagi pihak kita.

Bagi syarikat-syarikat yang besar yang mempunyai modal yang besar ianya tidak akan menjadi satu bebanan yang besar untuk menggajikan seorang atau mungkin beberapa orang untuk menjadi juru pasar untuk melakukan kerja pemasaran.

Bagi perniagaan yang dijalankan secara individu atau dengan kata perniagaan kecilan untuk menggajikan juru pasar atau juru jual bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ianya memerlukan jumlah tanggungan ‘overhead’ yang tinggi.

Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut penggunaan hasil-hasil ‘copywriting’ mampu menyediakan jentera-jentera pemasaran dan jualan tanpa perlu kita mengupah atau menggaji jurupasar atau jurujual.

 

‘COPYWRITING’ – Satu Penyelesaian

‘Copywriting’ adalah apa sahaja hasil yang dihasilkan tidak kira dalam bentuk visual atau penulisan atau gabungan kedua-duanya sekali bagi tujuan pemasaran dan jualan. Hasil-hasil copywriting ini termasuklah pelbagai jenis iklan tidak kira secara bertulis, bergambar, gabungan penulisan dan gambar, audio mahupun video.

emel premium

Penggunaan pelbagai bentuk iklan secara dinamik mampu menarik suspek di pasaran untuk menjadi kelompok prospek kita. Penggunaan hasil penulisan surat jualan pula mampu melakukan kerja menjual dan di sini kita mampu membina senaraian pelanggan.

Kebolehupayaan hasil-hasil ‘copywriting’ ini bergantung kepada strategi pemasaran yang diambil serta kualiti penulisan yang tinggi. Penulisan hasil copywriting yang baik adalah penulisan yang mampu menggerakkan setiap sasaran kelompok sasaran untuk bertindak seperti mana yang kita mahu mereka bertindak.

Dengan menguasai ilmu-ilmu copywriting, anda mampu mengubah setiap yang membaca iklan anda kepada pembeli dengan lebih efektif!

 

(Sumber gambar: Dell)


Tags: , , , ,

Komen (6)

  1. Terima kasih,,artikelnya sangat bermanfaat buat saya dan semoga berguna pula untuk pembaca yang lain.salam

  2. sgt tepat..info yg bermanfaat.. ilmu copywriting ni ibarat jantung dan enjin dalam pemasaran..kalau tak tepat penggunaan ayat dalam jualan jangan harap mampu menjual walaupun produk bagus.

Leave a Reply to leny Batal (Cancel)