Seni Memahami Pembaca Blog – Kenal, Beri dan Cinta

July 25, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Soalan-soalan yang berkaitan dengan ‘bagaimana untuk menghasilkan lebih banyak trafik ke blog’, masih lagi berlarutan sehingga hari ini. Pemiliknya tertanya-tanya, apakah rahsia sebenar disebalik blog yang mempunyai jumlah pembaca yang luar biasa?

menjana trafik ke blog

10,000 pelawat, 100,000 pelawat. Ia menjadi salah satu ukuran kejayaan sebuah blog. Oleh sebab itu kebanyakan pemilik blog berusaha untuk mencapai matlamat ini. Tetapi majoriti mereka terlupa, bukan jumlah pelawat yang perlu kita kejar. Tetapi…

Jumlah Pembaca yang Perlu Kita Kenal

Kenapa tidak? Pembaca ini adalah manusia. Sebagai seorang manusia, mereka inginkan perhatian. Firdaus Latib bukan robot. Titan bukan anak patung. Amanz bukan gajet iPhone 4. Mereka semua ini manusia. Hamba Tuhan yang sentiasa membuka hati dan fikirannya untuk berkenalan dengan manusia yang lain.

Inilah teras blogging yang sering dilupakan. Hakikatnya, apabila kita mula memahami siapa pembaca kita, mereka sendiri yang akan mempromosikan pautan blog kepada rakan yang lain. Seperti kata Abdullah Gymnastiar dalam video ‘Etika Bisnis di Masa Krisis’.

“Tidak ada iklan yang baik, kecuali kepuasan orang lain.”

Apakah yang menyebabkan kita menghebahkan tentang blog Majalah Niaga kepada rakan-rakan yang ingin belajar ilmu bisnes? Kerana blog ini memenuhi keperluan pembacanya. Majalah Niaga sentiasa berusaha untuk menjadi pusat, bagi individu-individu mendapatkan informasi bisnes yang lebih komprehensif dan praktikal.

3 Kunci Seni Memahami Pembaca

Berhenti sebentar daripada membaca blog yang membincangkan isu membawa trafik masuk ke blog. Mari kita berhenti sejenak daripada membuat keputusan untuk membeli ebook mengenai trafik. Bukan kerana semua itu dusta, tetapi kita mahu kuasai asasnya.

Tuan dan puan yang sentiasa dimuliakan Tuhan, untuk memahami pembaca, kita perlu memahami seninya dahulu. Terdapat tiga kunci seni yang perlu dikuasai, iaitu:

  • Mengenali mereka.
  • Memberikan apa yang mereka mahu.
  • Mencintai mereka sepenuh hati.

Bagi memahami seni yang pertama, yakni memahami pembaca. Kita perlu kenal pasti terlebih dahulu lubuk-lubuk mereka berhimpun. Ini bertujuan melihat cara komunikasi, mengenal pasti keperluan mereka dalam setiap diskusi, dan mewujudkan solusi yang dicari-cari menerusi blog kita.

Aktiviti – Survey Di Forum

Layari forum yang berkaitan dengan niche. Kemudian lihat interaksi sesama mereka. Pelajari, hayati, fahami dan belajar untuk membawa inovasi. Gunakan cara ini untuk mengenali pembaca kita dengan lebih rapat.

Forum wangcyber

Sebagai contoh, apabila melayari forum Wangcyber, kita dapat lihat majoriti pengguna forum mempunyai masalah untuk memahami kaedah buat duit online. Dengan memahami situasi mereka, kita boleh wujudkan sebuah blog yang mendiskusi mengenai topik-topik berikut:

  • Menyediakan panduan langkah demi langkah untuk buat duit di internet.
  • Menyediakan informasi berasaskan infografik, bagi memudahkan pemahaman mereka mengenai topik ini.
  • Wujudkan video blog, bagi menunjukkan langkah-langkah buat duit di internet secara visual.
  • Senaraikan nama individu yang sudah berjaya di internet. Kemudian lakukan temubual khas bersama mereka bagi menjawab persoalan ini.

Apabila kita berjaya memenuhi keperluan pembaca. Ini secara tidak langsung mencerminkan kredibiliti kita sebagai pemilik blog.

Memberikan Apa yang Mereka Mahu

Pemilik blog adalah penambah saham akhirat. Semakin banyak kita berkongsi, semakin tinggi nilai pahala yang dapat kita kumpulkan. Inilah visi dan misi kami ketika membangunkan blog Majalah Niaga, bagi memandaikan bangsa dengan kupasan isu-isu perniagaan dan keusahawan.

berikan apa yang mereka mahu

Malah kami sanggup melaburkan wang setiap bulan untuk bekerjasama dengan penulis-penulis buku bisnes yang hebat, supaya mereka dapat menyalurkan ilmu menerusi blog ini.

Bagi menetapkan diri untuk sentiasa memenuhi setiap keperluan pembaca memang ada cabarannya. Tetapi kita harus ingat, bukankah perbuatan memberi ini dipandang mulia di mata Tuhan?

Mari kita sama-sama selami hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmidzi. Rasulullah pernah bersabda;

”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Mencintai Mereka Sepenuh Hati

Apabila kita mencintai Tuhan, kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Kita tidak akan mencipta sebarang alasan untuk memungkari arahannya. Begitu juga dalam seni memahami pembaca, kita harus mencintai pembaca kita.

sayangi dan cintai pembaca

Mencintai pembaca akan merapatkan hubungan kita dengan mereka. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan menghadiri mana-mana seminar yang berkaitan dengan topik blog kita. Hadir dan sapa para peserta di sana, kenalkan blog kita kepadanya. Nescaya apabila mereka melawat sendiri blog kita, mereka akan merasai kedua-dua seni sebelum ini.

Kita juga perlu sentiasa menambahkan kenalan. Jangan terhad pada 1,000 pembaca. Sentiasa mencari kaedah untuk mencari lubuk kenalan baru. Kita sendiri harus memulakan tugas untuk mencari mereka terlebih dahulu.

1001 Persoalan Trafik Akan Dibongkarkan

Semoga ketiga-tiga seni memahami pembaca blog yang dikongsikan ini dapat membantu kita memahami asas blog dengan lebih mendalam. Dalam kesempatan ini juga, kami ingin merwar-warkan sebuah ebook yang diberi nama ‘Formula Blogging’ akan dilancarkan pada bulan Ramadhan ini.

Ebook ini akan membongkarkan kaedah yang kami gunakan sehingga hari ini, bagi mencapai lebih 10,000 pelawat dalam jangka masa kurang 6 bulan, tanpa memerlukan sebarang kos. Nantikan, hebahkan dan dapatkannya sebaik sahaja ebook ini diterbitkan.


Tags: , , , , , ,

Komen (31)

  1. terima kasih atas maklumat yang diberikan.Satu maklumat asas yang penting tapi terlupa untuk amalkan terutamanya macam saya orang baru dalam internet ini.Kena tunggun ebook baru ni.Nanti war2 kan kepada semua.

  2. Bila membaca artikel Tuan Aqif, memang perlu berlapang dada untuk serap semua mesej-mesej positif yang terkandung. Satu entri yang sangat membuka mata dan minda. Dan tak sabar menanti Formula Blogging yang disebutkan itu 🙂

    1. Terima kasih Cikpuan Shafina Bazilah. Bait-bait penulisan cikpuan juga apa kurangnya. Mudah-mudahan ebook ini akan dapat diterbitkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih atas sokongan. 🙂

  3. rahsia yang tak didedahkan dan tak diketahui oleh ramai blogger. memang seni sangat penting dalam dunia blogging dan niat awal berblogging akan memainkan impak besar pada masa depan.

  4. Ikhlas..Jujur & bijak bermain dgn emosi..
    Thanx Bro Aqif.. mmg sangat ‘terkesan’ ke dalam hati, artikel kali ni.. smpai saya terpanggil utk bg komen di sini (sebelum ni mmg tak pernah bg komen M.Niaga)..

  5. Sesunggahnya seni & ilmu itu sangat penting dalam kerjaya blogger, terima kasih Bro Aqif, membuatkan saya lebih bersemanyat untuk berblogger walaupon masih baru..

  6. salam.saye adlh ‘org baru’ dlm dunia maya ini..dan mungkin saye adlh org yg ke 100 001 dlm blog anda..dan baru belajar mengenal dunia siber.sangat3x berminat dgn ebook, bisnes online dsb..but i have to find out and grab the opportunity and knowledge before i start something new for me. Anyway, i am very proud of all person that involve in this. GOOD LUCK! for us.

    1. Terima kasih puan. Puan boleh jadikan blog ini sebagai sumber utama bagi rujukan dunia bisnes, khususnya bisnes internet. Mudah-mudahan ia dapat membantu. 🙂

  7. Apakah blog aku tiada niche maka jarang dikunjungi, atau tiada promosi maka ia kurang dikenali? Wajib ikut saranan Tuan Aqif ini, baru senang di hati kerana blog aku akan terkenal nanti.

  8. emm da lame dpt emel pertaining ths tips but then baru la ni sempat bace (cmla bz sgt :P) ape2 pun… err mmg terkesan betulla penulisan tuan aqif… mmg ape yg kita sampaikan dari hati akan sampai kehati jua…:) huhu… emm teringat quote dlm novel yg sy bc ‘hiduplah untuk memberi sebanyak2nya bukan menerima sebanyak2nya’ tq atas sharing yg sgt bermanfaat ni, moga usaha kalian mendapat redha Allah.. amin..

  9. kadang2 orang lupa didalam memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. mereka hanya syok sendiri didalam menyampaikan ilmu mereka.. hurmm..

  10. Terima kasih untuk informasi yang amat berguna ini. Kadang-kadang kita sendiri terlupa tentang siapa subscriber kita bila mailing list dah terlalu besar dan kita cuma gunakannya untuk menghasilkan jualan sahaja.

    Zamri Nanyan

    1. Terima kasih Tuan Zamri Nanyan. Terharu saya apabila melihat komen tuan dalam entri ini. Terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong kami. 🙂

Pendapat anda?