Seni Mengenali Prospek Bisnes Anda Di Internet

September 08, 2014 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Perniagaan

Perkara pertama yang sering ditekankan dalam pemasaran, jualan adalah tentang mengenali pelanggan.

“Tak kenal maka tak cinta.”

Itulah ungkapan manis pepatah Melayu yang dicipta oleh nenek moyang kita dulu-dulu. Juga ungkapan yang hampir sama maksudnya dengannya adalah;

“Hanya jauhari yang mengenal manikam.”

Apa yang kita dapat belajar daripada dua pepatah ini? Dalam perspektif hidup sebagai manusia biasa, sudah tentu pepatah ini sangat dekat dengan kehidupan kita di dalam membina hubungan sesama manusia.

Namun, dalam artikel ini, saya lebih berminat untuk mengulasnya dalam perspektif bisnes. Mari kita lihat situasi ini, bayangkan anda di dalam LRT (Light Rail Transit) dan tiba-tiba datang rasa dahaga yang amat sangat. Selepas 2 minit, tren yang anda naik tiba di stesen tujuan anda. iklan-di-trainDalam perjalanan keluar dari stesen LRT, anda nampak satu iklan billboard di dinding stesen LRT bertulis:

“Air minuman TEGUK PERKASA™, sekali teguk hari-hari mahu – terlajak cair!”

Bersama iklan tersebut terpampang gambar model yang juga pelakon kacak masa kini, Aaron Aziz (bukan nama sebenar) sedang meneguk air tersebut. Gulp! Bunyi pertama keluar dari kerongkong mulut anda. Tanpa membuang masa, anda terus ke kedai runcit berhampiran untuk mendapatkan sebotol minuman yang sama.

Anda biasa dengan situasi ini? Situasi seperti ini berlaku setiap saat, setiap minit, setiap jam, dan setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Orang yang dahaga, sudah tentu tidak akan pergi ke kedai menjual makanan kucing untuk menghilangkan dahaganya.

Begitu juga orang yang sedang ‘sakit perut’, dan perlu menjawab panggilan alam secepat yang mungkin, sudah tentu akan mencari tandas yang paling dekat dengannya untuk melunaskan ‘urusan’ tersebut.

Maaf andai contoh sebentar tadi agak ekstrem, apa yang saya nak sampaikan adalah;

“Kenal dulu prospek anda sebelum mula menjual kepada mereka.”

Cara Mengenal Pelanggan Dengan 5W 1H

Apabila bercerita soal ini, maka timbul pula soalan, “bagaimana?”.

Soalan sebegini boleh dijawab dengan menggunakan konsep 5W1H. Kalau dalam training yang berkaitan pengucapan awam, elemen 5W1H ini adalah salah satu perkara yang sangat ditekankan untuk menjadikan ucapan kita lebih bermakna kepada audiens.

Dan kita boleh guna perkara yang sama di dalam mengenali prospek kita.

#1 – Who (Siapa)
#2 – Where (Di mana)
#3 – What (Apa)
#4- When (Bila)
#5 – Why (Kenapa)
#6 – How (Bagaimana)

Kredit foto: Dell Official


Tags: , ,

Pendapat anda?