ISI KANDUNGAN
Kata penulis buku What Your Body Says, Sharon Sayler, βApabila bahasa badan selaras dengan apa yang kita sebutkan, kita dapat mencapai apa sahaja matlamat yang kita inginkan.β Kesannya pelanggan seolah-olah tersihir.
Bahasa badan yang betul menjadi tanda kita layak ditawarkan kontrak bisnes. Justeru dalam usaha mempromosikan produk, strategi menjalin kemesraan menjadi perkara pokok. Seni bahasa badan membantu kita membentuk kemesraan dengan pelanggan.
Selain itu, bahasa badan menjadi penentu kejayaan kita memujuk prospek. Apabila kita bertemu buat kali pertama, hulurkan tangan bagi bersalaman. Ia teknik bagi mengizinkan kita memasuki wilayah orang lain.
#1-Kaedah Memanipulasi Emosi Prospek
Genggaman tangan yang erat tetapi mesra adalah kaedah bagi menyentuh seseorang secara fizikal. Apabila kita sudah mesra secara fizikal, baharulah kita dapat menyentuh seseorang secara emosional.
Sepanjang perbualan, sentiasalah dalam postur terbuka. Tiada anggota badan disilangkan. Kekalkan kontak mata di sekitar kawasan mata ke dahi.
Selain itu, apabila kita duduk bersama-sama prospek, apa sahaja objek yang berada di atas meja menjadi penghalang komunikasi. Jurujual yang berkesan berkomunikasi secara terbuka, berdepan dan tidak berhalangan.
Di samping itu, tambahkan kesan visual semasa kita membuat penjelasan tentang produk kita. Contohnya, semasa mengira bilangan, sertakan dengan pergerakan jari.
#2-Teknik Memukau Prospek
Walaupun pada zaman Facebook ini kita boleh menawarkan produk kita secara dalam talian, namun aspek lebih penting ialah bagaimana kita dapat βmenjual diriβ. Seni bahasa badan elemen penting dalam proses ini.
Seni bahasa badan juga dapat membantu kita membaca niat prospek. Daripada gerak geri dan postur badan mereka, kita dapat menangani penolakan. Apabila kita bijak membaca gerak-geri prospek, kita dapat meyesuaikan teknik jualan.
Perhatikan jika prospek menyentuh dagu dan kemudian berpeluk tubuh. Dengan berpeluk tubuh mereka menghantar mesej yang bermakna hati mereka belum terbuka.
Selain itu, renung di sekitar mata ke hidung prospek. Ia menjadikan mereka kurang tertekan. Mereka lebih mesra lalu menyerah diri kepada kita bagi dipengaruhi. Dengan renungan mata yang betul, mereka tidak berdaya menangkis hujah kita. Heleen Vandromme dari University of Leuven, Belgium mengaitkan eye contact atau kontak mata dengan keyakinan diri.
#3-Tip Berbual-bual Dengan Prospek
Allan Pease dalam buku Questions are the Answers menyenaraikan beberapa tip semasa kita berbual-bual dengan prospek atau pelanggan:
- Sesuaikan gaya duduk semasa berbicara dengan pelanggan.
- Anggukkan kepala bagi menyokong pendapat pelanggan.
- Kekalkan kontak mata sekitar wajah pelanggan.
Saya yakin jika tip di atas dapat dipraktikkan dengan betul, proses jualan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Bagi mengetahui huraian lengkap tentang teknik di atas, dapatkan buku Seni Bahasa Badan terbitan PTS Professional.
yg no 3 tu-“Kekalkan kontak mata sekitar wajah pelanggan.” sy kurang dpt praktikkan..sy rase malu..mcmana nak kikis perasaan mcmni dan menambah lagi konfiden diri.
Tidak perlu 100% menatap wajah pelanggan. Semasa kita mula berbual, tatap sekitar 3 saat. Kemudian semasa kita membuat penekanan hujah, tatap semula.
oh mcm tu..hehe ingtkan kena tatap sepenuhnya..thanks ats jawapan itu tuan π
Satu perkongsian yang hebat! Ini penting untuk memenangi hati prospek. Jangan lupa berjabat tangan. Saya setuju dengan idea jabat tangan ini. Jangan masuk rumah orang tanpa beri salam. Susah nanti π
Salam itu tanda kita mendoakan tuan rumah. Apabila tuan rumah dalam keadaan sejahtera, barulah bisnes kita juga sejahtera. π
Perkongsian ini memberikan satu fenomena tindakan yang harus di lakukan bagi menarik minat pelanggan terhadap usahawan…jom ayuh, sama-sama kita praktikkan…Thanks kepada syahrul nizam junaini atas perkongsian hebat ini …
Terima kasih tuan. π
Tuan, terima kasih kerana ilmu yang dikongsikan. InsyAllah saya akan cuba manfaatkan apabila jumpa pelanggan nanti.
Amin!
Salam sejahtera.
Pandangan dan pengalaman peribadi saya :
Perasaan/pandangan yang disimpan didalam hati penjual selalunya akan dipamerkan oleh gaya bahasa badan jurujual(dan ianya datang secara semulajadi). ‘Melakonkan’ watak adakalanya dibaca juga oleh bakal pembeli yang tahu juga tentang ‘membaca’ gaya bahasa badan.
Sebab itu seni bahasa badan perlu dipelajari. Supaya kita dapat melakonkan watak kita dengan betul, tanpa dapat dikesan oleh pelanggan yang pakar bahasa badan sekalipun. Lihat bagaimana perasaan kita setelah menonton filem hebat, sedangkan ia cuma lakonan semata-mata.
Bahasa badan ialah bahasa hati. Hati kena ikhlas barulah bahasa badan ‘kena’ pada masanya. Bagaimana pun kadang-kadang hati ikhlas pun, bahasa badannya tidak ‘kena’. Ini perlukan latihan. Ada kursus atau tidak di Malaysia ini berkenaan ‘cara-cara menguasai bahasa badan’?
Kursus cara jualan, cara bercakap ada dengar. Cara kuasai bahasa badan tidak pernah dengar. Orang yang pakar patut adakan kursus ini. Apa yang saya tahu, di luar negara kursus sebegini adalah biasa.
Insya-Allah saya bersedia berkongsi ilmu berdasarkan buku Seni Bahasa Badan tulisan saya dalam bentuk bengkel dan ceramah. Cuma saya perlukan event manager. π
Terima kasih dengan perkongsian tuan. Dengan menguasai badan juga dapat menambahkan lagi keyakinan pelanggan kepada kita. π
Correct! Correct! Correct! π
Assallam. Buku ni nak beli kat mana?
Cik Maniz boleh tempah buku Seni Bahasa Badan melalui saya, penulisnya. Bagaimana saya boleh hubungi Cik Maniz?
ilmu yang sangat berguna dan terbaek. saya juga telah memiliki buku ‘Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni’ sejak tahun lepas. memang berbaloi beli buku ni.
Terima kasih. π Buku Seni Bahasa Badan adalah adik kepada buku Ilmu Pengaruh.
Terima kasih atas ilmu ini.
Eye contact bagi saya memang penting semasa kita bersemuka dengan prospek.
Cara saya melatihnya ialah memberi perhatian dan lakukan eye contact dengan orang yang sedang saya berbicara. InsyaAllah selepas itu proses ini akan menjadi kebiasaan bila bertemu prospek dan pelanggan.
Salam, saya berhasrat menjemput tuan untuk berkongsi ilmu dan telnik kpd usahawan2 Quranic Food di bawah rangkaian saya. Boleh saya dapatkan maklumat lanjut?