Seni Menulis – Memilih Gaya Penulisan Terbaik Untuk Menjual

July 29, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entri pertama saya di Majalah Niaga ini, saya ingin berkongsi satu pemerhatian mengenai gaya penulisan, dan bagaimana ia boleh mempengaruhi jualan.

Menghasilkan Penulisan yang Menjual

Apa yang akan kita lihat selepas ini tidak pernah lagi diliputi di dalam apa-apa artikel, atau buku penulisan iklan di Malaysia, dan ini adalah teknik asas yang penting untuk kita fahami.

Saya tidak akan memberi satu cara untuk memilih gaya penulisan terbaik tetapi saya ingin mencabar anda untuk memikirkan setiap poin yang saya berikan di dalam artikel ini untuk menulis.

Kemudian, di dalam artikel seterusnya saya akan memberi respon spesifik kepada setiap komen bernas supaya kita sama-sama boleh belajar tentang teknik asas ini.

Sekarang. Kita teruskan dengan poin pertama iaitu…

#1 – Setiap Pasaran Mempunyai ‘Suara’ Tersendiri

Apabila kita membaca surat jualan, perasan atau tidak, wujud satu persamaan dalam semua surat jualan dalam satu pasaran. Contohnya, pasaran pemasaran internet. Apabila kita lihat ke dalam pasaran ini, kita akan dapat melihat kebanyakan daripada surat jualan di dalamnya menggunakan hiperbola atau hype dalam gaya penulisan mereka.

Penggunaan Hype Dalam Surat Jualan

Ia berlaku kerana cara ini menjadi satu ikutan. Situasi ini berlaku setelah orang terdahulu dalam pasaran ini meletakkan penanda aras iaitu:

Kita mesti menulis dengan tanda seru, dengan yakin, dan sedikit berlagak supaya kita akan dapat menjual produk.

Adakah kenyataan ini benar? Atau terdapat satu pendekatan yang lebih baik daripada mengikut sahaja apa yang sudah berlaku sebelum ini? Perlukah kita menggunakan tanda seru dalam setiap sub-tajuk, tajuk, dan setiap “peluru” (bullets)?

Ingat, tidak semestinya gaya penulisan yang berjaya sebelum ini boleh digunakan berterusan dalam bahan pemasaran akan datang. Jadi, apa yang kita perlu buat bagi memastikan surat jualan yang kita tulis itu akan terus berkesan walau apa pun keadaan ekonomi?

Bercakap mengenai “suara” pasaran, saya ingin menjelaskan dengan mendalam tentang…

#2 – Hype – Tidak Akan Berkesan Sepanjang Masa

Dalam pasaran yang sudah biasa dengan jeritan “Saya hebat, belilah!”, apabila kita menggunakan gaya penulisan sebegitu, ia akan merugikan diri sendiri. Kali pertama kita lakukan, jualan akan meningkat sehingga ke satu tahap kita tidak cukup tangan untuk menguruskan jualan.

Apabila ia sudah menjadi kebiasaan, jualan hanya akan mula menurun. Hal ini berlaku kerana kita terlau banyak mengamalkan ayat-ayat hype.

Mereka sudah penat mendengar apa yang kita katakan, dan ini menyebabkan jualan pelancaran produkakan menjadi semakin berkurangan.

Sekiranya ia tidak berkesan, apa yang harus kita lakukan?

#3 – Ayat Lembut Lebih Berkesan

Saya teringat salah satu surat jualan yang saya tulis untuk laman web bisnes prepaid. Hanya ada lima tempat sahaja yang mempunya tanda seru. Dalam surat jualan ini mempunyai jiujutsu jualan.

Jiujutsu jualan yang saya maksudkan adalah teknik jualan yang berkesan sehinggakan lebih 2 ribu ahli VIP, iaitu orang sanggup membayar pemilik laman web ini untuk menjadi ahli, dan lebih daripada 10 ribu orang menjadi ahli semata-mata untuk melihat apa yang ditawarkan oleh admin.

Jika kita lihat betul-betul surat jualan di situ, kita akan dapat lihat setiap ayat mempunyai kepentingannya sendiri. Setiap ayat merupakan tiang bagi satu objektif, iaitu mendaftar sebagai ahli. Mudah dan efektif. Menjerit sepanjang masa? Tidak sama sekali.

Sekali sekala untuk menegaskan poin? Benar sekali.

Adakah ini bermakna ayat-ayat yang penuh dengan tanda seru sudah tidak mampu menjual?

#4 – Entri Ini Adalah Permulaan

Dalam artikel yang akan datang, saya akan memberikan kajian kes yang akan membantu kita memahami dengan lebih lanjut mengenai surat jualan. Kajian kes ini akan memberikan inspirasi, supaya kita menganggap jualan sebagai satu perkara yang menarik.

Sehinggakan degupan jantung saya berdegup kencang apabila menerima jualan 6 angka, dalam masa satu minggu.

Selain itu, kita juga bakal didedahkan dengan teknik-teknik berkesan oleh saudara Hasbul Aqill dan Aqif Azizan melalui satu perkongsian ekslusif dalam Buku Hitam mereka. Ia mengenai blogging, tetapi kita akan mengetahui bagaimana untuk menggunakannya bagi meningkatkan jumlah trafik ke blog, tanpa sebarang kos.

Sebelum mengundurkan diri, saya ingin berkongsi satu kata-kata hikmat daripada Davil Ogilvy:

“Kita ini dalam perniagaan menjual, dan di sini kawan yang saya amat hormati, anda berbatu-batu jauhnya daripada pengiklan yang hanya mengiklankan tetapi tidak menjual. Tiada jualan, tiadalah perniagaan.”

Kredit gambar (MichaelJosh, JomBlogging, BisnesPrepaid)


Tags: , , , , , ,

Komen (8)

  1. Wow. Baru sebentar tadi membaca artikel tentang surat jualan di Copyblogger. Saya juga berminat sebenarnya untuk belajar menulis surat jualan dan saya rasa, blogger (saya sebagai blogger) patut mempelajari bagaimana untuk menulis surat jualan. Biar blog post anda menjadi “jurujual pasif/online” anda di alam siber. Terima kasih atas perkongsian kali ni…

    1. Abdul Rahman
      July 29, 2011

      Yep, itulah sebaik-baiknya. Blog post boleh jadi salesman untuk kita. Masa kita sembang-sembang kat kedai mamak, ada orang datang ke blog kita, berminat dengan produk yang kita tawarkan, terus beli.

      Saya pernah sekali cuba jual produk bernama Google Sniper (http://kelabim.com/330/review-google-sniper-kajian-kes) di blog saya. Kalau Afiq tengok post tu, satu komen pun takde. Tapi saya dapat 2, 3 panggilan mengenai produk tu. Satu tu beli, lagi 2 saya nasihatkan untuk jangan beli sebab mereka ingat dengan membeli Google Sniper ni, diorang boleh jadi kaya dengan instant. So saya cuba tegah diorang daripada beli (tapi lawaknye, lagi saya tegah, lagi diorang nak beli! Lawak kan?)

      And peristiwa itu berlaku semasa saya di Machang, Kelantan, di satu kedai kecil berhampiran UiTM Machang, sedang menikmati teh tarik dengan kawan saya (masa tu Kelantan tengah lawan Negeri Sembilan).

      Mungkin kalau ada permintaan saya akan kongsi beberapa tip bagaimana untuk soft sell di blog.

      – Abdul Rahman
      Penulis Iklan

        1. Abdul Rahman
          July 29, 2011

          insyaAllah kalo ada masa ^^.

          Sedang menyiapkan dua sales letter. Satu dalam pasaran pelaburan, satu lagi dalam pasaran IM 🙂 Ni tengah rehat kejap sebelum sambung balik.

          Maybe pada masa depan saya akan wat satu challenge kat sini. Ambil satu atau dua marketing materials, saya ubah, kemudian bandingkan performance. Lepas tu, buat sharing di sini. Boleh belajar sama-sama perbezaan bahan asal dengan bahan yang telah diubah.

  2. Zulhilmi Zainudin
    July 29, 2011

    Saya setuju. Headline terlalu Hype tidak sesuai. Kita harus ‘berlembut’ dalam mempromosikan jualan kita 🙂

    1. Abdul Rahman
      July 29, 2011

      Seperti yang saya katakan di atas, tidak semestinya. Berlembut itu tidak semestinya dapat menjual. Benda kalau dah biasa sangat tengok, dia akan jadi bla bla bla bla. Orang tak pandang. Jadi apa yang kita buat ialah, kalau orang buat A, kita buat B. Kalau orang buat B, kita buat C. Maksudnya lain daripada apa yang dibuat sebelum ini.

      Dengan kata lain, differentiate daripada bahan-bahan sebelum ini. Ada orang jenis buta, dia beli segala jenis produk yang ada screenshot wang masuk yang banyak sedangkan teknik itu hanyalah salah satu teknik, bukan the whole strategy yang marketer tu gunakan untuk berjaya.

      Ni teknik dalam salah satu headline saya:

      Bagaimana Mencipta Kad Debit Maya Secara Percuma, Mengelakkan Duit Kad Kredit Dicuri, & Menghindari Penipuan Penjual Virtual Credit Card?

      Bandingkan dengan headline semua orang guna sekarang. Lain kan? Ada triple benefit di atas. Positif statement di hadapan, dua negatif statement di belakang. (Dapatkan sesuatu, elakkan sesuatu, hindarkan sesuatu).

      Biar saya clarify. Teknik yang sedang digunakan sekarang walaupun berkesan, ianya semakin lemah kerana ianya overused. Satu-satunya cara untuk mengelakkan masalah ini ialah differentiate. Buat perubahan. Innovation lebih tepat. Kalau nak hype pun, buatlah cara lain. Mungkin macam ni ke:

      Mereka buat duit dari anda tapi adakah anda dapat buat duit dari teknik yang mereka ajar?

      Dua statement, satu cakap perkara obvious, dan satu umpan untuk bawa orang masuk ke dalam surat jualan. Nanti kita tengok berkesan ke tak.

      Atau macam ni ke:

      Usahawan-Usahawan Talam Dua Muka Tak Tahu Malu!
      Apabila menggesa anda untuk menggunakan teknik ini, usahawan-usahawan ini menggunakan teknik lain yang lebih berkesan dalam pemasaran mereka supaya mereka lebih berjaya daripada anda!
      Didedahkan di dalam:

      Headline di atas ni ganas sikit haha. Takut pula rasanya nak guna. Tapi macam boleh berkesan ^^

      – Abdul Rahman
      Penulis Iklan

Pendapat anda?