SEO atau SEM?

October 28, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Jika di dalam artikel saya sebelum ini, saya menyatakan dua saluran yang anda boleh guna bagi mendapatkan prospek dari enjin carian. Sekali lagi saya tuliskan saluran tersebut disini:

1. Saluran berbayar (SEM). Contoh Google AdWords & Bing Ads;

2. Saluran tidak berbayar (SEO).

Di akhir artikel saya ada bertanya, mana satu saluran pilihan anda, dan respon yang diterima cukup menggalakkan. Masing-masing mempunyai pilihan dan pendapat tersendiri mengenai saluran pilihan mereka.

Ada yang memilih SEO, tidak kurang juga memilih AdWords. Bagi anda, mana satu pula yang paling sesuai? Baiklah, jika masih tak jelas lagi mana satu pilihan hati, maka anda perlu baca artikel ini, sampai habis.

Dalam artikel ini, saya akan mengecilkan skop saluran pemasaran enjin carian hanya kepada Google sahaja. Bukan Microsoft Bing, bukan Yahoo!, juga bukan carian di Facebook.

Ini bermakna, segala yang berkait dengan SEO & SEM di dalam artikel ini, ianya akan ditulis mengikut perspektif enjin carian terbesar di dunia itu.

SEO – Parti Yang Menang Bergaya

Jika undian dilakukan di antara ‘parti’ SEO melawan parti SEM, sudah tentu SEO akan menang dengan penuh bergaya.

Bak kata orang, SEO akan mendapat majoriti undi popular, berbanding SEM. Ini kerana, semua orang (saya ulang sekali lagi, semua orang) boleh melakukannya & mampu melakukannya.

Semua orang yang mempunyai asas HTML, boleh menjadikan laman webnya mendapat ranking yang baik di Google. Namun, adakah SEO ini benar-benar percuma?

Kalau dulu, semasa Google awal-awal diperkenalkan pada tahun 1998, aktiviti SEO ini mungkin tidak memerlukan sebarang kos kewangan.

Namun, di era 2013 ini, di era post-Hummingbird, post-Penguin & Panda (kemaskini-kemaskini yang dilakukan oleh Google untuk memberi keputusan carian yang lebih baik kepada pengguna mereka), terma percuma ini mungkin sudah tidak relevan.

Bayangkan Google tidak pernah jemu memberitahu para SEO supaya menerbitkan kandungan berkualiti, bina laman berautoriti, dan pelbagai lagi, adakah taktik sebegini mampu dicapai dengan percuma?

Ya dan tidak. Bergantung kepada masa yang anda mampu luangkan. Jika anda memang 100% dedikasi menggunakan waktu seharian anda untuk mencipta kandungan berkualiti sebegini, maka jawapannya adalah ya.

Bermakna kerja anda memang seorang pencipta kandungan berkualiti. Namun jika anda hanya boleh memberi tumpuan sebanyak 30% dan kurang kepada aktiviti pemasaran bisnes anda, sudah pasti jawapannya tidak.

Hakikatnya, 99% pemilik bisnes (seperti anda yang sedang membaca ini) mempunyai masa yang terhad untuk melakukan aktiviti mencipta kandungan berkualiti ini.

Itu belum lagi masuk aktiviti onsite & offsite lain di dalam SEO. Maka, bagi menjawab soalan adakah SEO ini benar-benar percuma, dari perspektif pemilik bisnes, ianya tidak percuma lagi.

SEM

SEM – Parti Yang Tidak Popular, Tetapi ‘Underdog’

Jika SEO semua orang boleh buat, SEM juga semua orang boleh buat. Cuma tak semua mahu & mampu buat, kerana ianya melibatkan kos (ada beza antara boleh, mahu & mampu buat).

AdWords, dalam contoh ini sudah pastinya tidak percuma. Setiap klik yang anda terima, ianya akan dicaj dan masuk ke poket Google.

Maka, oleh sebab ianya mempunyai elemen duit masuk duit keluar, anda tentunya perlu lebih berhati-hati. Berhati-hati disini adalah, segalanya yang dilakukan di dalam AdWords, tidak boleh dilakukan secara semberono.

Google pastinya suka jika anda melakukannya dengan semberono, tapi akaun bank anda sudah tentu ‘bermasam muka’, kerana anda telah memberi Google duit percuma yang pada hakikatnya ianya boleh dielak jika anda melakukannya dengan betul.

Maka, di dalam memastikan kempen AdWords tidak hanya menipiskan wallet anda, perancangan rapi perlu dilakukan dari awal.

Atur strategi sebelum melaksanakan taktikal. Jadikan optimasi kawan baik anda semasa melakukan pemasaran AdWords.

Penyelesaian – Kerajaan Perpaduan

Peranan kedua-dua blok, kerajaan & pembangkang sebenarnya mempunyai satu tujuan murni yang sama – memajukan negara supaya hasil dapat dinikmati oleh rakyat.

Juga di dalam pemasaran enjin carian. Kedua-dua komponen SEO & SEM mempunyai tujuan & matlamat yang sama, yakni mendapatkan prospek dari enjin carian.

Jadi, kenapa tidak lakukan kedua-duanya sekali? Kenapa tidak melancarkan kempen AdWords, dengan kos yang minima (jika dilakukan dengan betul), kemudian maklumat & data yang anda dapat itu, digunakan dalam aktiviti SEO pula?

Pada akhirnya, anda telah mendapat maklumat yang tepat (dari AdWords) yang boleh menjadi panduan berguna di dalam aktiviti SEO. Itu lebih efisien, bukan?

Penyelesaian yang saya cuba bawa disini adalah, menggabungkan kedua-dua saluran tersebut ke dalam aktiviti pemasaran bisnes anda boleh jadi pilihan yang terbaik, berbanding hanya melakukan salah satu sahaja.

SEO, sudah lagi tidak percuma (seperti yang saya katakan diatas). AdWords memang tidak akan percuma. Mahu atau tidak, anda perlu buat sedikit allocation daripada pendapatan bisnes anda kepada aktiviti pemasaran.

No more free lunch.

Anda pilih SEO? Kena pakai duit juga.

Anda pilih AdWords? Memang sudah sah kena pakai duit.

Jadi kenapa tidak gabungkan kedua-duanya sekali?

Tepuk dada, tanya akauntan/CFO bisnes anda.

Sumber gambar: (roomzworld)


Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Komen (2)

  1. Betul tu…dulu aku lebih suka main SEO sebab masih belum ada humming bid dan senang nak ranking..Tetapi sejak banyak blog aku aku tendang dengan Google, daripada bazir masa buat SEO aku lebih pilih SEM…

Leave a Reply to suhiminain Batal (Cancel)