Siri Panadol Bisnes – Bagaimana Buat Banyak Duit Dengan Satu Pelanggan

May 27, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Dunia bisnes hari ini mencabar.

Statistik bosan dan sentiasa menghantui pemilik bisnes; 90% bisnes tutup dalam tempoh 5 tahun pertama. Kemudian selepas 5 tahun, hanya 3% sahaja yang berjaya hidup dengan bisnes mereka.

Satu daripada masalah yang pemilik bisnes hadapi adalah,

“Bagaimana untuk tingkatkan jualan, dapatkan ramai pelanggan, dan buat banyak duit?”

Jawapannya pelbagai. Satu daripadanya adalah memahami struktur bisnes kita sendiri. Menurut pemilik-pemilik bisnes berpengalaman, “Bisnes terkubur bukan salah pasaran semata-mata. Ia salah diri sendiri yang tidak bijak mengatur strategi.”

Jadi, apa strateginya?

Kuasa VPC (Value Per Customer)

Value per customer sama lantang maksudnya dengan nilai seorang pelanggan. Ini formula ringkas:

Nilai seorang pelanggan (VPC) = Nilai produk / servis bisnes

Contoh? Kita buka bisnes tudung. Harga tudung itu RM10. Maka:

VPC = RM10

Untuk itu, jika pemilik bisnes mahu mencapai tahap untung kasar RM10,000 sebulan, maka mereka perlu cari 1,000 pelanggan. Nilai satu ribu pelanggan bukan satu tugas yang mudah untuk diperoleh.

Dengan menggunakan pendekatan VPC, kita dapat strukturkan bisnes supaya mengelakkan sebarang kebocoran duit terhadap seorang pelanggan.

buat-duit-dengan-satu-pelanggan-1

Bagaimana Tingkatkan Nilai VPC

Jalan terbaik adalah meningkatkan nilai bagi setiap pelanggan. Ini adalah contoh mudah untuk bisnes-bisnes tudung:

Produk #1 – Tudung (Harga RM10).

Produk #2 – Kerongsang (Harga RM2).

Produk #3 – Jubah (RM50).

Nilai VPC total: RM62.

Asas matematiknya mudah. Jika nilai VPC itu tinggi, maka jumlah pelanggan yang perlu diperoleh menjadi rendah. Dalam kes ini, pemilik bisnes itu hanya perlu cari 193 pelanggan untuk dapatkan untung kasar RM10,000 setiap bulan.

Kejayaan Bisnes Tertakluk Pada Strategi

Dalam bisnes, kemenangan terletak pada bagaimana usahawan itu merangka 3 jenis strategi iaitu:

  • Strategi pelanggan.
  • Strategi pemasaran.
  • Strategi produk atau servis.

Semua ini akan dikupas dari semasa ke semasa dalam siri panadol bisnes. Utamakan diri untuk maksimumkan nilai value per customer (VPC) terlebih dahulu. Dengan ini, bisnes dapat tutup kebocoran duit yang tidak disengajakan.

Sumber gambar dari Flickr: (bbc.co.uk, T Vincent)


Tags: , , , , , , ,

Komen (17)

  1. teknik ‘memberanakkan’ duit ni.. insyallah, produk sy sekarang hanya JUBAH, insyallah akn ditambah dengan yg lain, but sy perlu focus, & create sistem production jubah, then baru proceed ke produk yg terkait ^_^

  2. Terima kasih Majalah Niaga atas terbitan artikel ini.

    Mohon sedikit pembetulan.

    Nilai VPC yang betul adalah: RM62.

    Terima kasih. 😀

  3. Tak puas baca treat yang ni… Macam nak belajar lagi dan lagi..
    Ade ker treat lain yang elaborate more tentang 3 strategy di atas?
    Apapun thanks for sharing.

Leave a Reply to halif Batal (Cancel)