SME Congress 2012 – 10 Rahsia Mistik Bisnes The Big Rajah

July 10, 2012 — Penulis:

Kategori: Kisah

Ia adalah hari bersejarah untuk SME (Small Medium Enterprise). 4 Julai adalah sambutan pertama hari SME sedunia.

SME Congress 2012 - SPCC

SME Congress 2012 adalah satu perhimpunan yang berbeza. Selama 4 tahun berturut-turut, mereka membawa barisan penceramah untuk berkongsi rahsia dan pengalaman dalam membina empayar perniagaan.

Program yang diadakan secara percuma di Sunway Pyramid Convention Centre ini mengumpulkan barisan penceramah yang berbeza. Sedikit sebanyak mengikut tema 1Malaysia.

Berjaya Bukan Kerana Nasib

Bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang, barisan penceramah untuk SME Congress 2012 adalah:

  1. John William Xavier (Ketua Pegawai Eksekutif, The Big Rajah Food Caterers).
  2. Bryan Loo Woi Lip (Pengarah Urusan, Loob Holdings (Chatime))
  3. Hendy Setiono (Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kebab Turki Baba Ali, Indonesia).
  4. Noraini Hj Ahmad (Pengasas & Pengarah Urusan, Noraini Cookies Worldwide).

Penceramah pertama iaitu John William Xavier, berkongsi banyak maklumat mengenai pengalamannya dalam menguruskan perniagaaan katering The Big Rajah. Ketika kongres, beliau memberi satu kenyataan kepada para peserta,

“Apa yang telah saya berjaya kecapi hari ini, semuanya datang daripada pengalaman dan usaha keras. Kejayaan tidak akan datang secara tiba-tiba.”

Bermula sebagai kuli walaupun membangunkan perniagaan bersama ayahnya, ia tidak menghapuskan semangat John William Xavier untuk membangunkan empayar perniagannya sendiri.

Berikut adalah perkongsian beliau yang dapat dimanfaatkan oleh para usahawan baru dan berpengalaman:

10 Rahsia Mistik The Big Rajah

John William Xavier - The Big Rajah#10 – Duit Syarikat Adalah Duit Syarikat

Bermula dengan modal sendiri, beliau begitu menekankan kepentingan menjaga aliran kewangan syarikat. Setiap wang yang diperoleh sehingga hari ini akan dilaburkan kembali dalam syarikat.

Matlamatnya jelas. Ketua Pegawai Eksekutif The Big Rajah sedar, membina sebuah empayar perniagaan memerlukan bantuan dan sokongan yang berterusan.

Satu daripada bantuan yang dapat merealisasikan impian ini adalah menjaga setiap aliran kewangan. Duit syarikat, adalah duit syarikat.

#9 – Makanan Bukan Untuk Semua

Pentingnya memilih sasaran pelanggan. Apabila kita jelas siapa pelanggan yang kita mahukan, kebarangkalian untuk bisnes kita berjaya adalah lebih tinggi.

The Big Rajah tidak memilih semua orang untuk membayar perkhidmatan katering mereka. Sasaran pelanggan yang akan memberikan duit dalam bisnes mereka adalah golongan-golongan raja dan menteri.

Dalam bisnes, konsep peluru tabur iaitu menjadikan semua orang sebagai pelanggan kita akan menyebabkan bisnes kita gagal.

#8 – Bisnes Miskin Bukan Alasan Tiada Promosi

Ramai pemilik perniagaan yang menjadikan alasan modal tidak cukup, sebagai sebab utama mereka tidak melakukan aktiviti promosi dan pemasaran. Dalam kes The Big Rajah, beliau berfikiran kreatif.

Antara strategi yang John William Xavier gunakan adalah:

  1. Jika tidak ada duit, cipta satu inovasi.
  2. Sentiasa merapatkan diri dengan media untuk mendapatkan liputan bisnes dengan harga rendah atau percuma.
  3. Menampakkan perniagaan The Big Rajah sibuk dengan menggunakan strategi membawa van yang ada logo perniagaan ke destinasi tertentu berulang-ulang kali.

Tidak ada duit bukan satu alasan untuk tidak melakukan aktiviti promosi. Belajar bagaimana untuk melakukan inovasi dalam strategi pemasaran.

#7 – Bisnes Adalah Jenama

“Hidupkan jenama. Eat like a king, pay like a queen.” – John William Xavier.

Jenama adalah bisnes. Kerana jenama adalah kepercayaan pelanggan. Perniagaan lingkup kerana tidak mempunyai jenama yang kuat. Dalam perniagaan katering seperti The Big Rajah, setiap hari pasti akan wujud pesaing baru.

Apa yang beliau lakukan adalah mengukuhkan tapak perniagaan iaitu jenama. Sejak dari awal, John William Xavier sudah menjenamakan diri beliau seperti seorang raja. Supaya identiti perniagaan beliau melekat di hati pelanggan.

#6 – Kukuhkan Tulang Belakang Bisnes

The Big Rajah LogoSelain daripada pemasaran, satu lagi bahagian dalam perniagaan yang diberi perhatian oleh beliau adalah bahagian sokongan pelanggan. Mereka menganggap pelanggan sentiasa betul, dan mereka adalah raja.

Prinsip yang diterapkan dalam perniagaan The Big Rajah adalah profesionalisme. Pelanggan adalah keutamaan. Pelanggan bahagia, duit mudah datang.

#5 – Jaga Pekerja Seperti Jaga Anak

The Big Rajah tidak mengambil pekerja secara membabi buta.

Dalam perkongsian beliau di SME Congress 2012, syarikatnya hanya mengambil pekerja yang terbaik dan mempunyai minat yang mendalam terhadap skop kerja yang diberikan.

“Pekerja adalah aset perniagaan. Mereka yang membantu perniagaan untuk terus membesar atau mengecil. Memilih pekerja pula terletak di tangan kita. Justeru itu, pilih pekerja yang terbaik.”

#4 – Tiada Pesaing, Tiada Cabaran

Antara cabaran besar yang dihadapi oleh The Big Rajah adalah persaingan sengit daripada syarikat katering yang lain.

Namun begitu, John William Xavier sentiasa berfikiran optimis. Malah beliau adalah individu yang membuktikan bisnes masakan adalah bidang yang dikuasainya.

Situasi ini dilihat menerusi tahap komitmen beliau untuk sentiasa melakukan kajian, dan ke luar negara untuk memberikan nilai tambah terhadap para pelanggan.  Beliau tidak pernah berhenti berinovasi.

#3 – Tidak Lupa Rezeki Tuhan

Rezeki adalah milik Tuhan. Tugas kita adalah menjaga dan membahagikannya dengan cara yang terbaik. Ini adalah elemen spritual yang diterapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif The Big Rajah.

Bisnes yang dibangunkan juga bertujuan untuk memberikan bantuan terhadap organisasi amal dari segi kewangan. Beliau memperuntukkan 30% daripada keuntungannya untuk membahagikan rezeki Tuhan kepada mereka yang memerlukan.

Prinsipnya, “Berikan orang lain kehidupan yang lebih baik. Kita akan lebih bahagia.”

#2 – Kualiti Sentiasa Juara

Tema yang dibawa oleh The Big Rajah adalah bahan-bahan masakan yang segar. Syarikat beliau juga sentiasa menggunakan bahan-bahan berkualiti, iaitu bahan yang dikeluarkan oleh jenama yang boleh dipercayai.

Hidangkan servis yang terbaik kepada pelanggan. Menurut beliau, The Big Rajah mempunyai pilihan untuk membeli bahan mentah yang tidak berkualiti bagi mengaut keuntungan.

Tetapi itu bukan pilihannya. Kepercayaan terhadap ‘servis berkualiti, rezeki pasti mari’ menjadikan syarikatnya sentiasa mementingkan nilai-nilai murni, apabila menghidangkan masakan kepada pelanggan.

#1 – Informasi Adalah Kuasa

Sentiasa memperbaharui ilmu. Itu yang ditekankan oleh John William Xavier. Baginya, ilmu, informasi atau maklumat yang kita peroleh dari semasa ke semasa, akan membuatkan perniagaan kita sentiasa ke hadapan.

Tiada ilmu, tidak mustahil kita boleh tersesat dalam perniagaan. Sekali tersesat, selamanya menyesal. Justeru itu, dalami ilmu perniagaan menerusi sumber-sumber sedia ada yang ada di sekeliling kita.

Minat Kukuhkan Perjuangan

Apa yang menarik dalam perkongsian SME Congress 2012 adalah, setiap seorang penceramah termasuk John William Xavier ini memberitahu, hanya minat yang mendalam terhadap satu bidang itu yang membuatkan kita tidak akan mengaku kalah.

The Big Rajah Katering

Minat itu adalah permulaan. Ia membawa kepada satu identiti perniagaan yang jelas untuk menambah nilai hidup orang ramai.

Usahawan berjaya itu bukan sahaja terletak pada jenis perniagaan, malah ia merangkumi sebab-sebab mengapa mereka memulakan perniagaan dalam bidang itu. Dalam erti kata lain, berkemungkinan besar ia adalah minat yang mendalam.

Kredit: The Borneo Post, The Big Rajah, 


Tags: , , , ,

Komen (2)

  1. always i used to read smaller content which also clear their motive, and that is also happening with this piece
    of writing which I am reading at this place.

Pendapat anda?