ISI KANDUNGAN
Affiliate secara ringkasnya bermaksud salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di Internet. Program affiliate ialah apabila anda menjadi orang tengah (agen) mempromosikan produk orang lain melalui pautan affiliate dan akan mendapat komisyen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui pautan affiliate anda.
Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen.
Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil daripada jualan tersebut anda akan diberi komisyen.
Sebahagian besar data ini diperoleh menerusi sudut pandang agen affiliate/ pengeluar sendiri. Data ini amat berguna kepada kedua-dua pengiklan dan affiliate / pengeluar. Sebagai pengiklan, data ini memberikan pandangan yang luar biasa tentang apa yang di ingini agen affiliate, kaedah yang diguna mereka dan bagaimana mereka menguruskan perniagaan mereka.
Sebagai agen affiliate, data ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan tanda aras diri anda dalam dunia agen affiliate. Menerusi data infografik ini, anda boleh menilai kedudukan anda dan lihat daripada aspek manakah yang memerlukan penambahbaikan.
Maklumat dan laporan penuh mengenai statistik ini boleh dimuat turun di The 2013 Affiliate Summit AffStat Report.
Sumber foto dan data: Three Ladders Marketing
Komen (1)