Strategi Menjana Pendapatan RM10K Dengan Program Affiliate

March 04, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Pada Februari 2009 saya sekali lagi telah mencipta satu fenomena baru di pasaran tempatan apabila berjaya menjana pendapatan RM10K dengan mempromosikan produk affiliate tempatan. 80% pendapatan saya pada bulan Februari tersebut datang daripada mempromosikan produk Rahsia ClickBank daripada rakan usahawan saya iaitu Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan.

Pada ketika ini ramai para affiliate tempatan masih beranggapan bahawa untuk menjana pendapatan 5 angka dengan program affiliate mestilah mempromosikan produk luar negara dengan nilai matawang US dolar. Tetapi saya telah buktikan kepada mereka bahawa industri perniagaan Internet tanah air sebenarnya sudah mencapai satu standard yang boleh dibanggakan walaupun masih jauh kebelakang berbanding eropah.

Jika sebelum ini saya telah mendedahkan strategi bagaimana saya menjana pendapatan RM10K dengan produk informasi, pada entri kali ini saya akan dedahkan kepada anda bagaimana saya menjana pendapatan RM10K dengan promosi affiliate pula. Apa yang saya terangkan kali ini ialah promosi affiliate ketika pelancaran sesuatu produk. Teruskan membaca jika anda berminat untuk menjana pendapatan lumayan dengan affiliate. 😉

Memahami & Menjiwai Produk

Cover Rahsia ClickbankAlhamdulillah, saya telah mendapat free copy untuk produk Rahsia Clickbank dan ini memberi peluang untuk saya memahami dan menjiwai produk tersebut. Sepanjang 3 tahun sebagai seorang pemasar affiliate, apa yang boleh saya katakan ialah saya akan berjaya membuat jualan yang banyak apabila saya memahami dan menjiwai produk yang saya ingin promosikan. Ketika saya berjaya mendapat RM10K pertama dengan affiliate, barulah saya sedar bahawa teknik promosi adalah perkara kedua.

Perkara pertama untuk menjadi seorang top affiliate ialah kita perlu memahami dan mempercayai dengan produk yang hendak kita promosikan. Cuba fikir, bagaimana anda hendak meyakinkan prospek supaya membeli melalui link affiliate anda sedangkan anda sendiri tidak tahu apa yang anda sedang promosikan tersebut!

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana hendak menjiwai dan memahami produk kan? Untuk menjiwai sesuatu produk anda perlu mencubanya sendiri atau pendek kata anda sendiri mesti menjadi pelanggan terlebih dahulu terhadap produk tersebut. Untuk memahami pula, cukuplah sekadar anda membaca surat jualan dengan teliti dan sehingga habis.

Pastikan Web Produk Berpengaruh

Mempromosi produk affiliate adalah sama dengan mempromosikan produk secara jualan langsung. Jika gaya rambut seseorang jurujual itu boleh mempengaruhi jualan sesuatu produk jualan langsung, maka web produk juga memainkan peranan yang sangat penting.

Laman web jualan produk boleh dikategorikan berpengaruh apabila mempunyai susunan grafik yang menarik dan dibarisi dengan ayat-ayat jualan yang memukau. Dua perkara ini sangat penting kerana apabila anda seorang ‘top affiliate’, anda tidak boleh lari daripada menggunakan promosi secara berbayar.

Jadi, sudah tentu anda tidak mahu menghabiskan duit dan tenaga untuk membawa pelawat ke web produk yang tidak dapat tukarkan pelawat kepada pembeli. Ketika saya mempromosikan produk Rahsia Clickbank, saya sendiri sememangnya sudah jatuh cinta dengan sentuhan Gobala Krishnan terhadap produk keluaran beliau sememangnya satu magik dengan grafik yang menarik dan surat jualan yang membunuh.

Berapa Jumlah Komisyen Yang Ditawarkan

Kita sebagai seorang affiliate berhak untuk memilih untuk mempromosikan produk yang terbaik dari segi kualiti dan juga harga. Top affiliate antarabangsa biasanya akan menjadikan faktor harga sebagai perkara utama namun kita sebagai top affiliate tempatan cukuplah menjadikan komisyen yang ditawarkan sebagai salah satu check list sebelum mempromosikan produk. Apa yang lebih utama sebenarnya adalah kualiti sesuatu produk tersebut.

Contoh Email Affiliate Komisyen

Salah satu faktor yang menyumbang kepada komisyen RM10K melalui affiliate Rahsia Clickbank ialah harga produk itu sendiri. Harga yang ditawarkan pada ketika itu ialah sekitar RM247 ($67) dan komisyen yang ditawarkan ialah 50% iaitu RM 123.5 ($33.5). Ini menjadikan Rahsia Clickbank merupakan antara produk digital yang termahal di pasaran tempatan pada ketika itu. Setelah meneliti kualiti produk yang bagus dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan maka saya telah memutuskan untuk mempromosikan Rahsia Clickbank kepada umum.

Melakukan Pemasaran Melalui Email & Forum

Seperti biasa saya merupakan peminat nombor satu melakukan pemasaran melalui email. Saya ada membuat kajian cara yang berkesan untuk mempromosikan affiliate menggunakan pemasaran email. Pemasaran kita akan berkesan apabila kita menghantar email bersiri bekenaaan sesuatu produk kepada subscriber.

Sebagai contoh, saya menghantar email pertama berkaitan apa itu Clickbank dan bagaimana boleh menjana duit dengan Clickbank. Kemudian saya menghantar kisah kejayaan saya sendiri menjana pendapatan dengan Clickbank. Sebagai manusia, kita cukup suka mendengar kisah-kisah kejayaan sebagai bukti sosial untuk menyokong kepercayaan kita.

Kemudian barulah kita akan mempromosikan produk yang hendak kita jual dan di dalam situasi ini saya mempromosikan produk Rahsia ClickBank. Itu merupakan satu teknik soft-selling yang kita nampak seolah-olah bukan sekadar untuk menjual tetapi untuk menolong para subscriber kita.

Pemasaran Melalui Forum

Salah satu teknik pemasaran yang baik lagi ialah melalui forum. Saya percaya pemasaran forum merupakan salah satu teknik pemasaran yang berkos rendah dan berkesan. Saya masih ingat, saya membuka thread di WangCyber berkaitan bonus yang saya tawarkan untuk produk Rahsia Clickbank, daripada thread tersebut saya mendapat ramai pelanggan. Kenapa?

Ini kerana saya mencari forum yang benar-benar berkaitan dengan apa yang hendak saya promosikan. Saya ingin mempromosikan produk berkaitan cara buat duit, jadi saya perlu mencari forum yang orang ingin belajar buat duit di internet. Cukup mudah! Anda boleh baca thread saya menawarkan bonus di WangCyber di sini. Mungkin anda boleh belajar sesuatu daripadanya. 😉

Tawarkan Bonus Yang Menarik

Sebagai seorang JV partner kepada Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan, saya telah dimaklumkan 2 minggu lebih awal mengenai pelancaran produk Rahsia Clickbank. Jadi saya mempunyai masa untuk bersedia dengan bonus-bonus yang menarik kepada para pembeli melalui pautan affiliate saya.

Pakej Newbie ClickBank

Jika anda perhatikan top affiliate bagi pelancaran-pelancaran produk di pasaran tempatan ini adalah dikalangan mereka yang menawarkan bonus yang hebat. Jarang sekali mereka yang mempromosikan produk dengan tangan kosong akan menjadi top affiliate kerana pasaran affiliate tempatan khususnya niche buat duit adalah kecil. Target market saya mungkin juga target market anda, subscriber saya juga mungkin subscriber anda. Jadi, bonus yang terbaik akan menang di hati para pelanggan.

Untuk memenangi hati para pelanggan, kita hendaklah menawarkan bonus yang berkaitan dengan produk yang hendak di tawarkan. Sebagai contoh produk Rahsia Clickbank yang telah saya promosikan, saya telah menawarkan bonus Pakej Newbie Clickbank iaitu satu produk pelengkap kepada pakej Rahsia Clickbank itu sendiri. Jadi pelanggan akan memilih saya kerana produk bonus yang saya tawarkan adalah berkaitan.

Akhirnya, RM10K Dengan Pemasaran Affiliate!

Dengan mempraktikan persiapan dan strategi ringkas di atas saya telah berjaya menjana pendapatan RM10K dengan pemasaran affiliate tempatan dengan mempromosikan salah satu produk iaitu Rahsia Clickbank dan beberapa produk lain pada Februari 2009. Alhamdulillah, selepas itu saya masih bergelar top affiliate bagi pelancaran produk tempatan dengan mempraktikkan strategi yang sama sehinggalah saya meninggalkan dunia pemasaran affiliate tempatan buat seketika.

Cek Daripada Gobala Krishnan

Oh ya, sahabat saya iaitu saudara Ammar Zahar baru sahaja melancarkan satu lagi produk berkaitan Clickbank iaitu The CB Mania – bagaimana cara ingin buat duit dengan pemasaran affiliate di pasaran antarabangsa. Klik di sini untuk mendapatkannya.


Tags: , , , , , ,

Komen (32)

  1. Syafiq Zainal
    March 4, 2011

    Saya paling suka part ni:

    Perkara pertama untuk menjadi seorang top affiliate ialah kita perlu memahami dan mempercayai dengan produk yang hendak kita promosikan. Cuba fikir, bagaimana anda hendak meyakinkan prospek supaya membeli melalui link affiliate anda sedangkan anda sendiri tidak tahu apa yang anda sedang promosikan tersebut!

    Best.. pagi-pagi dapat baca artikel berkualiti macam ni. Terima kasih Tuan Adly. 😉

  2. Najib Joni
    March 4, 2011

    Keyakinan saya : promosi produk beserta bonus, kerana pelanggan cenderung membeli jika ada bonus dan kadangkala mereka membeli produk kerana inginkan bonus.

    1. Ya, tidak dinafikan ada orang membeli sesuatu produk hanya kerana bonus. Maknanya di sini, bonus memainkan peranan yang cukup penting. 😉 Tetapi ini berbeza dengan affiliate biasa, strategi di atas adalah affiliate untuk menjayakan launching produk.

  3. Salam. Terima kasih kerana berkongsi tips affiliate ni. bila baca artikel ini saya rasa semakin bersemangat untuk terus menjana pendapatan dengan pemasaran affiliate ni..

  4. Salam.. tak sangka boleh dapat sampai 10k.. banyak lagi yg aku kena belajar ni.. boleh belajr dgn bro kot

  5. salam sejahtera….info yang diberikan tuan sangat berguna kepada saya yang merupakan newbie dalam IM.TERIMA KASIH banyak2.saya nak tanyasatu soalan boleh tak memandangkan tuan adalah sifu.bagaimana saya nak dapatkan sesuatu produk untuk dijadikan atau untuk ditawarkan bonus kepada bakal pembeli saya.untuk makluman saya baru saja mencuba dalam bidang affiliate.bantulah saya

    1. Salam sejahtera. Terima kasih. Pertama sekali, saya masih belum layak untuk digelar sifu kerana saya pun biasa-biasa sahaja. Untuk mencipta bonus tentulah agak sukar bagi orang baru kerana mereka tidak pernah mencipta produk informasi sendiri.

      Alternatif yang boleh dibuat ialah membeli produk-produk RR, MRR dan PLR untuk dijadikan sebagai bonus. Jika Tuan Azizan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai frasa-frasa di atas, boleh muat turun Majalah Niaga edisi #14 temubual saya bersama saudara Abooain.

      Download sekarang: http://www.majalahniaga.com/download

      Yosh!

  6. As salam tuan blog,

    Nice information untuk program affiliate ni. Saya baru2 je nak berjinak untuk memahami proses program nie, tak berapa paham sgt.. =D

    thanks again..

  7. Tuan Adly a.k.a Labanon, saya setuju ada orang membeli sesuatu produk hanya kerana bonus. Maknanya di sini, bonus memainkan peranan yang cukup penting. Saya pun nak beli tengok bonus dulu.

    Tarikannya memang kuat. Kadang2 produk yang nak dijual tu kalau tidak dibeli tak apa. Bonus ni menarik nak masukan kredit card/…..):

    Contohnya saya melanggan sent button profit Jeff Dedrick ,selama 6 bulan. Tanpa promosi berbayar cuma promosi free je dan menghayati produk yaNG HENDAK DIJUAL. pendapatan… tidak pulang modal. lebih kurang RM200 sebulan kos. Saya simpulkan disini. Promosi dan list amat penting untuk menjana lebih income. Untuk pergi ke global market. satu persaingan yang tinggi. Kesilapan saya adalah tidak fokus niche yang nak saya masuk. Mua-Mua mauk (kata org Swk).

    Adakah ada penyelesaiannya dalam produk ini tuan?

    1. Ho ho ho! Benar sekali, bonus kadang-kadang buat kita rambang mata.

      Saya menjana pendapatan dengan ClickBank tanpa mempunyai sebarang list tuan. Pemasaran melalui email hanyalah salah satu teknik pemasaran sahaja. Masih banyak teknik pemasaran lain seperti PPC, SEO, article marketing, video marketing & sebagainya. Cuba cari teknik pemasaran yang bersesuaian dengan diri tuan. 🙂

      Biasanya kita bagi masa 3 bulan sahaja untuk sesuatu produk, andaikata lebih daripada 3 bulan tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil kepada kita, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Kena buat bedah siasat terutama dari segi teknik pemasaran.

  8. Ribuan terima kasih Labanon kerana meluangkan masa menaip & menerbitkan artikel yg sgt berkualiti ini. Kesilapan kebanyakan newbie termasuk ler saya sendiri..rambang mata nak mempromosikan lambakan produk affiliate di luar sana. Akibatnya akan hilang fokus..kejap promote A..kejap B..kejap C..hasilnya “0”. Saya sgt setuju pendapatan Labanon..menghayati & memahami sesuatu produk tu adalah kunci utama dlm menjayakan kempen kita.

    Kesimpulannya..diri sendiri kenalah membeli dahulu produk tersebut utk lebih memahami isi-kandung produk yg hendak kita jual. Sekaligus jika medium promosi adalah blog..buat lah review yg ikhlas & jujur..masukkan juga positif & negatifnya produk tu baru ler pembaca akan lebih yakin. Daripada keyakinan tu..mereka tidak akan teragak2 utk membeli daripada kita!

    P.S – Bonus-bonus yg hebat juga sangat mempengaruhi jiwa prospek utk membeli daripada link affiliate kita kerana saya sendiri pun camtu gak 🙂 hee..beli berdasarkan bonus yg disediakan!

    1. Sama-sama tuan. Ya tuan, kita juga mesti ada target bagi sesuatu produk yang kita promosikan. Andaikata masih jauh dengan target tersebut jangan tergesa-gesa untuk promosi produk lain pula, nanti apa pun tak dapat. Bak kata pepatah, yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

      Unless kita dah promote 3 bulan produk tersebut tetapi masih tiada pulangan yang memberangsangkan, maka kita berhak untuk beralih ke produk lain ataupun buat bedah siasat kembali kegagalan kita tersebut. 🙂

      Terima kasih tuan kerana sudi membaca artikel yang tidak seberapa ini.

      P.S: Ho ho ho! Berdasarkan komen harini, ramai yang beli kerana bonus ni. Bonus bisa membuat kita rambang mata pak. heh!

  9. Info yang dikongsikan sungguh menarik…

    Satu pengalaman berharga …

    Sememangnya bonus yang ditawarkan memainkan peranan
    penting dalam menentukan kejayaan menjadi top affiliate…

    Mungkin saja produk yang bukan berada dalam niche buat
    duit, kewangan dan seumpama dgnnya… bonus kurang
    memainkan peranan penting tetapi sejauhmana kita
    menjiwai & menghayati kelebihan produk akan membuatkan
    prospek tertarik utk membeli….

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yang
    menarik ini…

    Semoga ia memberi panduan & meningkatkan semangat
    buat mereka yang membaca artikel ini… 😀

    1. Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang tidak seberapa ini. Ya, tengok apa niche yang kita masuk. Di atas saya berkongsi pengalaman saya di dalam niche buat duit.

      Sama-sama.

  10. Salam Tuan,

    Saya baru nak berjinak2 dlm program afflitiate ini..adakah peluang saya semakin sukar disebabkan telah ramai yang lebih mendahului saya?

Leave a Reply to happysus Batal (Cancel)