Strategi Pemasaran Facebook yang Kita Terlepas Pandang

August 16, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Ini merupakan entri pertama saya dalam Majalah Niaga, dan saya berharap ia dapat memberi manfaat sebanyak mungkin untuk anda semua. Dalam topik-topik akan datang saya juga akan berkongsi pelbagai isu sosial media yang harus digunakan seperti Facebook, Twitter, Linkedin dan Youtube.

strategi pemasaran Facebook

Sejak 2009, kita melihat banyak duit dilaburkan dalam sosial media atas talian, dan peningkatan pengiklanan meningkat lebih dari USD 1.1 Billion hingga USD 1.4 Billion menjelang  2011. (Sumber Buku Marketing By Numbers).

Menurut sumber dari laman web Marketing Profs, pada tahun 2009, terdapat beberapa taktik dalam penyelarasan penggunaan Facebook sebagai medium pemasaran dan komunikasi.

Berikut merupakan data yang dibuat oleh MarketingProfs,

 Taktik Facebook B2B B2C
 Kaji selidik daripada ‘fans’ 37.1% 37.9%
 “Friending” profile Facebook korporat 34.4% 26.3%
 Penggunaan data profile untuk mengetahui minat 33.5% 30.5%
 Membina applikasi untuk jenama 33.1% 30.5%
 Bawa perniagaan dengan mengemaskini status 29.0% 28.4%
 Menggunakan Facebook Ads 24.5% 27.1%

Berdasarkan data di atas, ia menjelaskan sosial media memainkan peranan yang ketara dari semasa ke semasa. Saya ingin membawa topik ini lebih dalam lagi, iaitu bagaimana dengan menggunakan satu ukuran untuk memastikan kempen sosial media kita lebih berjaya.

Jadi untuk buat pertama kali saya akan pergi lebih mendalam dengan memberi  pelbagai info baru kepada anda. Di mana ‘pengikut’ anda berada?

Strategi Utama – Besarkan Komuniti dan Pengikut

Dalam pemasaran sosial media, strategi utama adalah meluaskan pengikut. Oleh sebab itu, kita harus tahu di mana pengikut anda berada. Semasa kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat berlaku dengan drastik, orang ramai menjangkakan televisyen dapat mengurangkan perbelanjaan mereka, berbanding berbelanja untuk hiburan di luar.

Veoh.com

Tetapi apa yang berlaku lebih ramai menggunakan hiburan melalui internet seperti YouTube, Veoh.com dan sebagainya.

Sedar tidak sedar, ramai remaja sekarang menggunakan telefon yang berbentuk smartphone. Di mana ia bukan sahaja membolehkan mereka menggunakan ini untuk berhubung melalui suara dan mesej teks, mereka juga dapat menggunakan platfom sosial media seperti Facebook, Twitter, YouTube secara agresif.

Ini menunjukkan kita boleh mencapai pengikut menggunakan sosial media terutamanya Facebook.

Fokus Pada Pasaran Tempatan

Pengguna Facebook di Malaysia meningkat dengan kadar yang mendadak, sekarang ini terdapat hampir 11.5 juta rakyat Malaysia di Facebook.

Statistik pengguna Facebook di Malaysia

Dalam pemasaran, mana-mana produk dan servis, saya tidak mengatakan anda harus tumpu 100% pada sosial media, ini kerana kajian menunjukkan pemasaran internet terbahagi kepada 4 medium iaitu:

  1. Sosial media – 20%,
  2. SEO (Search Engine Optimization) – 20%,
  3. Email Marketing – 20%,
  4. Dan lain lain – 40% .

Artikel ini merupakan gambaran penggunaan sosial media dalam membina satu ruang pemasaran untuk menjana pendapatan di internet.

Dalam siri berikutnya, saya akan fokuskan bagaimana membina kempen dalam pemasaran sosial media untuk perniagaan kecil sederharna (SME).


Tags: , , , , , , ,

Komen (11)

  1. Thanks tuan.

    Saya setuju. Percubaan ebook tanpa sales letter berjaya mendapat tempat di hati mereka yg targeted niche saya.

    Alhamdllh ia amat berkesan kalo kena tempat,masa, & perrmintaan.

    Keterdesakan ini diguna sebaik mungkin. Insyaallah berjaya..

  2. Thanks tuan.

    Saya setuju. Percubaan ebook tanpa sales letter berjaya mendapat tempat di hati mereka yg targeted niche saya.

    Alhamdllh ia amat berkesan kalo kena tempat,masa, & perrmintaan.

    Keterdesakan ini diguna sebaik mungkin. Insyaallah berjaya..

    Yang penting… Jujur…

  3. terima kasih di atas artikel bermanfaat ini… mmg fb marketing cukup penting skrg.. paling kurang pun utk develop rep. , engage with prospect and monetize..

  4. Terima kasih atas maklumat yang dikongsikan. Memang tidak dapat dinafikan sosial media terutamanya facebook menjadi medium utama trend pada masa ini. Boleh dikatakan semua orang ada akaun facebook ini dan menggunakan secara kerap dengan pelbagai alasan. Bagi saya sekiranya ingin lebih maju drp org lain jgn lupa menggunakan segala kemudahan di dalam media sosial ini. Ia dapat mengeratkan hubungan antara kita dengan ‘penyokong’ kita untuk membina kredibility antara satu sama lain.

  5. tq atas artikel yg mantap.. Byk Info Berguna yg masih ada yg tak tahu. Alaf 2010 ni Facebuk marketing cukup penting utk buat jualan..

Pendapat anda?