ISI KANDUNGAN
Apabila kita menjadi pakar dalam sesuatu perkara, kita berkecenderungan untuk lupa bahawa sebenarnya kita dahulu juga seorang yang baru bertatih. Hal ini membuatkan kita beranggapan agar mereka yang berada di bawah untuk turut faham situasi dan pemikiran kita.
Barangkali, pemikiran tersebut seakan masuk akal dan memberi manfaat pembelajaran baru kepada organisasi masing-masing. Namun begitu, membawa semua orang kepada situasi ‘pakar’ kita sebenarnya menjerat perniagaan ke tahap yang negatif.
Justeru, semua ini berkaitan dengan KOMUNIKASI. Ikuti langkah komunikasi berikut yang mampu menampakkan anda seorang ketua yang terbaik.
#1-Kenal Pasti ‘3 Maklumat Penting’ Sahaja
Kekal pada konsep ‘3 maklumat’ ini semasa menyampaikan maklumat. Pastikan maklumat anda tidak melebihi 3 isi dan kurang daripadanya. 3 isi tersebut boleh terdiri daripada isi utama yang mewakili isi-isi sampingan yang lain.
Sekiranya anda gagal mengaplikasikan cara ini, anda seharusnya belajar untuk lebih memahami secara terperinci sebelum anda memberi arahan kepada ahli pasukan kerja anda.
#2-Tekankan Perkara ‘Sangat Penting’
Setelah anda memberi 3 maklumat tersebut, beri penekanan dan penegasan terhadap SATU INFO PENTING daripada 3 yang lain. Mungkin penjelasan yang lebih boleh diberikan kepada info ini. Pastikan bahawa penerima maklumat tersebut benar-benar faham akan isi kandungannya.
#3-Nyahkan Maklumat Lewah
Semakin banyak anda berkata, semakin anda tidak dipercayai oleh penerima maklumat. Kebanyakan mereka yang berjaya turut berjaya dalam mengawal pertuturan dan tindakannya.
Paksaan yang dilakukan untuk ‘mengecilkan’ penyampaian maklumat anda akan membantu untuk khalayak memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. Elakkan maklumat yang leweh atau berlebih-lebihan agar tiada kekeliruan yang bakal timbul.
Pastinya ilmu ini berguna untuk semua terutamanya dalam mengembangkan perniagaan masing-masing. Selamat mencuba!